Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Hai Kitew Shuweet Couple

Setelah sekian lama... Yes akhirnya episod Kajian Kes Facebook kembali semula tapi kalini akak pulak yang tulis sebab abang panda ada 2 test minggu ni so dia tengah berguling-guling atas katil tu sambil berfikir yang kononyya berguling-guling tu boleh bagi dia A+ untuk 2 subjek test minggu ni. Anyway, harini akak nak cerita lagi pasal fanpage Facebook yang direka khas untuk anak-anak muda See shuwit kan anak-anak muda sekarang? Eh, akak pun muda jugak tapi akak okay je single. Bak kata mak Abang Panda dulu; diri sendiri tu pun mak belikan spender, ada hati nak gatal-gatal dengan anak orang. Entahlah bebudak sekarang ni, seronok agaknya dapat populariti dengan diletakkan gambar diorang pada page. Berikut ialah info pasal page ni..

Bantuan Kajian Statistik dan Psikologikal

Seperti mana yang sesetengah korang telah nampak atau buat-buat tak nampak kat page Facebook aku, ada satu status yang meminta kerjasama para bloggers sekalian yang berminat untuk menyertai satu research di mana apa yang peserta buat hanyalah buat screenshot dengan menggunakan photoscape atau mana-mana software atau program komputer lain yang berkeupayaan untuk berbuat demikian Eksperimen yang akan dijalankan ni mempunyai 2 bahagian di mana bahagian pertama yang telah dinyatakan tadi  hanya akan melibatkan masa tidak lebih daripada 5 minit; dan bahagian kedua pula akan diberitahu kemudian untuk mengelakkan result bias yang berpunca daripada peserta. In case ada antara korang yang nak kata "Eleh nak gunakan kita letteww untuk dia lulus kerja kursus dia". maka saya minta anda menyimpan pemikiran itu dalam tong sampah kerana kenyataannya ini ialah satu kajian suka suka yang menggunakan statistik dan bakal menyokong dan juga menyebabkan persepsi ramai bloggers Malaysia akan b...

Penerima Wang Group Login Facebook Dapat 4 Juta Dolar

Kalau korang rajin tengok kawan korang like like page Facebook atau masukgroup yang pelik-pelik di Facebook, aku rasa ada chance 80% yangkorang wajib pernah tengok ada makhluk dalam news feed yang join benda-benda yang bertajuk seperti "Login Facebook Dapat 4 Juta Dolar" kan? Macam gambar di atas ni, siap ada step untuk dapatkan berjuta-juta dollar hanya dengan login Facebook. Sebab apa? Sebab bisnes bisnes (?) macam ni pernah bukak booth dekat universiti universiti terhebat di Malaysia, di ekspo, dan macam-macam tempat lagi. Siap ada website woh maka ianya perniagaan sah.. Kita takpernah dengar orang yang  join benda ni betul-betul dapat 4 juta dolar! Dengan bantuan abang dzaquanimran kita yang peramah lagi tidak lokek berkongsi ilmu mendapat jutaan dollar Tapi kalau anda masih tak faham bagaimana caranya untuk mendapatkan atau nak check di mana duit 4 juta dollar tersebut akan muncul, jangan malu! Silalah bertanya sebab bak kata pepatah Melayu, Malu bertanya sesat ...

Melawat Muzium Freemason New Zealand

#INTENDED SARCASM LOCATION-INVARIANT Cakap pasal Freemason, mesti kening kiri korang dah terkuit-kuit macam cacing dah kan? Cakap Freemason je kita membayangkan penganut Illuminati, organisasi rahsia, world domination, Dajjal lah ape lah. Meninggalkan itu semua untuk korang peningkan kepala sendiri, aku nak cerita pengalaman aku masa Backpacking Around South Island tahun lepas untuk korang baca. Arrowtown ni letaknya di Queenstown, South Island New Zealand. Ianya mula ditubuhkan pada tahun 1861 apabila seorang brader bernama Jack Tewa terjumpa emas. Maka dari situ bermulalah aktiviti melombong emas sehingga terbentuknya sebuah bandar, di mana zaman tu Gagasan Tanah Melayu masih lagi belum ditubuhkan. Kertas kerja pun takde. Itu sejarah dia. Nak dijadikan cerita, turun saja kami dari kereta, aku terpisah dengan 4 member aku yang lain sebab aku pergi carik jamban untuk menghasilkan emas sendiri. Sebaik je keluar tandas, aku baru perasan line Vodafone NZ disitu tak berapa kuat ak...

Aplikasi Auto Retweet Triberr.com

Oklah dah lama aku tak buat tutorial maka kali ni aku nak hajar korang untuk join satu webservice twitter yang sangat cool dimana ahli-ahli kepada group boleh retweet entri blog korang secara automatik. Menurut website tersebut, dia masih tak ada persaingan tapi ada antara kita yang tahu twitter ada WhiteMerpati cumanya WhiteMerpati tu aku nampak bias gila. Siapa gila trafik dan ada twitter, benda ni memang sesuai gila untuk korang. Yang tak berapa gila trafik dan nak sampaikan mesej ke dunia dengan meluas pun boleh guna benda ni. STEP 1 - DAFTAR TRIBERR.COM Langkah pertama ni sangat unik sebab korang takkan boleh join tanpa ada invitation. Korang tak boleh suka suka masuk dan wujudkan puak (tribe) baru tanpa menjadi ahli kepada puak yang dah sedia ada. Kalau dah ada invite code, klik pada "I have an invite code" STEP 2 - DAFTAR DENGAN BETUL Ini untuk membolehkan korang import entri blog dan berjaya di-retweet oleh ahli puak korang. Kalau salah setup, maka sia-sia je ...

Of Birthday Cake and Card

PERSONAL So, today is 13th May and it's Friday, and there are no other person that could resemble these two features better than Jason of Friday the 13th and Rebecca Black. That would be pretty lame because it is my birthday today. Yes sir, I was born on 13th May and I am pretty much go against racism. In case any of you are wondering why Ive been using panda as my signature all this time, it's because Pandas are black and white, and also Asian. Anyway, birthdays are not birthdays unless they have cakes and cards. Only that, mine is more awesome than any of you ever had. Here is a photo of my birthday cake This cake is called the Creator and was ordered from Wellington's Cuba Street Hellpizza store. Its pretty cheap too, ONLY NZD20, which  is equivalent to RM47.37. Superb. last but not least, here's a photo of my birthday card. The only thing that's interesting about this birthday card is it does not have any birthday wish on it, nor in the content. This...

Gambar Bilik Tidur Lelaki

Entri Personal Obviously, aku malas mahu menaip sebab tangan aku busy dengan assignment, jadi aku nak berkongsi gambar je sebab kalau aku tak busy, aku takkan share gambar ni. Agak paradoks ayat itu.