Langkau ke kandungan utama

Catatan

Keganasan Dalam Media dan Kesan Psikologi Kanak-kanak

Setiap pagi masa breakfast di kantin sekolah, aku akan selak-selak surat khabar kalaulah ada berita-berita yang menarik. Nak dijadikan cerita, minggu lepas masa tangan kanan menyuapkan nasi goreng kampung ke dalam mulut dan tangan kiri menyelak muka surat akhbar, aku ternampak tajuk di sebelah kiri ni (screenshot daripada mstar ). Dari Mstar, Penerbit filem Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila karya anaknya, Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Yusof berkata, dia terkejut dengan keputusan LPF itu kerana karya berkenaan hanyalah sebuah filem dengan babak yang penuh aksi lawan selain berunsur komedi. Sedangkan banyak filem lain terutamanya karya antarabangsa yang lebih ganas tetapi diberi pula tontonan untuk golongan berumur 13 tahun ke atas (P13). "Abang Long Fadil akan ditayangkan pada 29 Mei ini dan ia jatuh pada musim cuti sekolah dan sayang sekali filem ini tidak d...

Senarai PDF Kajian Psikologi Percuma

Berikut adalah senarai artikel jurnal psikologi yang sahih. Kebanyakan daripada artikel ni adalah menggunakan Bahasa Inggeris dan diletakkan di dalam blog ni mengikut kategori dan akan ditambah dari masa ke masa untuk rujukan sendiri. Klik pada pautan untuk akses kepada artikel jurnal tersebut. ----------------------------------------------------------------------------- COGNITIVE PSYCHOLOGY ----------------------------------------------------------------------------- Bolhuis, D. P., Lakemond, C. M. M., Wijk. R. A., Luning, P.A., Graaf, C. D. (2013). Consumption with Large Sip Sizes Increases Food Intake and Leads to Underestimation of the Amount Consumed  è Epley, N., & Whitcurch, E. (2008). Mirror mirror on the wall: Enhancement in self-recognition.  è Gary, L. W. (2012). Eating Fewer Calories May be Therapeutic  è Mita, T. H., Dermer, M., Knight, J. (1977). Reversed facial images and the mere-exposure hypothesis.  è Mojet, J.,Christ-Hazelhof, ...

Apakah Itu Narcissistic Personality Disorder?

Adakah korang atau kawan-kawan korang ada pesen yang terlampau mementingkan diri? Dia punya pentingkan diri ni bukan tahap-tahap biasa tapi dah sampai tahap merasakan bahawa diri dia tu adalah titik pergerakan dunia, dunia mesti berputar mengikut dia. Kalau ya, mungkin mamat atau minah tu ada sejenis masalah personaliti dalam psikologi yang dipanggil sebagai "Narcissistic Peronality Disorder". Seperti biasa, saya kena ingatkan korang doktor-doktor instant di internet bahawa jangan gunakan artikel ni sebagai panduan untuk bagi diagnosis kepada diri sendiri ataupun rakan-rakan. Artikel ni cuma berfungsi sebagai pengenalan kepada Narcissistic Personality Disorder. Personality Disorder ni secara ringkasnya adalah gangguan dalam perangai manusia yang kita tak nampak dengan nyata tapi perlu berkenalan dulu dengan orang tersebut untuk mengetahui sifat dia. So, berbeza lah dengan eating disorder sebab kita boleh terus nampak daripada badan dia manakala personality disorder adalah s...

Psikologi dan Teater (Tribute to UIAM)

Entri blog psikologi kali ni didedikasikan sepenuhnya kepada warga teater Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak). Dalam beberapa minggu yang lalu, saya dengan secara tiba-tibanya rasa teruja nak pergi menonton teater di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) yang dianjurkan oleh @iiumtheatreclub. Mula-mula tahu pasal siri teater ni pun sebab ada kawan di Twitter yang juga merupakan pelajar di sana dan dia Retweet poster promo untuk event teater tu. Bermula dengan Caring Theatre Night, ke Ulek Mayang Suatu Ceritera Mistik, ke Nusantara Theatre Week, dan akhir sekali , Citra 2014 yang super awesome malam haritu saya tengok. Tahniah beribu-ribu lemon lah sebab bagi saya, event ni merupakan satu kejayaan besar. Saya suka semua benda yang dipersembahkan dalam teater ni walaupun masuk lambat sikit. Pementasan teater yang ada setan nama Makara tu pun sangat power sampaikan masa setan tu keluar, penonton semua menunjukkan reaksi takut ..dan saya teruja dengan penggu...

Cara-cara Elakkan Bertangguh (Procrastination) dengan Psikologi

Kita ni manusia biasa yang lemah, kadang-kadang tu bukan aje dari segi fizikal malah dari segi mental. Antara perangai orang yang mental nya lemah ni ialah jenis yang cepat terganggu tumpuannya. Kadang-kadang tu sampaikan masa beribadat pun tumpuan kita boleh terganggu dan mulalah sesuatu yang dipanggil sebagai "penangguhan " ataupun bahasa Inggerisnya, 'procrastination'. Dalam artikel kali ni, anda akan dapat sekurang-kurangnya 3 cara untuk melawan sifat bertangguh ni, dari segi psikologi. Sebagai manusia biasa, saya sendiri kadang-kadang buat benda bertangguh ni mungkin sebab saya ni seorang perfectionist. Orang perfectionist ni dia nak benda tu disetelkan dengan result yang power. Kalau tak power, dia taknak buat. Ataupun ada jenis manusia yang tengah study 5 minit, lepas tu konon 'release' tension dengan main Facebook selama sejam. Kalau lima minit baca buku dapat 1 muka, dalam sehari boleh dapat lebih kurang 22 muka je lah. So, kita dapat tahu yang...

Flashbulb Memory, Rakyat Malaysia dan #MH370

Flashbulb memory ni sebenarnya ialah satu perkataan yang popular dalam bidang memori dan kognitif psikologi. Zaman dulu kan orang tangkap gambar dengan gunakan kamera besau gajah dan disertakan dengan flash tangan tu kan? Yang di tangan photographer tu lah yang dinamakan sebagai flashbulb. So, kamera digunakan untuk apa? Of course lah untuk menangkap gambar. Dan gambar pula menunjukkan keadaan yang terperinci, keadaan yang berlaku pada waktu itu secara objektif. Maka dengan itu, pada tahun 1977, Roger Brown dengan James Kulik dua orang saintis mewartakan term memori flashbulb sebagai satu memori yang disertakan dengan respons emosi yang kuat lalu menyebabkan kita ingat every detail yang konkrit dan jelas, yang terjadi pada waktu tu. Yang lagi menariknya ialah memori jenis ni akan membuatkan kita ingat benda tu sampaila ke mati. Even pesakit nyanyuk pun ada yang mengingati peristiwa penting yang dikaitkan dengan flashbulb memory ni, mengikut sesetengah kajian lah. Untuk kaitkan m...

Inception Dalam Kehidupan Normal - Fakta Psikologi

Dalam filem Inception yang Leonardo D'Caperiuk berlakon tu, inception ni biasanya orang faham sebagai mimpi dalam mimpi dalam mimpi lepas tu pusing gasing nak tahu itu mimpi ataupun alam nyata. Betul tak? Kalau dari segi bahasa, Inception dalam konteks ni sebenarnya bermaksud proses meletakkan idea baru atau pemikiran orang lain ke dalam minda separa sedar ( subconscious mind ) seseorang yang lain. **** Tapi eloklah kalau saya terangkan dulu apa tu subconscious mind. Benda ni dalam Bahasa Malaysia dipanggil sebagai minda separa sedar di mana proses minda ni tidak dikawal sepenuhnya oleh kita. Bukanlah maknanya automatik tapi maksudnya ialah kita tak tumpukan perhatian pun pada benda tu. Sebagai contoh, masa korang baca blog ni, korang sedang menggunakan minda sedar ( conscious mind ). Kalau saya tanya: Baris pertama artikel ni cerita pasal apa? Apa huruf pertama yang digunakan dalam ayat pertama artikel ni? Kalau korang mampu jawab soalan 1, itu maknanya korang menggu...