Setiap pagi masa breakfast di kantin sekolah, aku akan selak-selak surat khabar kalaulah ada berita-berita yang menarik. Nak dijadikan cerita, minggu lepas masa tangan kanan menyuapkan nasi goreng kampung ke dalam mulut dan tangan kiri menyelak muka surat akhbar, aku ternampak tajuk di sebelah kiri ni (screenshot daripada mstar ). Dari Mstar, Penerbit filem Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila karya anaknya, Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Yusof berkata, dia terkejut dengan keputusan LPF itu kerana karya berkenaan hanyalah sebuah filem dengan babak yang penuh aksi lawan selain berunsur komedi. Sedangkan banyak filem lain terutamanya karya antarabangsa yang lebih ganas tetapi diberi pula tontonan untuk golongan berumur 13 tahun ke atas (P13). "Abang Long Fadil akan ditayangkan pada 29 Mei ini dan ia jatuh pada musim cuti sekolah dan sayang sekali filem ini tidak d...
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa