1. Sudah beberapa kali aku menulis tentang pemahaman orang ramai tentang kesan bulan dan tarikh kelahiran terhadap psikologi dan personaliti. Ada juga yang bertanya adakah betul jika orang yang lahir pada hari Jumaat itu merupakan orang yang tenang sebab member dia ada puji yang dia tenang "Orang yang lahir pada 13 Mei akan berjumpa jodoh pada hari ini!" Waklu ah 2. Fahaman ini selalu sangat dikaitkan dengan satu bidang yang dinamakan sebagai astrology. Pembaca adalah diingatkan bahawa bidang ini tidak ditawarkan di mana-mana universiti Malaysia dan universiti bertaraf sah lain di dunia. Ini bukan bidang akademik. Ia hanyalah benda yang dipopularkan oleh budaya pop 3. Astrologi ni sebenarnya sejenis fahaman yang mempercayai bahawa konon-kononnya pergerakan bintang-bintang nun di langit sana ada kesan terhadap kehidupan kita. 4. Sebagai contoh, dulu masa sekolah aku melanggan surat khabar The Star dan diberikan kepada kelas-kelas, selalu jugaklah kitorang nampa...
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa