Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tawaran Biasiswa Pengajian Ijazah Psikologi Luar Negara 2015

Disebabkan ada orang bertanya dan kami terjumpa satu pautan mengenai biasiswa untuk sambung belajar peringkat ijazah dalam bidang psikologi di luar negara, maka kami akan share di sini. Sebelum tu terlebih dahulu kami mahu mengingatkan adik-adik semua bahawa belajarlah kamu dengan niat untuk belajar mendapatkan ilmu bukannya hendak pergi mendapatkan title overseas tu.  Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) ada menawarkan biasiswa untuk program psikologi di dalam dan luar negara. Walaupun admin sendiri bukanlah seorang penerima biasiswa MARA dalam bidang psikologi, tapi kami sekadar berkongsi sahaja Senarai program dan ijazah serta universiti yang ditawarkan boleh diperolehi daripada pautan di bawah ini  http://www.mara.gov.my/en/c/document_library/get_file?uuid=4833c897-8482-49a3-83ff-5c8fba11f74c Syarat-syarat nak melayakkan diri untuk biasiswa ini ialah: Melayu/ Bumiputera Power akademik dan ko-kurikulum. Tak payah suk...

Layak Ke Keputusan SPM Saya Untuk Ijazah Psikologi?

Soalan yang bersepah dalam email kami yang kadang-kadang terlepas pandang untuk dijawab kembali ialah tentang pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi. Dalam artikel kali ini, kami akan menjawab soalan ni mengikut pengetahuan pihak kami 1 .Jadi, adakah keputusan Biologi C melayakkan kamu ke ijazah sarjana muda psikologi? Jawapannya tidak. 2. Adakah keputusan Biologi A+++++ melayakkan kamu ke ijazah sarjana muda psikologi? Jawapannya masih tidak. Antara perkara yang pelajar lepasan ataupun calon SPM selalu keliru ialah perjalanan kehidupan akademik mereka selepas SPM. Dont beat yourself too hard because I too,was one of you. Ditambah pula dengan kesusahan kami untuk mendapatkan akses maklumat 3. Mengapa kami katakan tidak? Sebenarnya setahu kami, tidak ada lagi mana-mana program ijazah yang membenarkan pemohon untuk menggunakan keputusan SPM terus untuk memasuki program ijazah sarjana muda, dan sudah ...

3 Mitos Psikologi Tentang Otak

Pengetahuan merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan ni. Dalam pada kita mengejar ilmu yang senang diperolehi terutamanya di zaman ini, kita terlupa bahawa ilmu itu sering berubah-ubah demi penambahbaikan dan tak kurang juga yang ditokok-tambah untuk menjadi penyedap cerita. Untuk post kali ini, kami akan menceritakan tentang mitos-mitos tentang otak dari sudut psikologi yang sering diceritakan tetapi sebenarnya adalah salah mengikut kajian dan fakta. 1. MANUSIA HANYA MENGGUNAKAN 10% DARIPADA KEUPAYAAN OTAK KITA Apa kau ingat kau Professor Charles Xavier dalam professor X ke? Kenyataan macam ni senang sangat nak jumpa di Facebook, akaun Twitter acah-acah motivasi, dan juga Whatsapp copy group sebelah yang konon-kononnya Elbert Einstein yang cakap benda tu (sebenarnya memang dia cakap tapi cuma untuk berlagak yang otak dia tu lagi pandai) . Lebih ramai lagi yang percaya apabila movie "Limitless" lakonan Bradley Cooper ditayangkan. Otak merupakan org...

Perbezaan Psikologis dengan Psikiatris dan Psikologis Klinikal

Astaga berapa ramai lah yang tanya soalan ni tapi baru kali ni nak jelaskan haha. Untuk post yang pertama tahun ni (walhal dah bulan 2. Pemalas punya admin) maka kami terasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada permasalahan ini. Jangan katakan pelajar lepasan SPM yang baru mahu memilih jalan kerjaya, yang dah belajar dalam ijazah sarjana muda dalam psikologi pun belum tentu dapat jelaskan dengan baik perbezaan antara ketiga-tiga profession ini. Maka di akhir artikel ni, pembaca aan tahu perbezaan psikologis vs psikiatris vs psikologis klinikal. Pengetahuan ini amat penting untuk pelajar, ibu bapa, dan guru-guru untuk menyampaikan maklumat yang benar Teka-teki: Saya seorang doktor, boleh berikan diagnosis, dan boleh memberikan preskripsi ubat. Dalam konteks profesion psikologi, siapakah saya? Sila jawab di bahagian komen selepas membaca artikel ini P Kalau teka-teki di atas agak susah untuk dijawab marilah kita berkenalan dengan profes...