Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ini ialah jadual sekolah saya

Ini ialah jadual untuk semester 2 yang bakal berakhir bulan 11 ni. Ini baru jadual kuliah dengan tutorial dan tidak  termasuk help session untuk Statistic , dan Discrete Logic Mathematics  sebab 2 tu ialah kelas tutorial yang optional. Yang berwarna merah dalam gambar di atas ialah wajib. Dan belum lagi aku komplen kat korang yang PSYC122 dan PSYC235 aku akan ada 3 assignments dan 3 exams. STAT193 dan MAT161 pulak ialah subjek dari School of Math  dimana wajiblah ada weekly assignments yang wajib dihantar supaya pass subjek tersebut. Dua-dua tu ada 3 exam juge. So, pointnya disini, semua dalam jadual aku tu ialah subjek Sains. Ada sesiapa boleh bagi hujah bernas kenapa 1 subjek sains aku bersamaan hanya 15 points? Kenapa ada subjek lain yang boleh dapat 20 points? Ni kalau aku tak update blog korang faham-faham la ye.

Paedophilia - Lelaki Ramai Buat, Perempuan Ramai Sokong

Beberapa hari lepas aku post dekat facebook something pasal paedophilia dan ada antara pembaca status tersebut yang tak tahu apakah itu paedophilia. Entry kali ni akan cerita serba sedikit tentang paedophilia dan kebenaran bahawa ramai wanita menyokong gerakan tersebut. Menurut auntie wiki, paedophilia ialah suatu psychiatric disorder  pada orang dewasa ataupun yang hujung-hujung remaja tu, yang mempunyai minat seksual terhadap budak-budak . Ia juga merupakan 1 fakta di mana kebanyakan pedophiles  ialah lelaki, tapi kenapa ramai perempuan yang menyokong aktiviti tak sihat ni? Allahyarham Mikail Jackson pernah dikaitkan dengan spekulasi pasal benda ni. Mesti korang pernah dengar pasal gosip seks tak sihat MJ kan? Lainlah kalau korang duduk dalam gua memang haruslah tak pernah dengar berita tersebut. Tapi, sah-sah lah benda ni tak sihat, kenapa ramai wanita sokong? Inilah sebabnya. Korang kalau tak tahu novel yang dibawak menjadi movie ni pasal apa, ianya ialah berkenaan cin...

Hari pertama sekolah

Semalam merupakan hari pertama bermulanya semester 2 untuk pelajar Victoria University of Wellington, New Zealand. Walaupun ramai yang cakap dekat facebook takmo g klas etc, tapi syukur semua datang walaupun ada antaranya hangat-hangat tahik ayam So secara keseluruhannya semalam ialah hari bereksperimen dengan courses yang ditawarkan, untuk tengok mana yang boleh bawak dan mana yang agak-agak pening tahap dewa. STAT193 (statistic) ialah satu subjek yang boleh membuatkan pelajarnye tido sambil berdengkur pada tahap yang menjengkelkan. Habis aje kelas, dalam pukul 5pm macamtu, pegi pulak kedai buku. Tau buku teks kat atas ni berapa harga dia? NZD154.50 dan benda ni ialah mandatory textbook, walaupun takkan guna banyak. Dalam duit Malaysia, harganya 350.73, cukup  untuk beli PS2. So, semester 2 ni aku akan ambik subjek STAT193,PSYC122 ( Intro to Psychology 2 ), MAT161 ( Discrete Mathematics and Logic ), dan PSYC235 ( Abnormal Psychology ) . Disebabkan semua tu subjek sains,...

BERSATU Auckland 2010: Rewind

Perjalanan ke Auckland kalau naik kereta ialah dalam 10jam, kalau naik bas dari Wellington pulak 12jam. Walaupun perjalanan tu agak menyeksakan lebih-lebih lagi kalau 'tangki' cecair dan pepejal korang penuh dan mintak dikosongkan, tapi ada hikmahnya: Dapat tengok view yang cantik seperti Mt. Ruapehu ni. Cantik kan? Kalau nak maen ski kat situ la tempatnya. Aku sepatutnya hari ni nak pegi main ski tapi tiba-tiba terasa malas pulak. Duit pun dah habis beratus-ratus pergi Auckland, lagi mau main ski ka? Ni pulak ialah gambar dinner malam terakhir kami kat sana. Pakai jelah apa yang ada john. Tu pun buat cukup syarat je. Kalau ikut kepala memang aku pakai t-shirt oren WMSO je. Disebabkan cerita terlalu panjang maka aku buat daripada latest to oldest je la ye. Itula sebab kenapa start dengan closing dinner. Mula-mula kami duduk memang seronok tengok Ferrero Rocher dua das atas meja dengan air oren yang walaupun tak fresh, bolehla buat minum. Bila time makan, kena pulak stail b...

Aroha Nui Te Whanga-nui-a-Tara, Kia Ora Auckland

Bos, saya amat-amat sedih la bos buat saya camni. Sampai hati bos ye. Kalau dulu tiap-tiap kali nak tido bos peluk saya, cubit-cubit saya tapi sekarang ni nak tengok muka bos kat rumah pun susah. Saya taula bos ni memang tak rajin balik ke rumah. Itupun seminggu sekali je balik basuh baju. Tapi yang paling saya sedih, bos tak ajak pun saya pergi Auckland untuk game BERSATU 2010 . Saya fahamla bos, game BERSATU tu untuk student Malaysia yang belajar kat New Zealand je yang boleh join. Saya sedarla saya ni harimau je tak sehebat manusia macam bos. Tapi saya yakinla kalau saya main ragbi, sah-sah semua orang kalah dengan saya. Cuba bos bayangkan harimau main ragbi. Tapi bos lagi suka main frisbee kan? Semoga berjaya bos. Tadi saya dah cuba nyuruk dalam beg luggage bos tapi bos jumpa la pulak. Spoil la bos ni. Saya nak ikut la bos! Ingat best ke duduk sorang-sorang? Boring tau tak boring!! Bos cakap taun depan bos bawak saya tapi haritu masa bos pergi kem , bos cakap macam ni jugak....

6 Langkah Mengatasi Kebuluran Lewat Malam

Dey tambi, kalau bagi orang gila jawab soalan ni pun, tutup mata dia boleh jawabla. Kalau kebulur mestila makan takkanla nak basuh baju pulak. Sejak pukul 11pm tadi lagi aku kebulur tapi masih belum berjaya mengangkat bontot yang seberat 66kg tu ke dapur. Pukul 1am barula berjaya. Pergi dapur carik apa? Cari cinta Tu dia stok untuk warga bujang trangtangtang. Andainya anda da kahwin tapi stok Maggi anda lebih kurang camni gak sampai 4-5 pek dalam kabinet dapur, baik anda tak payah kawin okey. Kalau bini anda hot sekalipun saya tak hingin sebab saya rajin makan. Bini harus rajin masak hatta telur goreng sekalipun. Ingat senang ke nak masak Maggi? Kat depan pek tu tulis HANYA 2 MINIT. Ah fitnah semua tu. Kalau nak mampus awal silala masak 2 minit. Nih cara selamat sikit makan megi. STEP 1: Panaskan megi tu sampai dia terpisah-pisah . Kalau korang nak nyanyi lagu perpisahan pun boleh jugak macam zaman-zaman darjah 6 dulu. STEP 2: BUANG AIR Bukan buang air dalam pundi kencing tu. Bua...

Nama Saya Ash Yoong, Mau Lumba?

Naik kereta sport macam aku bukanlah sesuatu yang mat-mat rempit tepi jalan tu boleh buat. Sekarang awek-awek mana ada pandang mat rempit dah, diorang pandang mat-mat kereta sport macam nak buat laki. Sebab tu lah aku menceburkan diri dalam sukan lumba kereta sport nih. Bila dah sarung helmet, haruslah korang takut dengan kelajuan kereta sport aku yang diberi nama Johnny tu. Tapi tu bukan gambar Johnny, tu gambar kete sport sape ntah. Tuan kete tu pun dah takmau dekat dia sebab tuan dia dah ada kapal selam. yang in pun bukan Johnny. Tapi kalau korang minat dengan menatang ni silalah sediakan NZD2500 ya untuk memiliknya sebab benda ni sedang dijual di tempat aku "selalu" racing. 2500NZD tu kalau beli Skyline terpakai kat sini dah dapat dah. Haa yang ni barula gambar aku dengan Johnny mengejar dunia kelajuan. Jangan salah faham, kami tak pernah melibatkan diri dalam apa-apa agenda lumba haram, filem lumba haram yang bodoh, lagu-lagu lembek yang membosankan dan berkaitan deng...