Langkau ke kandungan utama

Catatan

Naik Kuda Okareka Rotorua New Zealand (1)

Lama sungguh tak update blog dan tiba-tiba mood tu datang. Jadi mari kita rewind ke kisah beberapa bulan yang lepas, rasanya bulan Februari, sebelum semester 1 2012 di VUW bermula. Kali ni kita bercerita pasal Naik kuda, berkayak, naik bot di Okareka Farm Experience, Rotorua New Zealand.  Kalau tengok gambar, cantik je cuaca cerah dan tak hujan. Adalah diingatkan bahawa ini cerita musim panas haritu. Sekarang dah winter mana nak dapat cuaca macam tu haha. So, mungkin ini boleh dijadikan guide untuk sesiapa yang nak book benda ni sekitar Disember-Mac. Aktiviti kitorang start awal-awal pagi lagi. Dalam pukul 10 pagi kalau tak silap sebabnya pakcik dari ladang tu yang ambik kitorang daripada backpackers tempat kitorang tidur. Free je padahal jauh la jugak nak ambik kitorang. Setengah jam naik kereta. Benda yang korang perlukan ialah: Seluar panjang yang tak licin (Bukan pajama, bukan seluar slack), kasut bertumit, dan pakaian mandi. Lepas sampai, korang akan berkenalan dengan ins...

Drama Hidup

Orang kata, Hidup ni bagaikan drama Sebab tu ada drama 'kisah benar'. Tapi apa yang mereka lupa, Kita tak tahu awal hujungnya Kita tak tahu di mana plotnya Di mana klimaksnya Di mana iklan berbayarnya. Orang kata, Kita adalah pelakon di atas pentas drama Drama hidup sendiri Tapi mereka lupa Kita tak pasti dengan watak yang dibawa Adakah kita wakta utama? Watak sampingan, watak sia-sia? Adakah kita tahu jenis drama apa Yang kita lakonkan? Orang kata Hidup tanpa kegagalan, itulah yang gagal. Tiada pengajaran katanya. Mungkin itulah hikmah Yang mungkin aku jumpa esok Agaknya. Hidup ini susah, Siapa kata senang? Ini bukan sajak, bukan prosa Hanya luahan watak drama.

Membezakan Senyuman Palsu dan Asli

Senyum, satu benda yang sangat mudah. Antara benda yang paling logik kalau kita bertentang mata dengan orang ialah dengan senyuman kerana dari mata tu lah, akan jatuh ke hati dan ikatan dapat dijalin. Yang bermusuh dapat diamankan, yang aman dapat dimesrakan. Tapi realitinya, senang ke dapat senyuman ni? Kadang-kadang kita pandang orang, respons yang biasa kita nampak ialah samada orang tu bermuka toya ataupun pandang tempat lain. Gambar diterbitkan dengan izin pemiliknya Fakta bukan psikologi: Senyuman kepada kenalan atau orang yang tidak dikenali tidak akan menipiskan dompet anda mahupun membunuh mana-mana jiwa yang tidak bersalah. 

Kalau Bunuh 140 Juta Muslim dan Angelina Jolie

Pernahkah anda melihat gambar di bawah ni? Sebelum benda ni tersebar lebih meluas dan memberikan perspektif negatif terhadap orang yang kononnya "mengambil" berat dekat Angelina Jolie, meh baca apa yang aku nak sampaikan dulu. Pertama sekali, mari baca komik 'Islamik' tersebut yang diambil daripada sini . So, 'Obama' dengan 'Bush' tengah berbincang tentang plan untuk membunuh ramai umat Islam dan Angelina Jolie, dan si pemerhati terkantoi tak kisah dengan kematian 140 juta orang tu, and instead, divert his attention to the death plan of Angelina Jolie.

Memancing Ikan Duyung di Auckland Bridge

Lama blog tak berupdate sebab aku malas menaip. Tapi disebabkan ada orang suruh cerita, maka aku ceritakanlah jugak walaupun page Facebook aku dah bersepah gambar untuk orang tengok. Cerita kali ni, pasal mencandat duyung  di Auckland. Ramai orang tak tahu sebenarnya yang dekat Auckland new Zealand ni, ada tempat memancing sotong yang agak popular. Walaupun agak mahal, tapi duyung yang korang akan dapat sangat memuaskan hati. Untuk sampai ke tempat yang strategik, korang kena bayar NZD150 (NZD120 untuk student NZ) sebab almaklumlah, bukan senang nak memancing duyung ni. Spesies yang terancam. Lepas bayar, semalam kami naik ke platform tempat mengumpan ikan duyung dekat tengah-tengah Auckland Bridge tu. Jauh la jugak tapi demi memancing duyung, kami gagahkan jua.

Kasut Berjari

Dalam setahun yang lepas, masa aku jalan pulang dari universiti sambil mengusha-usha pemandangan Wellington yang cantik, ternampak pula seorang awek ni. Tapi bukan muka atau badan awek tu yang menarik minat aku, sebaliknya sepasang kasut yang beliau tengah pakai. Maka dengan muka tak malunya aku bertanya "Wow, awesome shoes. Where'd you get buy them from?" Lepas tu dia jawab "These? got them from Physio Clinic in Willis Street. They're really comfortable blablabla...." sambil bercakap panjang lebar macam saleswoman. Maka sejak hari tu aku terasa macam nak beli je kasut tu. Tapi angan-angan ni simpan lama sangat sampai terlupa. Hari ni bila lalu dekat Willis Street, terus naik level 9 Majoribanks Building, 57 Willis Street menuju ke Physio Clinic yang awek tahun lepas maksudkan. Maka terus ke kaunter dan cakap nak beli utk casual wear punya kasut yang berjari. Awek kaunter tu pun tunjukkan... Lepas try, terus beli. Kasut yang atas ni beli kt physio c...

Rotorua Wet n Wild Rafting Experience

Dua minggu dah start belajar nak bernafas pun punya lah susah. Masalah datang satu-satu. So, bila ada masa sikit barulah terkedek-kedek nak membelek gambar lama, mengingatkan kenangan-kenangan yang boleh buat muka masa tersenyum sekejap walaupun sekejap lagi bila ngadap jadual akan berkerut balik. Rasanya aku belum cerita lagi pasal aku pergi Rotorua New Zealand hari tu kan?