Langkau ke kandungan utama

Catatan

Malaysian thing in New Zealand

Ini bukanlah entri pasal iklan Nescafe bodoh yang guna manglish tahap kronik seperti aku buat itu hari. Rujuk entri ni  tapi ini adalah pengakuan seorang mat skandal yang kini berada di New Zealand demi membantu anak nusa bangsanya sendiri di masa hadapan. Adapun, Encik A (bukan nama sebenar) telah membuat pengakuan berani matinya iaitu beliau telah pun memecah keegoan diri beliau dengan pergi berjoget di NZ sedangkan beliau langsung tidak pernah sekalipun menjejakkan tapak kakinya di dalam arena penarian ini. Menurutnya, dia adalah seorang yang 'keras' dan telah dilatih untuk hidup dalam suasana kawad. Buktinya: Entah mengapa beliau pergi ke tapak latihan tarian, lalu berhasrat untuk melibatkan diri. Mungkin baginya, ini merupakan suatu peluang yang baik untuk berkenalan dengan orang ramai, dan juga menimba pengalaman baru. Ya, sampai bila aku nak penuhi hati dan jiwa aku dengan keinginan untuk menikam manusia bertubi-tubi? Harus diterapkan sifat lain juga. Seorang mangs

3 jam untuk aiskrim antibiotik

Hari ni sangat banyak masa lapang sebab kuliah aku hanya sejam. Jadi dengan bernasnya selepas perkara-perkara perlu dah diselesaikan, aku pun terasa lapar. Lapar ini bukan lapar sebarangan, ianya lapar aiskrim! Memang antara elemen terrbaekk kalau anda mahu menternak lemak di bahagian punggung. Dan yang lagi bagusnya, lapar ini bukanlah datang dari kepala hotak aku sendiri tetapi datangnya adalah dari buah fikiran orang lain. Tapi yang anehnya perjalanan nak ke kedai aiskrim yang diberi nama Kaffee Eis tu mengambil masa hampir 2jam. Kenapa agaknya? Mari kita lihat, untuk ke tempat tersebut, wajiblah melalui kawasan Miami mini. Banyak kapal layar doh kat sini. Tapi yang pastinya dalam banyak-banyak ni takde satu pun yang aku punya. kalau ada laut, wajiblah ada pantai. Dan bila nampak pantai, wajiblah singgah! So, daripada nak pegi makan aiskrim tadi, kitorang pun pegila lepak kat pantai tu. terbaek ah tempat dia. Panas tapi dalam amsa yang sama, angin kuat gile. Suhu? 18C. Oh sebenar

Entri selingan: Oriental Harbour Wellington

Setelah sekian lama aku menyepikan diri dalam dunia blog, korang ingat aku pergi kemana hah?mati ka?haha tak baik ohh nanti mulut tu aku kasi kaki mau? Kalau naktau aku sekarang dimana dan sedang buat apa, cari sendiri dalam entri terdahulu. Entri ni diiringi dengan lagu yang ditujukan khas untuk rakan-rakan blogger yang kacak dan jelita sekalian. Lama betul tak update bukan apa, aku ada masalah sikit dengan penempatan dan juga internet. Ni pun baru aje dapat masuk internet (tumpang rumah member) jadi bagi memenuhi kehendak korang semua, aku akan ceritakan sedikit apa yang menarik di New Zealand ni. Ataupun lebih tepat, di Bandar Wellington. Beberapa hari yang lepas kami pergi jalan-jalan cari pemandangan dekat Waterfront, Wellington City. Sebenarnya dari hari pertama lagi ada seorang pakcik ni yang kami kenal dalam penerbangan dari Auckland ke Wellington.  Pakcik ni memberikan gambaran yang orang New Zealand adalah peramah dan juga baik-baik belaka. Alah tapi biasalah dalam setanda

Kalau anda gembira, sila mencarut

Entri ni mungkin akan terkena batang hidung majoriti 99.9999% rakyat Malaysia yang terdapat di atas muka bumi ini kerana sama seperti saya, anda hanyalah manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan waima kesilapan itu adalah kesilapan kecil, dan sering dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Situasi 1:Mencarut bila marah Bayangkan anda sedang berjalan-jalan menghirup udara segar di taman, katakanlah Taman Tasik Titiwangsa dan tiba-tiba anda terpijak tahi anjing. Secara automatiknya mulut anda akan berututr bahasa Inggeris walaupun English anda fail dalam SPM. "Pun**k anjing la siapa suruh ko berak merata-rata?Tak ade akal betol?Mane tuan die yg lahan*t tu meh aku tibai cukup-cukup. Si*lan betul" Ini adalah stereotaip masyarakat dunia yang lupa kepada norma-norma adab manusia yang semestinya, menjadi sopan. Tak cukup dengan perasaan marah pulak, Situasi 2:Mencarut bila sedih Anda baru saje lepas tengok kisah sedih. Katakanlah Program "Bersam