Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cara-cara Elakkan Bertangguh (Procrastination) dengan Psikologi

Kita ni manusia biasa yang lemah, kadang-kadang tu bukan aje dari segi fizikal malah dari segi mental. Antara perangai orang yang mental nya lemah ni ialah jenis yang cepat terganggu tumpuannya. Kadang-kadang tu sampaikan masa beribadat pun tumpuan kita boleh terganggu dan mulalah sesuatu yang dipanggil sebagai "penangguhan " ataupun bahasa Inggerisnya, 'procrastination'. Dalam artikel kali ni, anda akan dapat sekurang-kurangnya 3 cara untuk melawan sifat bertangguh ni, dari segi psikologi. Sebagai manusia biasa, saya sendiri kadang-kadang buat benda bertangguh ni mungkin sebab saya ni seorang perfectionist. Orang perfectionist ni dia nak benda tu disetelkan dengan result yang power. Kalau tak power, dia taknak buat. Ataupun ada jenis manusia yang tengah study 5 minit, lepas tu konon 'release' tension dengan main Facebook selama sejam. Kalau lima minit baca buku dapat 1 muka, dalam sehari boleh dapat lebih kurang 22 muka je lah. So, kita dapat tahu yang...

Flashbulb Memory, Rakyat Malaysia dan #MH370

Flashbulb memory ni sebenarnya ialah satu perkataan yang popular dalam bidang memori dan kognitif psikologi. Zaman dulu kan orang tangkap gambar dengan gunakan kamera besau gajah dan disertakan dengan flash tangan tu kan? Yang di tangan photographer tu lah yang dinamakan sebagai flashbulb. So, kamera digunakan untuk apa? Of course lah untuk menangkap gambar. Dan gambar pula menunjukkan keadaan yang terperinci, keadaan yang berlaku pada waktu itu secara objektif. Maka dengan itu, pada tahun 1977, Roger Brown dengan James Kulik dua orang saintis mewartakan term memori flashbulb sebagai satu memori yang disertakan dengan respons emosi yang kuat lalu menyebabkan kita ingat every detail yang konkrit dan jelas, yang terjadi pada waktu tu. Yang lagi menariknya ialah memori jenis ni akan membuatkan kita ingat benda tu sampaila ke mati. Even pesakit nyanyuk pun ada yang mengingati peristiwa penting yang dikaitkan dengan flashbulb memory ni, mengikut sesetengah kajian lah. Untuk kaitkan m...

Inception Dalam Kehidupan Normal - Fakta Psikologi

Dalam filem Inception yang Leonardo D'Caperiuk berlakon tu, inception ni biasanya orang faham sebagai mimpi dalam mimpi dalam mimpi lepas tu pusing gasing nak tahu itu mimpi ataupun alam nyata. Betul tak? Kalau dari segi bahasa, Inception dalam konteks ni sebenarnya bermaksud proses meletakkan idea baru atau pemikiran orang lain ke dalam minda separa sedar ( subconscious mind ) seseorang yang lain. **** Tapi eloklah kalau saya terangkan dulu apa tu subconscious mind. Benda ni dalam Bahasa Malaysia dipanggil sebagai minda separa sedar di mana proses minda ni tidak dikawal sepenuhnya oleh kita. Bukanlah maknanya automatik tapi maksudnya ialah kita tak tumpukan perhatian pun pada benda tu. Sebagai contoh, masa korang baca blog ni, korang sedang menggunakan minda sedar ( conscious mind ). Kalau saya tanya: Baris pertama artikel ni cerita pasal apa? Apa huruf pertama yang digunakan dalam ayat pertama artikel ni? Kalau korang mampu jawab soalan 1, itu maknanya korang menggu...

[Psikologi] Adakah Anda Mengigau?

Okay persoalan kali ni diutarakan di Twitter @psikoologi sebenarnya di mana topik dibuka sekiranya ada yang bertanyakan sesuatu, dan secara kebetulan saya mempunyai sedikit pengetahuan dalam tu. Biasanya kalau tak reply tu maknanya saya tak tahu lah ataupun malas haha. Anyway, kali ni ada orang yang bertanyakan tentang kejadian bercakap-cakap semasa tidur. Tentu korang pun pernah mengalami benda ni kan? Mungkin pernah terdengar kawan atau saudara mara bersembang dalam tidur? Adakah bercakap semasa tidur ni bermakna orang tu sedang bermimpi? Haa teruskan membaca, please. Yang sebenarnya, sleep-talking ataupun "mengigau" dalam bahasa kita yang lebih umum, adalah sejenis parasomnia. Mengikut psikologi lah kan, parasomnia ni sebenarnya adalah perkara-perkara luar biasa yang terjadi semasa tidur. Ye lah, sepatutnya waktu tidur badan kita berehat tapi boleh pulak mulut tu meracau-racau Perbuatan berkata-kata dalam tidur ni juga ada nama rasminya iaitu somniloquy Walaupun...

Adakah Anda Seorang Yang Berotak Kanan atau Kiri?

Masa zaman sekolah dulu, ada tak cikgu korang kata yang korang ni mungkin manusia yang jenis dominan otak kanan ataupun jenis dominan otak kiri? Baru haritu saya terjumpa 1 website yang bertanyakan beberapa soalan untuk menentukan sama ada korang ni berotak kanan ataupun kiri. Kefahaman umum adalah bahawa orang yang dominan otak kanan adalah lebih artistik manakala yang berotak kiri adalah lebih menggunakan proses logikal dan pengiraan. Betul ke? Untuk ujian-ujian tersebut bolehlah menggunakan Iframe website tersebut di bawah ni. Content diambil daripada http://ms.sommer-sommer.com/ujian-otak/ Your browser does not support iframes. Dah dapat result? Sebenarnya kajian baru mendapati bahawa penggunaan otak kanan dan kiri ni hanyalah satu mitos dan tidak benar sama sekali. Pengkaji di Utah University dah buat analisis terhadap 1000 orang dan mereka mendapati bahawa manusia menggunakan otak secara sama rata dan tidak dominan pada mana-mana bahagian otak. Biasanya ora...

Psikologi Warna

Warna apa yang sesuai untuk bilik tidur? Warna apa yang sesuai dipakai apabila pergi untuk interview ataupun temu duga dan warna jenis apa yang sesuai untuk kelas? Soalan-soalan ni biasanya ditanya dan kita tak tahu dari mana untuk mendapatkan info sebegini. Jadi, kali ini saya kumpulkan infografik tentang warna supaya dapat dikongsi untuk mereka yang ingin tahu tentang pemilihan warna dan psikologi manusia Kesan pemilihan warna pada organisasi anda Yang di bawah ni pula ialah kesan warna terhadap minda manusia. Warna apa yang membuatkan orang tenang, marah, atau was-was? Dan sebagai seorang guru dan bakal menjadi ibu bapa satu hari nanti, warna apa yang sesuai untuk kelas pembelajaran? Warna apa yang sesuai untuk bilik tidur? Harap infografik ni membantu. 

Adakah Bipolar Disorder Sejenis Masalah Mental?

Salah faham terhadapan gangguan mental biasanya disebarkan melalui media massa termasuklah internet dan juga filem. Kadang-kadang kita menggunakan sesuatu masalah mental yang serius sebagai deskripsi pada sifat kita walaupun kita tahu ianya tak betul. Sebagai contoh, kita pernah nampak Linda (bukan nama sebenar) yang mengakui bahawa dia mempunyai bipolar disorder hanya kerana dia menyesal dia tukar telefon dia kepada Samsung sedangkan sebelum ni dia merupakan seorang pengguna Iphone Tapi malangnya dia salah. Bipolar Disorder bukanlah perasaan menyesal yang kejap nak atau kejap taknak, atau perasaan was-was. Ia merupakan satu masalah mental yang serius. Dalam masyarakat Malaysia, orang yang menghidap masalah bipolar disorder ni mungkin dilihat sebagai orang gila.  Sebenarnya, bipolar disorder (atau manic-depressive illness) ialah sejenis gangguan pada otak manusia yang menyebabkan pertukaran pada mood, tenaga, dan kebolehan untuk menjalankan tugas-tugas seharian. Sama se...