Langkau ke kandungan utama

Catatan

Victoria University of Wellington New Zealand Graduation Day 2013 - Hari Graduasi Aku

Alhamdulillah, praise to Allah. After 3 years of tears, sweat, and blood-shedding, we finallyreached the end of our time undergraduate students in Vic uni. Life surely wasn't easy for us, but we had each other through thick and thin. I, Asfan Ash (not real name) is now officially a graduate in BSc Psychology and BA Educational Psychology , alongside my 3 friends on my left shown in photo Photo is actually from Victoria University Facebook page  , but I edited it. Okay berbalik ke bahasa ibunda. Tadi tu intro untuk explain kat international readers. 3 tahun aku duduk sini dan 2 kali jadi amateur photographer untuk seniors setiap hujung tahun, akhirnya tahun ni aku dapat merasa jadi orang yang diraikan. Dan...kitorang ada perarakan!! Sedikit old-fashioned disitu tapi bila lalu di depan orang ramai dengan berjubah semua tu, rasa sangat-sangat diraikan dan terasa ada pencapaian yang disempurnakan.

Cerita Hantu Perpustakaan Universiti [REPOST]

Cerita ni terjadi di perpustakaan  Victoria University of Wellington, New Zealand, tempat aku kerja belajar. Jangan ingat negara omputeh takde hantu, diorang pun ada jugak cumanya tak sama la jenis hantu dia dengan jenis hantu kita la kan. Cerita ni diturunkan daripada bos aku, 2 orang. Tapi kesahihan cerita tidaklah aku tau pulak wey sebab aku tak pernah jumpa lagi menatang tu. Library tempat aku kerja ni kalau tak silap ada 9 tingkat, kalau dikira dengan level 0 (underground floor) yang seram gelap caharam tu, kiranya ada 10 tingkat la ye tak? Okay, alkisahnya bermula bila ada DUA kejadian bunuh diri di perpustakaan tersebut. Aku tanya la sebab apa diorang bunuh diri? Orang kata maybe sebab stress belajar. Kes pertama aku tak ambik port sangat lah sebab alkisahnye orang tu terjun daripada atas bumbung library tu dan terus landing dekat staff lounge dekat tingkat 3. Aku tak selalu pun jejak dekat lounge room tu..takde masa pulak nak bancuh kopi masa kerja. Bukan lama pun kerja

Istanbul Aku Tidur

Beberapa malam lepas housemate aku ajak tengok cerita Istanbul Aku Datang dan memandangkan dekat Newsfeed Facebook bersepah orang sembang pasal cerita ni, maka aku pun dengan baik hati meng download cerita "Istanbul Aku Datang" tu di PirateBay. Maka kami pun tengoklah cerita tu... Lisa Surihani jadi awek Tomok. Hek eleh Lepas 20 minit cerita start, aku mula hilang mood. Mungkin sebab sakit perut nak berak maka aku pun pause cerita tu dan pergi lah ke jamban buat apa yang patut. Bila play balik cerita tu, masih minat tu tak datang. Sebab apa? Because this movie is a chick-flick , and a bad one. Bagi anda yang tak tahu, chick-flick ni ialah jenis movie yang cerita pasal emosi, relationship, cintan-cintun dan ditujukan khusus untuk penonton yang bergelar perempuan tak kisahlah yang masih gadis ataupun yang berstatus wanita. Maybe sebab tu aku tak suka cerita ni? Atau mungkin juga sebab jalan cerita dia macam ni... (spoiler alert)

Psikologi Masyarakat Tamadun Moden Yang Mundur

A food for thought on a sunny Sunday in Wellington, New Zealand. So, last week aku ada post pasal 1 movie yang patut ditonton oleh semua orang terutamanya golongan yang berumur 10-35 tahun dan movie tu bertajuk God Bless America (2011). Cerita ni walaupun tajuk dia ada mention America dan jugak cerita tu dia tujukan pada orang sana, tapi sebenarnya benda yang dia tunjukkan dalam tu adalah sangat boleh diapplikasikan dalam masyarakat di semua negara yang membangun, contohnya Malaysia. "Die, Kardashian. Die!" Antara perkara yang cerita ni highlight ialah masyarakat kita ni makin lama hidup makin tak tahu malu. In fact, bagi setiap benda yang memalukan tu seolah-olah membuatkan kita lagi bangga dan seronok pulak. Dalam kata lain, generasi yang tak tahu malu . Kita boleh tengok sendiri dalam internet berapa ramai yang jadi badut tak bergaji dan memalukan diri sendiri. Tapi mereka ni lupa yang mereka bukan hidup dalam dunia ni sorang-sorang. For every action that you do, y

Cathedral Cove Coromandel New Zealand - Pantai, Batu, dan Kepuasan

Sebenarnya aku baru balik dari Auckland, New Zealand dan banyak benda nak diceritakan dalam blog tapi buat masa sekarang kita start dengan Cathedral Cove,Coromandel aje dulu. Entri ni tak banyak tulisan, lebih banyak gambar aje rasanya. Ah layan je lah. Cathedral Cove ni terletak dekat Coromandel, North Island New Zealand an jaraknya pulak kalau dari Auckland City adalah hampir 150km dalam area tu dan mengambil masa selama tidak melebihi 2 jam. Disebabkan kami ni dari The Middle of Middle Earth, Wellington maka tentulah lebih jauh. Thats why kami naik kapal terbang ke Auckland and then, drive. Otherwise, mahu mencapai 500km jugak lah dan akan mengambil masa lebih 12jam. Seperti dalam gambar di atas, lepas sampai di tempat parking, korang kena lalu hutan, rumput rampai dan tempat jin (ade jin omputeh?) bertendang untuk sampai ke destinasi. Kena hiking sikit sekitar 45 minit macam tu tapi jangan risau tak terasa sangat pun sebab pemandangan dia sangat cantik.

Hakikat SPM Yang Remaja Malaysia Wajib Tahu

Setiap tahun ada SPM dan setiap tahun akan wujud jenis-jenis manusia yang sedari sekolah dia malas nak berusaha, lalu SPM pun buat cincai-boncai lalu dikhabarkan pula kepada adik-adik calon untuk buat sama seperti mereka buat dulu: cincai boncai untuk SPM. Mereka selalu kata SPM bukanlah penentu segalanya dan SPM tak penting pun dan apa yang penting ialah result korang selepas SPM (degree, STPM, postgrad etc). SPM tak penting , diorang kata... Tipu. Orang muda Malaysia dah diasuh dengan fahaman SPM tak penting. Meh sini aku bagitahu, SPM sebenarnya sangat penting. Hakikatnya, result SPM korang ni bukan aje penting, tapi bapak segala penting . Result SPM ialah tiket kepada segala-galanya dan ingat ni, benda tu walaupun tiket, tapi berupaya menentukan hala tuju dan tahap hidup korang di kemudian hari. Bayangkan tiket konsert, dan artis tu sebagai kejayaan. Kalau tiket korang bagus, dapatlah duduk dekat dengan artis. Kalau tiket hek eleh, dapatlah intai artis dari jauh je sambil ge

Guy Fawkes Night Fireworks Wellington New Zealand 2012 (Photos and Video)

Setiap kali 5 November di Wellington New Zealand, akan ada pertunjukan bunga api yang dibuat sempena Guy Fawkes Night. Aku tak tahu apa sebab diorang habis ribu ribu untuk buat show ni, tapi satu benda yang pasti selama 3 tahun duduk di sini, aku tak pernah sekali pun miss fireworks show ni. Sebab dia cantik sangat! Dalam post kali ni aku tunjuk gambar dari Flickr dan video yang aku record guna Samsung Galaxy Note. Tengok ni gambar daripada Lisa Ng punya Flickr