Langkau ke kandungan utama

Catatan

Filem seram tahap jamban

Anugerah filem seram tahap jamban pada hari ni jatuh kepada filem tempatan. Cerita ini hanya seram dan sangat menakutkan jika anda mematuhi syarat-syarat di bawah: Penakut tahap cipan Memiliki pundi kencing yang lemah Lepas tengok muvi, terasa nak ke tandas Tandas jenis kampung, terletak di luar rumah Senang cerita, kita list kan jelah Pro dengan Con untuk cerita ni ye. Aku baru je tengok haritu walaupun dah lama keluar. Tapi bertepatan dengan sangkaan, memang mengecewakan. Kelemahan cerita ini ialah: Pelakon utama wanita Putri Mardiana berlakon macam kayu. Kalau beliau memegang watak sebagai pokok jati mesti dapat anugerah pelakon terbaik Jalan cerita senang gila. Dari awal konfem dah tau siapa jahat, dan siapa yang mati di akhir cerita Cara halau hantu ialah dengan membaca Surah Al-Fil (Alam Tarakai). Nice. Penulis skrip mungkin pernah mendengar Ayat Kursi (paling basic menghindari diri dari gangguan syaitan)? Yang bagusnya cerita ni:   Boleh buat gelak bersama kawan-kawa

Rusuhan conteng dinding library

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pulak dinding bangunan Victoria University of Wellington yang berwarna putih tu Tengoklah habis dinding diconteng guna spray. ni kalau buat kat rumah mau meroyan mak korang mengamuk tengok habis dinding kena graffiti. Tapi kalau mak korang berjiwa "Rap" dan selalu mendengar lagu Too Phat ataun Warren G, maka tak hairanlah kalau mak korang senyum saja time korang conteng dinding rumah Tapi jangan risau. Walaupun habis bangunan library diconteng, kamera CCTV berjaya menangkap gambar mereka yang meninggalkan kesan-kesan durjana terbabit. Tapi pihak polis tak dapat berbuat apa-apa sebab program conteng-conteng dinding ni memang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Victoria University (VUWSA) dengan izin dan restu pihak universiti. Dengan syarat jangan conteng benda-benda tak baik Nama program ni ialah Art Therapy. Cool gila Student Association boleh bawak idea macam ni nak-nak pulak dekat time exam. Memang apa yang pelajar perlukan bile tenga

Obsessive Compulsive Disorder Axis I

Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang berada dalam Axis I DSM-IV-TR adalah satu gangguan jiwa yang sangat berbahaya kepada pesakitnya. Penyakit ini tergolong dalam kumpulan Anxiety Disorders  dan kalau nak dibandingkan dengan Obsessive-Compulsive Personality Disorder , yang ini secara umumnya lebih bahaya dan boleh membawa maut bergantung kepada kes. Dibawah ialah satu contoh kes OCD yang diceritakan oleh ibu kepada pesakit yang bernama Abang Sidi Anak makcik ni tak tahulah sejak bila dia jadi macamtu. Dia dari remaja lagi memang takut dengan kekotoran, boleh mati katanya. Makin dia besar, makin menjadi-jadi dia punya takut dengan kuman dekat tangan. Katanya tangan manusia ni memang banyak kuman jadi dia akan basuh tangan dia dengan sabun sebanyak lebih kurang 700 kali. Macam-macam sabun dah dia guna cuma Nokia 'Sabun' je dia tak pernah guna. Kami terpaksalah belikan dia sabun sebab kalau dia tak dapat basuh tangan sampai 700 kali, dia akan rasa takut yang amat sangat sam

Psychopathology: Paranoid Personality Disorder

Untuk sesuatu tu dikira sebagai Psychopathology, ia mestilah sesuatu yang berlainan daripada biasa, menyebabkan efek yang tak elok (maladaptive) dan juga menyalahi norma manusia biasa. Contoh menyalahi norma manusia ialah berbogel di tengah-tengah shopping kompleks. Ingat definisi Psychopathology ni ye. Paranoid ialah salah satu daripada 3 cabang Personality Disorder dalam kluster A Manual Statstik dan Diagnostik-IV. Paranoid bolehlah diibaratkan sebagai seorang yang sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain tapi untuk membezakan Paranoid dengan Paranoid Schizophrenia, Paranoid tidak mempunyai simptom Delusi dan juga Halusinasi Jom kita berkenalan dengan Abang Noid Eh ko nak apa ni? Mesti ko nak ambik duit aku kan? Aku takde duitlah! Pegi main jauh-jauh! Duit aku 20sen semalam pun mesti kau curi kan? Ah tak kisahlah aku hilang duit dekat mana tapi aku yakin kau yang curi kan? Kau ni sama je dengan cikgu-cikgu kat sekolah tempat aku kerja tu lah. Semua nak jatuhkan aku, semua

Keputusan Perbicaraan Kes Plagiarism

Haritu aku ada cerita pasal Plagiarism yang dialami oleh Abang A . Klik teks sebelum ni kalau nak baca. So, hari tu aku dah pergi jumpa tapi aku tak cerita pulak yang Head Of School tu walaupun pangkatnya tinggi dengan kelayakan ilmu yang banyak sampai susah nak sebut, merupakan seorang manusia yang rilek je bila bercakap. Yelah kalau tak tak gunalah dia ada Clinical Psychology punya kelayakan. Klik gambar untuk tumbesaran sihat walafiat Di atas ialah selitan surat dari email Head Of School yang menyatakan Abang 'A' kita tak bersalah Alhamdulillah. Maka selamatlah assignment beliau dari ditolak markah ataupun digagalkan. Tak sangka bagi pinjam assignment pun salah disisi undang-undang ye. Goodnight. Esok ade test Psychology.

Plagiarism? Apa tu? Boleh makan tak?

the   unauthorized   use   or   close   imitation   of   the   language   and  thoughts   of   another   author   and   the   representation   of   themes  as   one's   own   original   work (Dictionary.com, 2010) Maksud plagiarism ialah meniru kerja orang lain dan menjadikannya sebahagian daripada kerja sendiri. Mereka yang mengamalkan aktiviti ni bolehlah dipanggil tenuk, cipan, tapir yang good for nothing . Mari kita teliti kes dibawah, saya tak pasti bagi anda cerita ini panjang atau tak. tapi takpe, anda tak bosan kot sebab ini cerita benar, tiada tokok tambahan seperti cerita dongeng Sang Kelembai ataupun Si Kancil yang kononnya bijak dan boleh berkata-kata. Kisah lalu 'A' ialah seorang pelajar di Victoria University of Wellington, New Zealand. Semester 1 beliau tak berapa baik jadi beliau memasang motivasi untuk jadi lebih baik pada semester 2 lebih-lebih lagi dalam membuat assignment. Sebab assignmentlah purata gred beliau pada semester 1 hanya B. Assignments d

Celaka Punya Amilia

Harini handphone aku dikejutkan oleh satu SMS dari pengirim yang takde dalam rekod phonebook. SMS tersebut berbunyi: Can u come to Skype? Aku dengan penuh peliknya reply la SMS tu kot-kot budak kelas aku ke nak tanya soalan. Nak on Skype pun malas sebab time tu aku bukan dekat rumah. So, laptop tinggal dekat rumah sekali lah. So, aku tanya "Who's this?"  Dia jawab: Amilia Eh celah mana pulak aku ada kawan nama Amilia? Mungkin budak kelas aku yang berbangsa New Zealand kot yang hantar. Tapi peliklah jugak sebab celah mana pulak dia dapat nombor fon aku? Adakah no fon aku telah di'stalk' oleh para gadis New Zealand Oh, berasa hot seketika. Tapi aku balaslah jugak "Do I know you?" Dan dia reply: Amilia Rasa tak sedap hati dah ni. Ni manusia ke atau hantu? Sesampai aja kat rumah, aku terus check nombor fon yang hantar SMS tadi dekat fon lama. Tiada rekod. Dan masa tu baru perasan yang nombor fon tersebut ialah +9471303XXXX padahal nombor fon standard N