Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Timbang Berat Blog dengan iWebTool

Mukadimah entri kali ni dimulakan dengan satu pertanyaan retorikal iaitu adakah anda tahu berapa berat blog/website anda? Berat blog diukur dari segi berapa lama masa yang diambil untuk loading page tersebut dan ini juga bergantung kepada servis internet yang anda guna. Kalau anda guna Celcom Berukband pada hari Ahad tengah hari, memang punahlah harapan nak bukak site tersebut. Kalau blog anda ringan, orang pun suka datang blogwalking sebab tak perlukan banyak masa untuk loading page anda. Alah korang mesti tahu semua ni kan. Tapi in case lah korang tak tahu, bolehlah masukkan link di bawah ni. Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10) (eg. iwebtool.com) Anda disarankan mengekalkan berat blog di bawah 100KB ye. Blog www.arcx13.com adalah seberat 80KB. Agak berat sebenarnya tapi nanti-nantilah baru aku cari template baru. Sebab template Google punya Template Designer ni raw saje dah 50KB. Kalau berat blog korang dah sampai 150...

Kajian Kes Facebook 20: See Friendship

Episod 18 dan 19 tidak disertakan bersama banner. Sebelum kita bermula dengan entah apa benda lagi yang Facebook update pada kali ni marilah kita bukak kamus untuk mengetahui apa itu Friendship. Seperti yang disebut dalam Kamus Bahasa Panda Edisi Terhad, Friend: Kawan Ship: Kapal Friendship: Kapal kawan Apa kaitan friendship dengan Facebook? Jom tengok gambar di bawah. Gambar ni menunjukkan cara stalking terbaru yang diwujudkan demi menyokong Kelab Stalker Terhebat Dunia. Wallpost Papanda ARC kepada Z@ck yang disertai oleh mattopman Bila klik kat bahagian See Friendship anda akan nampak hubungan anda dengan pemilik profile tersebut. Contoh "hubungan" yang anda boleh nampak termasuklah seperti gambar di bawah. Pendek kata summary kepada relationship korang dengan kawan korang: Penjelasan dibawah ni mengikut nombo r 1. Gambar korang yang paling skandal Ini hanyalah teori tapi aku rasa gambar yang ditunjukkan tu ialah gambar bersama yang paling banyak mendapat k...

Tutorial Butang Like Facebook Baru Ver2 - Cara Senang

1. Pertama sekali masukkan nilai-nilai yang anda suka ke dalam kotak di bawah ni. Kalau anda tak masukkan memang sampai kiamat pun takkan jadi tips ni (Secara ajaibnya kod yang anda perlukan akan di-update secara automatik) Width of the Like Box                     (Enter the appropriate width of the FB like box) Facebook Fan Page / Profile URL 2. Kemudian Pak Mat dan Cik Bedah bolehlah login masuk blogger dan pergi ke Dashboard. Masuk Design > Edit HTML dan tick pada “Expand Widget Templates” 3. Cari  ]]></b:skin> guna CTRL+F pada dalam template anda dan di ATAS nya sila paste kod dibawah ni .fb_like_box { margin-top:10px; -moz-border-radius:10px 10px 10px 10px; border-radius:10px; background-color:#3B5999; border:3px solid #2B2B2B; margin-bottom:10px; padding:10px 7px; width: 540 px; } .fb_like_top { overflow:visible; padding:0;mar...

Filem seram tahap jamban

Anugerah filem seram tahap jamban pada hari ni jatuh kepada filem tempatan. Cerita ini hanya seram dan sangat menakutkan jika anda mematuhi syarat-syarat di bawah: Penakut tahap cipan Memiliki pundi kencing yang lemah Lepas tengok muvi, terasa nak ke tandas Tandas jenis kampung, terletak di luar rumah Senang cerita, kita list kan jelah Pro dengan Con untuk cerita ni ye. Aku baru je tengok haritu walaupun dah lama keluar. Tapi bertepatan dengan sangkaan, memang mengecewakan. Kelemahan cerita ini ialah: Pelakon utama wanita Putri Mardiana berlakon macam kayu. Kalau beliau memegang watak sebagai pokok jati mesti dapat anugerah pelakon terbaik Jalan cerita senang gila. Dari awal konfem dah tau siapa jahat, dan siapa yang mati di akhir cerita Cara halau hantu ialah dengan membaca Surah Al-Fil (Alam Tarakai). Nice. Penulis skrip mungkin pernah mendengar Ayat Kursi (paling basic menghindari diri dari gangguan syaitan)? Yang bagusnya cerita ni:   Boleh buat gelak bersama kawan-...

Rusuhan conteng dinding library

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pulak dinding bangunan Victoria University of Wellington yang berwarna putih tu Tengoklah habis dinding diconteng guna spray. ni kalau buat kat rumah mau meroyan mak korang mengamuk tengok habis dinding kena graffiti. Tapi kalau mak korang berjiwa "Rap" dan selalu mendengar lagu Too Phat ataun Warren G, maka tak hairanlah kalau mak korang senyum saja time korang conteng dinding rumah Tapi jangan risau. Walaupun habis bangunan library diconteng, kamera CCTV berjaya menangkap gambar mereka yang meninggalkan kesan-kesan durjana terbabit. Tapi pihak polis tak dapat berbuat apa-apa sebab program conteng-conteng dinding ni memang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Victoria University (VUWSA) dengan izin dan restu pihak universiti. Dengan syarat jangan conteng benda-benda tak baik Nama program ni ialah Art Therapy. Cool gila Student Association boleh bawak idea macam ni nak-nak pulak dekat time exam. Memang apa yang pelajar perlukan bile tenga...

Obsessive Compulsive Disorder Axis I

Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang berada dalam Axis I DSM-IV-TR adalah satu gangguan jiwa yang sangat berbahaya kepada pesakitnya. Penyakit ini tergolong dalam kumpulan Anxiety Disorders  dan kalau nak dibandingkan dengan Obsessive-Compulsive Personality Disorder , yang ini secara umumnya lebih bahaya dan boleh membawa maut bergantung kepada kes. Dibawah ialah satu contoh kes OCD yang diceritakan oleh ibu kepada pesakit yang bernama Abang Sidi Anak makcik ni tak tahulah sejak bila dia jadi macamtu. Dia dari remaja lagi memang takut dengan kekotoran, boleh mati katanya. Makin dia besar, makin menjadi-jadi dia punya takut dengan kuman dekat tangan. Katanya tangan manusia ni memang banyak kuman jadi dia akan basuh tangan dia dengan sabun sebanyak lebih kurang 700 kali. Macam-macam sabun dah dia guna cuma Nokia 'Sabun' je dia tak pernah guna. Kami terpaksalah belikan dia sabun sebab kalau dia tak dapat basuh tangan sampai 700 kali, dia akan rasa takut yang amat sangat sam...

Psychopathology: Paranoid Personality Disorder

Untuk sesuatu tu dikira sebagai Psychopathology, ia mestilah sesuatu yang berlainan daripada biasa, menyebabkan efek yang tak elok (maladaptive) dan juga menyalahi norma manusia biasa. Contoh menyalahi norma manusia ialah berbogel di tengah-tengah shopping kompleks. Ingat definisi Psychopathology ni ye. Paranoid ialah salah satu daripada 3 cabang Personality Disorder dalam kluster A Manual Statstik dan Diagnostik-IV. Paranoid bolehlah diibaratkan sebagai seorang yang sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain tapi untuk membezakan Paranoid dengan Paranoid Schizophrenia, Paranoid tidak mempunyai simptom Delusi dan juga Halusinasi Jom kita berkenalan dengan Abang Noid Eh ko nak apa ni? Mesti ko nak ambik duit aku kan? Aku takde duitlah! Pegi main jauh-jauh! Duit aku 20sen semalam pun mesti kau curi kan? Ah tak kisahlah aku hilang duit dekat mana tapi aku yakin kau yang curi kan? Kau ni sama je dengan cikgu-cikgu kat sekolah tempat aku kerja tu lah. Semua nak jatuhkan aku, semua ...

Keputusan Perbicaraan Kes Plagiarism

Haritu aku ada cerita pasal Plagiarism yang dialami oleh Abang A . Klik teks sebelum ni kalau nak baca. So, hari tu aku dah pergi jumpa tapi aku tak cerita pulak yang Head Of School tu walaupun pangkatnya tinggi dengan kelayakan ilmu yang banyak sampai susah nak sebut, merupakan seorang manusia yang rilek je bila bercakap. Yelah kalau tak tak gunalah dia ada Clinical Psychology punya kelayakan. Klik gambar untuk tumbesaran sihat walafiat Di atas ialah selitan surat dari email Head Of School yang menyatakan Abang 'A' kita tak bersalah Alhamdulillah. Maka selamatlah assignment beliau dari ditolak markah ataupun digagalkan. Tak sangka bagi pinjam assignment pun salah disisi undang-undang ye. Goodnight. Esok ade test Psychology.

Plagiarism? Apa tu? Boleh makan tak?

the   unauthorized   use   or   close   imitation   of   the   language   and  thoughts   of   another   author   and   the   representation   of   themes  as   one's   own   original   work (Dictionary.com, 2010) Maksud plagiarism ialah meniru kerja orang lain dan menjadikannya sebahagian daripada kerja sendiri. Mereka yang mengamalkan aktiviti ni bolehlah dipanggil tenuk, cipan, tapir yang good for nothing . Mari kita teliti kes dibawah, saya tak pasti bagi anda cerita ini panjang atau tak. tapi takpe, anda tak bosan kot sebab ini cerita benar, tiada tokok tambahan seperti cerita dongeng Sang Kelembai ataupun Si Kancil yang kononnya bijak dan boleh berkata-kata. Kisah lalu 'A' ialah seorang pelajar di Victoria University of Wellington, New Zealand. Semester 1 beliau tak berapa baik jadi beliau memasang motivasi untuk jadi lebih baik pada semester 2 lebih-lebih lagi d...