Langkau ke kandungan utama

Catatan

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 Malaysia

Tanggal 31 Ogos 1957 negara kita telah mencapai tarikh kemerdekaan atas usaha pejuang-pejuang tanah air yang dah banyak berkorban. Ada orang cakap, Happy Birthday malaysia tapi aku tak rasa itu kesnya disini sebab kalau nak diikutkan, tarikh lahir Malaysia ialah pada 16 September 1963. maka rakan-rakan sekalian, mari kita stick dengan Hari Kemerdekaan. Tidak perlu mengubah terma tersebut kepada ayat fancy yang boleh mengubah maksudnya. OK? Pengisian lebih susah daripada Perjuangan Setiap kali terlancarnya apa-apa yang berkaitan Merdeka, tidak terlepas ayat ini daripada pemikiran aku. Kadang-kadang memikirkan logik ayat ini, kadang-kadang memikirkan kewajaran ia dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri kita yang aku tak ingat siapa. Mungkin ada 2 atau 3 daripada mereka yang menyebut. Perjuangan mengikut pendapat aku terbahagi kepada 2 jenis, yakni fizikal dan mental. Tahukah anda berapa ramai yang dibunuh semasa pembinaan kota A Famosa? dan tahukah anda bahan-bahan pembinaan kota terbab...

Misteri Kebab Sahur

Kat Wellington New Zealand ni kalau korang tengok tepi jalan tu memang takde de dia nak jual ayam percik ke, nasik goreng ke, jauh sekali kurma Yusof Taiyoob. Jadi kalau nak berbuka sedap-sedap kene le masak sendiri. Kalau malas masak sorang-sorang, kita buat majlis Iftar macam malam tadi so boleh makan kenyang-kenyang. Ape-apehal pun sila play lagu dulu id="audioplayer1" type="application/x-shockwave-flash" width="290"> Gambar atas ni rasa meriah gila. Yang lelaki konon nak buat gaya KCB. Entah ape benda KCB tu aku tak tau so aku buat bodoh jela kat belakang tu. Ni pulak gamba interception yang baekk punye dari Cik Neddy kite. Orang nak begambo dia tiba-tiba muncul kat depan lense. Macam magnet dah melekat depan lense haha. Ape pun, malam tadi memang puas hati lah makan sampaikan tengah sembahyang terawih bole rasa makanan berpusing-pusing dalam perut. Walaupun kami takde ayam percik apa semua macam Malaysia, tapi kami ada 'adik-beradik'; ...

Harini Saya Tak Puasa. Kalau Saya Puasa Maka Saya Berdosa.

Sebagaimana yang pembaca sekalian tahu, amatlah mustahil untuk seorang lelaki mengeluarkan haid, nifas mahupun wiladah pada 1 Ramadhan 2010 ni. Adapun kalau aku makan pil estrogen dan progesteron sebanyak sepuluh ratus botol sekalipun, ianya hanya akan menyebabkan sifat menjadi lembut, dan bukanlah penyebab untuk tidak berpuasa. Adapun diriku ini tidaklah berada di Malaysia maka bak kata pepatah orang Melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengucap; walaupun tiada orang yang membela harimau di dalam kandang disebabkan haiwan terbabit layaknya berada di dalam sangkar demi menjaga keselamatan anak-anak manusia terutamanya para gadis sunti. New Zealand akan mula berpuasa pada esok hari itupun kalau anak bulan yang baru lahir berjaya diintai oleh para astronomer sekalian. Walaupun New Zealand berada lebih ke timur berbanding Malaysia, logiknya kami berpuasa lambat sehari adalah tidak dapat difikirkan dek akal. Tadi selesai menangkap gambar untuk salam perantauan...

En Guarde!!

Antara cara terbaik melepaskan tension ialah mengamuk. Baru je tadi aku menghancurkan 1 wireless keyboard beserta mouse dan menyimpan alat jahanam terbabit di dalam tong sampah. Tapi sila jangan amalkan benda ni sebab ia bukan cara yang sihat untuk melepaskan tekanan dalam jiwa. Apa-apa pun, aku kena beli keyboard yang lebih efisyen, bukan daripada Firstin.co.nz yang gampang tu, dan jugak bukan barangan Microsoft. Kalau dah produk lama tu discontinue je la, apsal bangang sangat nak jual lagi?  Okay, cukup pasal cara tak sihat melepaskan tekanan. Cara yang sihat ialah dengan join aktiviti kelab. Kalau aktiviti kelab tu memenatkan dan memaksa anda membuat benda yang anda tak suka, lebih baiklah jangan buat sebab secara logiknya tekanan akan bertambah. Macam aku, aku join kelab Fencing disini. Kalau banyak tenaga untuk lepaskan amarah, mungkin lebih elok disalurkan dekat aktiviti macam ni. Lantaklah korang nak cakap membazir ke apa ke, tapi ini ialah alat utama aku lepaskan tension...

Ini ialah jadual sekolah saya

Ini ialah jadual untuk semester 2 yang bakal berakhir bulan 11 ni. Ini baru jadual kuliah dengan tutorial dan tidak  termasuk help session untuk Statistic , dan Discrete Logic Mathematics  sebab 2 tu ialah kelas tutorial yang optional. Yang berwarna merah dalam gambar di atas ialah wajib. Dan belum lagi aku komplen kat korang yang PSYC122 dan PSYC235 aku akan ada 3 assignments dan 3 exams. STAT193 dan MAT161 pulak ialah subjek dari School of Math  dimana wajiblah ada weekly assignments yang wajib dihantar supaya pass subjek tersebut. Dua-dua tu ada 3 exam juge. So, pointnya disini, semua dalam jadual aku tu ialah subjek Sains. Ada sesiapa boleh bagi hujah bernas kenapa 1 subjek sains aku bersamaan hanya 15 points? Kenapa ada subjek lain yang boleh dapat 20 points? Ni kalau aku tak update blog korang faham-faham la ye.

Paedophilia - Lelaki Ramai Buat, Perempuan Ramai Sokong

Beberapa hari lepas aku post dekat facebook something pasal paedophilia dan ada antara pembaca status tersebut yang tak tahu apakah itu paedophilia. Entry kali ni akan cerita serba sedikit tentang paedophilia dan kebenaran bahawa ramai wanita menyokong gerakan tersebut. Menurut auntie wiki, paedophilia ialah suatu psychiatric disorder  pada orang dewasa ataupun yang hujung-hujung remaja tu, yang mempunyai minat seksual terhadap budak-budak . Ia juga merupakan 1 fakta di mana kebanyakan pedophiles  ialah lelaki, tapi kenapa ramai perempuan yang menyokong aktiviti tak sihat ni? Allahyarham Mikail Jackson pernah dikaitkan dengan spekulasi pasal benda ni. Mesti korang pernah dengar pasal gosip seks tak sihat MJ kan? Lainlah kalau korang duduk dalam gua memang haruslah tak pernah dengar berita tersebut. Tapi, sah-sah lah benda ni tak sihat, kenapa ramai wanita sokong? Inilah sebabnya. Korang kalau tak tahu novel yang dibawak menjadi movie ni pasal apa, ianya ialah berkenaan cin...

Hari pertama sekolah

Semalam merupakan hari pertama bermulanya semester 2 untuk pelajar Victoria University of Wellington, New Zealand. Walaupun ramai yang cakap dekat facebook takmo g klas etc, tapi syukur semua datang walaupun ada antaranya hangat-hangat tahik ayam So secara keseluruhannya semalam ialah hari bereksperimen dengan courses yang ditawarkan, untuk tengok mana yang boleh bawak dan mana yang agak-agak pening tahap dewa. STAT193 (statistic) ialah satu subjek yang boleh membuatkan pelajarnye tido sambil berdengkur pada tahap yang menjengkelkan. Habis aje kelas, dalam pukul 5pm macamtu, pegi pulak kedai buku. Tau buku teks kat atas ni berapa harga dia? NZD154.50 dan benda ni ialah mandatory textbook, walaupun takkan guna banyak. Dalam duit Malaysia, harganya 350.73, cukup  untuk beli PS2. So, semester 2 ni aku akan ambik subjek STAT193,PSYC122 ( Intro to Psychology 2 ), MAT161 ( Discrete Mathematics and Logic ), dan PSYC235 ( Abnormal Psychology ) . Disebabkan semua tu subjek sains,...