Langkau ke kandungan utama

Catatan

Aku Pun Boleh Doodle

Short update untuk hari ini ialah tentang hobi lama yang kini boleh dilakukan dengan menatap skrin komputer haha. Dulu masa kecik-kecik memang aku suka gila melukis sampaikan dinding rumah pun aku conteng. Teringat jugak zaman sekolah rendah dulu orang bayar aku 50 sen untuk setiap gambar digimon yang aku lukis. Haha sucker gila padahal senang je tiru lukisan digimon tu. Tapi aku letak nama, alamat semua tu sekali la kononnya macam kad. Padahal kena air sikit je terus hancus sebab guna kertas lukisan lol. Siapa yang pandai tu dia gam dengan kad manila. Tapi tu dulu. Sekarang ada komputer boleh lukis guna komputer aje. Contohnya macam gambar dekat bawah ni kan. Mula-mula masuk photoshop boleh buat sketch je dulu

Tutorial Menukar Label Secara Banyak Sekaligus Pada Entri Lama

Dah lama tak buat tutorial maka mari kita merepek pasal tutorial harini. Tips ni dijumpai secara tak sengaja ketika mengedit blog pada tahap gaban pagi tadi. ADAKAH BLOG ANDA MEMPUNYAI RATUSAN ENTRI? ADAKAH ANDA MAHU MENUKAR TAGS/LABEL ENTRY TAPI TAK LARAT DISEBABKAN TERLALU BANYAK? Saya ada penyelesaiannya! Memperkenalkan fungsi blogger menukar label pada blog secara pukal. Caranya sangat senang tapi mungkin memakan masa bergantung kepada nombor label dan entry yang anda telah post sepanjang riwayat hidup anda berblogging. STEP#1 - MASUK EDIT POSTS Pastikan korang jumpa page seperti di atas di mana korang kena tandakan pada entry-entry yang hendak ditukar labelnya. Selepas siap tandakan entri tersebut,   STEP #2 - CARI KOTAK LABEL ACTION Dan korang boleh apply mana-mana label untuk entri dalam dashboard korang tu tanpa ada masalah. Selain meletakkan label yang sedia ada pada entri tu, nak letak label baru pomboleyy.Kalau nak remove label, ada di bahagian bawah sekali ...

Bulan Itu Bulan Cinta - Supermoon

Semalam aku ada kongsi satu link daripada CNN News mengatakan bahawa malam ini merupakan bulan mengambang penuh yang paling besar dilihat dalam masa 20 tahun ini. Disebabkan umur aku dalam lingkungan lingkungan tu la jugak, maka inilah bulan mengambang penuh yang paling besar aku pernah tengok Maka nak dijadikan cerita, aku pun capailah skuter tadi untuk naik atas bukit menangkap gambar di tengah malam. Gila kentang nak naik bukit yang pernah kecoh pasal cerita Vampire menyerang Wellington itu hari.

Jangan Katakan 'Tidak' pada Panda

Semalam lepas aku pening-pening menghadap buku teks, tiba-tiba perut ni meminta diisi. Kalau dia tak bising takpelah, ini memekak sampaikan aku segan nak duduk dekat library tu dek bunyik yang kuat gila. Maka dengan lajunya aku berjalan ke Cafe di Victoria University untuk beli Fish n Chips.. Cafe ni ialah antara cafe tempat pelajar Muslim beli makanan sebab sumber dipercayai mengatakan makanan sini halal tapi aku taknak la cari pasal makan Sandwich Bacon pulak dekat sini. Makan Fish n Chips aje sudahla. Cafe ni telah disponsor oleh sorang pakcik bernama Jack Illot pada tahun berapa entah aku tak kisah. Janji aku boleh makan kat sini. Antara makanan yang boleh diketedarah oleh pelajar Muslim sekalian ialah Chips, Wedges, dan makanan-makanan Vegan yang lain. Tang daging apa semua tu aku tak taula. Baik elakkan daripada konfius aje Masa aku ke kaunter tu, aku nampak kentang diorang dah nak habis jadi awek Orient dekat kaunter tu cakap " could you please wait for five minutes? ...

Classical Conditioning - Applikasi Kehidupan

Okay harini kita belajar Psychology lah tahap rendah punya. Jangan risau, sangat senang untuk difahami dan janganlah disebabkan benda ni sains korang ingat dia susah pulak. Senang je nak faham sebenarnya. Untuk matapelajaran Psychology yang susah sikit, sila rujuk sini: Nota Visual Sensory Memory Classical Conditioning (CC) ialah satu teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fisiologi Russia yang bernama Ivan Pavlov pada sekitar tahun 1901. Nak dijadikan cerita supaya simple dan tak meleret, pada suatu hari dia pegi melawat anjing dia dengan loceng. Seperti biasa, anjing dia meleleh-leleh air liur dan menggesel-gesel dekat kaki beliau menyangkakan yang pakcik Pavlov ni bawak makanan. Maka beliau pun peliklah, anjing ni kan hebat sesnori penghiduannya, kenapa pulak anjing tu boleh tak tahu yang dia tak bawak makanan? Siap meleleh-leleh lagi air liur.. Rupa-rupanya anjing ni dah terkena CC daripada kehidupan seharian dia. Selama ni Pavlov bagi anjing dia makan (rangsangan normal) dan...

Pantun Realiti Facebook 2

BERSAMBUNG.....

Sambutan Tahun Baru Cina Wellington New Zealand

Harini mood aku bercanggah maka aku berkeputusan untuk mengemas koleksi gambar-gambar yang bertempiaran dalam harddisk tu. Baru aku teringat aku lupa nak eksyen dengan korang pasal sambutan Tahun Baru Cina di Wellington pada minggu lepas. Ke 3 minggu lepas entah? Ah comel; Dong chang dong chang dong chang cha cha. Sambutan ni diadakan di TSB Arena, berdekatan dengan harbour di sana. Alah, tempat aku tengok Konsert Paramore itu hari lah sayang. Tu dia mak cik kau mekap tebal masa parade dari Courtenay Place ke TSB Arena. Siap ada naga dan singa lagi bhai. Kalau orang zoo nampak mesti dia dah tangkap. Ini ialah tarian singa versi kanak-kanak yang saja-saja main sebab jakun dengan singa tak hidup. Sejarah asal tarian singa ialah pada zaman dulu, ada sorang sami yang tensen melihatkan kejahatan melanda tempat dia hidup. Maka bila tensen dan tiada rambut untuk ditarik, dia pun berdoa kepada dewa-dewi dia bagaimanakah untuk menghalau semua anasir kejahatan ni. Diorang kata "Lu...