Langkau ke kandungan utama

Catatan

5 Fakta Psikologi Tentang Bayi #Psych13

Hai semua. Insya-Allah setiap hari Ahad jam 9 malam setiap minggu (bergantung kepada keadaan) akan diwujudkan slot #psych13 di twitter. Bagi korang yang takde twitter, takpe klik aje pada \ SINI ; untuk tengok senarai tweet yang muncul kat situ. Semua berkaitan psikologi. Setiap kali lepas slot tu aku cuba letak di blog pula sebab tweet di hashtag tu lama-lama akan dipadam. Macam kali ni, tajuknya ialah fakta psikologi tentang babiess! FAKTA 1: BABY BOLEH BERENANG Yes you read that right. Babies are natural born swimmer tapi kebolehan ni akan hilang pada umur 4-6 bulan selepas dilahirkan. Babies yang ditelangkupkan (betul ke bahasa aku ni?) dalam air akan mengayuh dalam pergerakan berenang yang dipanggil oleh pengkaji sebagai "diving reflex". Pergerakan refleks ni sebenarnya adalah untuk menyelamatkan babies daripada lemas.

Mari Berkenalan Dengan Akak Gemuk. (REPOST)

Disebabkan saya tak tahu macam mana nak translate Psychopathology dalam BM, maka kita panggil sahaja benda-benda yang akan disampaikan ni sebagai penyakit mental. Sebenarnya benda ni dari sekolah lagi kita belajar tapi mungkin data yang ada kurang lengkap, dan juga ada tersalah tafsir pada beberapa terma yang akan saya terangkan sebentar lagi. ( Papanda , 2010) Tapi jom kita berkenalan dengan akak-akak dibawah ni dulu. Jom kita ke sesi suai kenal bersama akak-akak yang kurus ramping jelitawan. #1: Cik Siti Aneroxia Nervosa berkata: Eh apa ni dik tangkap gambar akak, segan la ai sebab ai ni tak cukup ramping macam mayat lagi. Apa? body weight kena lebih daripada 85% daripada berat jangkaan? Ish tak maulah akak nanti tak de orang nak pandang akak tau. Akak takut bebenar kalau akak naik berat badan, jatuhlah saham akak nanti dik oi. Hari-hari akak tengok depan cermin tu, lemak bersepah- sepah macam sup ayam warung Wak Karman tu ha. Eleh setakat tak datang bulan sebab jadi kurus...

Perempuan cantik, Lelaki kacak, dan Psikologi

(Entri ini mengandungi gambar-gambar yang konfem tak boleh ditonton dalam masjid) Kalau tanya member-member tentang apa yang dikatakan cantik atau hensem, mesti diorang bagi contoh pasal girlfriend, boyfriend, atau laki bini diorang tanpa alasan yang kukuh. Selalunya diorang akan bagi alasan yang abstrak seperti "cantik ni kan subjektif". LOL? Saya sebagai seorang lelaki ingin memberitahu gadis-gadis di luar sana yang cantik itu sebenarnya objektif. Jadi, macam mana nak tahu yang menarik tu apa bagi lelaki dan perempuan? Mengikut kajian psikologi, BADAN PEREMPUAN YANG CANTIK Hai kami Kate Moss dan Jessica Alba berada di sini untuk membuatkan gadis Malaysia penggemar Mekdonel berasa rendah diri. Ratio kami 0.7. Okay kita start dengan badan perempuan sebab pembaca blog ni ramai perempuan dan mesti diorang nak tau apa yang kita lelaki pandang pada seorang perempuan. Dan lelaki-lelaki yang confuse di luar sana tu pun mesti nak tahu kenapa sesetengah perempuan adalah lebih...

Psikologi tentang Deja vu

Masa aku form 3 dulu, aku pernah turun tangga sambil melangkah 2-3 anak tangga sekaligus sebagaimana yang anak-anak muda lain yang kurang pertimbangan akal buat. Sebab apa pun aku tak tau tapi ada benda-benda bodoh yang remaja buat ni sebab nak menunjukkan dia punya power pada gadis-gadis yang diminati. Entah apa sebab aku rasa melompat tangga tu cool, aku pun tak tau. Almaklumlah budak sekolah, memang sempurna akal fikirannya. Tanpa disangka-sangka, kaki aku terpeleot dan tergoleklah seorang papanda ke bawah tangga sambil digelakkan oleh budak-budak lain sambil menyanyikan lagu "Anak kambing patah kaki, anak rusa menari-nari..rumah terbakar panggil bomba..bla3" Di saat tu, kepala aku terasakan yang keadaan ni macam pernah terjadi sebelum tu. Adakah..ini cinta? Adakah ini deja-vu? Baidewei, masa tu aku dah tahu deja-vu tu apa sebabnya aku rajin baca Reader's Digest dan Kreko. Arena Komik bolehla kadang-kadang. "Ya Allah, kat bahu aku ada perempuan!" Deja...

Mekanisme Lawak di Malaysia

Scroll Facebook, ternampak kawan-kawan share sesuatu di Facebook. Diorang share pasal video "beruwang" yang melibatkan seorang perempuan tak lawa merepek something pasal relationship dia. In case korang tak pernah tengok, boleh click play di bawah. Okay sebelum aku menyarung kopiah dan janggut putih, biar aku membebel pasal "lawak" di Facebook ni. Benda-benda yang lawak ni sama je bagi setiap orang kat Facebook tak kira la kau parti politik apa. Tapi biasanya orang akan rasa benda tu lawak bila sesuatu yang malang berlaku pada orang lain. Sebagai contoh, lawak di bawah ni...

Cara buat Bunga Origami Kusudama

Hari ni lah hari paling slow skali sebab malam tadi tidur jam 4.30am sebab buat assignment dan kelas pulak start awal pagi. untuk hilangkan kemengantukan dalam kelas, akhirnya dapat idea untuk buat origami bunga yang ditunjukkan seorang rakan Facebook di wallnya sendiri semalam. Origami tu macam ni la rupa dia... Lepas tu ada kawan mintak tutorial dan aku rasa eloklah letak dalam blog ni sebab kalau korang nak buat, bolehlah rujuk sini. Yang ni tutorial vide. Tapi kalau nak tengok yang bergambar macam aku dalam kelas tadi, ada kat sini  Bahan-bahan diperlukan: Sekurang-kurangnya 5 kertas segi empat sama  Gam Ok. Dah siap? Jom melipat kertas!

Hakikat Trend Tudung Semasa

Mungkin tak semua pembaca tahu tapi sekarang ni aku dah berada di Malaysia, for good. Sebab tu blog pun bersawang habis dan hanya ditulis kalau ada masa. Hanya perkara penting yang perlu diblogkan dan masa pun sekarang menunjukkan 4.03 am sebab baru siap tulis assignment. Tapi takpe lah, bagi aku peluang berblog kejap seba tadi aku dah telan Nescafe warna merah. Merah maksudnya berhenti. So, aku berhenti tidur lah malam ni Sekembalinya ke Malaysia, benda pertama yang aku perasan berbanding New Zealand ialah ramainya rakyat yang bertudung. Pandang kiri nampak gadis yang nampaknya seperti penuntut UIA. Toleh kanan pulak nampak gadis yang pakai beg USIM. Tengok orang lain, eh ada pattern tudung yang aku jarang-jarang nampak.