Langkau ke kandungan utama

Catatan

Fenomena 'Ditindih Hantu' dan Psikologi

Masa sekolah dulu, sekolah KUSESS dikatakan amat berhantu especially setiap tahun ganjil. Pada tahun 2005 misalnya, kes histeria adalah amat bersepah sampaikan ada cerita yang pasal budak perempuan histeria pukul 3 pagi, nampak pocong, nenek kira katil, makcik jual karipap dan maca-macam lah. Tapi yang paling real masa tu ialah kes kena tindih masa tidur . Caption iklan: "hai saya doktor gigi" "Malam tadi kan, aku terbangun dalam pukul 3 macam tu, lepastu aku tak boleh gerak tau. Yang boleh bergerak mata aku je yang lain semua macam lumpuh. Lepas tu, aku nampak ada hantu tindih aku sampai sesak nafas!" (Mangsa, 2005)

Ditamparnya Kepala Budak Pendidikan Khas itu...

Sebuah cerpen kisah benar yang berlaku pada hari Selasa 30 Julai 2013 di sebuah sekolah yang kena dirashsiakan namanya... Gambar hiasan  Masa tu aku baru je selesai solat berjemaah di barisan hadapan. Sistem di sekolah kami, kalau masuk waktu solat, guru lelaki terutamanya dan murid-murid kelas pendidikan khas diwajibkan solat berjemaah. Kalau tak nanti mereka malas solat (juga boleh digunapakai pada guru). Jadi, bila tengah berzikir tu terdengar lah suara Penyelia Petang bercakap dengan sorang budak ni yang diberi nama Sayyid (sumpah, bukan nama sebenar) di saf belakang. Maka terjadilah perbualan seperti di bawah ni... Penyelia: Awak masuk solat jemaah lambat ye? Sayyid: Ye ustaz Penyelia: Kalau tak tau, nanti ustaz ajar (sambil merujuk kepada diri sendiri) Maka aku pun berfikir. Ustaz ni walaupun selalu ugut nak tampar budak yang main-main nak masuk surau, tapi understanding rupanya dia pada Sayyid ni, budak pendidikan khas yang masbuq solatnya. Siap offer nak ajar sa...

Sebelum runtuhnya gereja katedral di Christchurch

Ingat lagi tak tahun lepas, berlaku satu gempa bumi yang sangat kuat di Christchurch, New Zealand. Pelajar Malaysia lebih suka panggil tempat tu dengan nama Canterbury rasanya entahlah. Anyway, gempa bumi tu nasib baik tak berlaku masa aku pergi melawat kawasan tu. Kalau tak, hilanglah seorang panda yang baik hati di muka bumi ni. Pendek kata, lepas gempa bumi, musnahlah kawasan tu. Yang korang akan tengok ni ialah gambar sebelum gempa bumi yang kuat tu berlaku Dekat luar gereja ni ada banyak gerai jual cenderahati, tempat rekreasi orang main catur gergasi, dan juga orang yang rajin mengambil gambar macam kami masa tu

Bazaar Ramadan dan Psikologi

Salam 1 Ramadan untuk semua umat Islam di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya yang mula berpuasa hari ini. Untuk mereka yang berada di benua Australasia sana especially New Zealand, selamat berpuasa esok lah kan. Jadi pada hari ini kita akan menghadamkan satu ekstrak kajian psikologi berkenaan pembelian makanan dan juga bazar Ramadan dari sudut psikologi kognitif. Baiklah. ada claim yang mengatakan bahawa jangan shopping bila kita lapar sebab nanti kita akan membazir. Ungkapan seperti ini ada orang tanya pada akun twitter  @psikoologi  dan inilah tujuan akaun tu diwujudkan - untuk menjadi kaunter pertanyaan pasal tweet-tweet yang mengaku psikologi padahal benda tu tipu. Anyway, berbalik kepada claim tersebut. Ianya ialah benar dan benar-benar belaka

Eksperimen Perkauman Mata Biru Jane Elliott

A rather short update untuk cukupkan kuota bulan Jun. Tak pasti korang pernah dengar atau tak pasal eksperimen perkauman yang dijalankan oleh Jane Elliott ni. Personally, topik ni adalah sangat penting dan wajib diketahui untuk pelajar psikologi terutamanya dan tak ketinggalan juga untuk cikgu-cikgu sekolah untuk membuat aktiviti simulasi dalam sekolah dalam isu perkauman, atau pendidikan moral, whichever suits.

5 Fakta Psikologi Tentang Bayi #Psych13

Hai semua. Insya-Allah setiap hari Ahad jam 9 malam setiap minggu (bergantung kepada keadaan) akan diwujudkan slot #psych13 di twitter. Bagi korang yang takde twitter, takpe klik aje pada \ SINI ; untuk tengok senarai tweet yang muncul kat situ. Semua berkaitan psikologi. Setiap kali lepas slot tu aku cuba letak di blog pula sebab tweet di hashtag tu lama-lama akan dipadam. Macam kali ni, tajuknya ialah fakta psikologi tentang babiess! FAKTA 1: BABY BOLEH BERENANG Yes you read that right. Babies are natural born swimmer tapi kebolehan ni akan hilang pada umur 4-6 bulan selepas dilahirkan. Babies yang ditelangkupkan (betul ke bahasa aku ni?) dalam air akan mengayuh dalam pergerakan berenang yang dipanggil oleh pengkaji sebagai "diving reflex". Pergerakan refleks ni sebenarnya adalah untuk menyelamatkan babies daripada lemas.

Mari Berkenalan Dengan Akak Gemuk. (REPOST)

Disebabkan saya tak tahu macam mana nak translate Psychopathology dalam BM, maka kita panggil sahaja benda-benda yang akan disampaikan ni sebagai penyakit mental. Sebenarnya benda ni dari sekolah lagi kita belajar tapi mungkin data yang ada kurang lengkap, dan juga ada tersalah tafsir pada beberapa terma yang akan saya terangkan sebentar lagi. ( Papanda , 2010) Tapi jom kita berkenalan dengan akak-akak dibawah ni dulu. Jom kita ke sesi suai kenal bersama akak-akak yang kurus ramping jelitawan. #1: Cik Siti Aneroxia Nervosa berkata: Eh apa ni dik tangkap gambar akak, segan la ai sebab ai ni tak cukup ramping macam mayat lagi. Apa? body weight kena lebih daripada 85% daripada berat jangkaan? Ish tak maulah akak nanti tak de orang nak pandang akak tau. Akak takut bebenar kalau akak naik berat badan, jatuhlah saham akak nanti dik oi. Hari-hari akak tengok depan cermin tu, lemak bersepah- sepah macam sup ayam warung Wak Karman tu ha. Eleh setakat tak datang bulan sebab jadi kurus...