Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Panduan Sebenar Program Transformasi Minda (PTM) Melalui EPSA

1.Umum mengetahui bahawa guru-guru yang baru berkhidmat perlu menduduki kursus yang akan melayakkan mereka untuk pengesahan dalam jawatan. Kursus yang dahulunya dipanggil sepagai Kursus Induksi, dan seterusnya Program Transformasi Minda  (PTM), merupakan perkara wajib yang mesti disempurnakan dalam tempoh percubaan maksimum 3 tahun seseorang penjawat awam yang baru 2. Disebabkan kekurangan peruntukan, guru-guru yang tahun perkhidmatannya bermula 2014 sehingga 2016 kini dikehendaki menduduki kursus secara online melalui E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) supaya dikecualikan daripada menduduki PTM. 3. Mereka yang telah menjalani PTM tidak perlu menjalani EPSA-PTM  4. Mereka yang posting pada tahun 2017 juga tidak perlu menjalani EPSA-PTM  5. Jika mula EPSA pada tahun ini, mesti diselesaikan pada tahun ini juga 6. Jika tahun lalu pernah buat kursus wajib, boleh digunapakai sijil tersebut untuk dihantar ke pihak berkenaan. Kalau macam saya baru daftar tahun ni, sil...

Menipu Diri Sendiri Untuk Berjaya

Secara umumnya, menipu adalah suatu perbuatan yang tidak baik dan amat ditegah dalam amalan seharian kita. Walau bagaimanapun, dalam psikologi, terdapat satu teknik yang menggalakkan anda untuk menipu dan perbuatan ‘menipu’ dalam konteks ini bukan sahaja tidak mendatangkan kemudaratan, malah mendatangkan manfaat bergantung kepada tujuan anda manggunakan teknik ini. Teknik yang diperkatakan tadi adalah dinamakan sebagai self-fulfilling prophecy (SFP) atau dalam Bahasa Melayu, ia dinamakan sebagai ramalan kebenaran kendiri . SFP sebenarnya berfungsi dengan menggunakan hanya satu mekanisme iaitu menipu diri sendiri seperti yang telah diterangkan tadi. Yang menariknya, ‘penipuan’ ini boleh dilakukan secara sedar ataupun tidak – kadang-kala kita sendiri tidak tahu bahawa kita sedang menipu diri sendiri! Itulah kehebatan fenomena yang dinamakan oleh SFP ini yang berpotensi untuk memberikan kebaikan jika digunakan secara betul, dan juga berkemungkinan membawa keburukan jika digunakan ...