Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Adakah Warna Hijau Boleh Menyembuhkan Penyakit dan Penglihatan?

Dalam entri kali ini kami akan menjawab soalan yang diutarakan oleh pembaca ke alamat emel kami. Untuk soalan-soalan yang lain, sila rujuk pautan ini . Untuk soalan-soalan yang ingin ditanya, sila gunakan fungsi "search bar" di bahagian kanan web ini.   Soalan kali ini berbunyi seperti berikut: Subject:Warna Hijau Penyembuh kepada Segala Penyakit Cikgu BM kata bila melihat warna hijau seperti daun ,pokok2, bunga warna hijau dan lain-lain lagi yang warna hijau akan beri lebih fokus pada setiap perkara malahan akan merehatkan mata yang melilau kepeningan dan minda.Betulkah fakta yang diberikan itu ,minta penjelasan. Jawapan : Mengikut pengalaman saya belajar dan juga rujukan terkini, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa adanya kesan terhadap kesihatan apabila kita melihat kepada warna-warna tertentu. Warna hijau dikatakan dapat menyembuhkan penyakit, warna ungu dapat meningkatkan kreativiti, dan sebagainya. Namun begitu, tiada kajian, setakat yang dik...

4 Teknik Belajar Berdasarkan Kajian Psikologi

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca semua. Memandangkan kita masih berada dalam awal tahun, maka bolehlah dikatakan bahawa para pelajar terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan utama masih mempunyai masa yang agak banyak untuk membuat persediaan. Selain daripada menumpukan perhatian di dalam kelas, pakar psikologi mendapati bahawa cara-cara berikut dapat meningkatkan potensi pelajar. 1. TEKNIK NOMBOR AJAIB 7 ± 2 Kajian psikologi yang terdahulu mendapati bahawa seorang manusia normal dapat menghafal sebanyak 5-9 maklumat yang berbeza dalam satu-satu masa dan menyebutkannya semula tanpa sebarang masalah (Miller, 1956). Mengikut logik, memang tidak hairanlah menghafal maklumat yang banyak adalah lebih sukar berbanding maklumat yang sedikit tetapi kita perlu tahu berapakah bilangan yang dianggap sebagai terlampau banyak sehingga menyebabkan potensi pelajar merudum? Mengikut kajian psikologi, untuk manusia biasa menghafal durian, manggis, mangga, kelapa, cempedak, n...