Langkau ke kandungan utama

Catatan

Psikologi tentang Deja vu

Masa aku form 3 dulu, aku pernah turun tangga sambil melangkah 2-3 anak tangga sekaligus sebagaimana yang anak-anak muda lain yang kurang pertimbangan akal buat. Sebab apa pun aku tak tau tapi ada benda-benda bodoh yang remaja buat ni sebab nak menunjukkan dia punya power pada gadis-gadis yang diminati. Entah apa sebab aku rasa melompat tangga tu cool, aku pun tak tau. Almaklumlah budak sekolah, memang sempurna akal fikirannya. Tanpa disangka-sangka, kaki aku terpeleot dan tergoleklah seorang papanda ke bawah tangga sambil digelakkan oleh budak-budak lain sambil menyanyikan lagu "Anak kambing patah kaki, anak rusa menari-nari..rumah terbakar panggil bomba..bla3" Di saat tu, kepala aku terasakan yang keadaan ni macam pernah terjadi sebelum tu. Adakah..ini cinta? Adakah ini deja-vu? Baidewei, masa tu aku dah tahu deja-vu tu apa sebabnya aku rajin baca Reader's Digest dan Kreko. Arena Komik bolehla kadang-kadang. "Ya Allah, kat bahu aku ada perempuan!" Deja

Mekanisme Lawak di Malaysia

Scroll Facebook, ternampak kawan-kawan share sesuatu di Facebook. Diorang share pasal video "beruwang" yang melibatkan seorang perempuan tak lawa merepek something pasal relationship dia. In case korang tak pernah tengok, boleh click play di bawah. Okay sebelum aku menyarung kopiah dan janggut putih, biar aku membebel pasal "lawak" di Facebook ni. Benda-benda yang lawak ni sama je bagi setiap orang kat Facebook tak kira la kau parti politik apa. Tapi biasanya orang akan rasa benda tu lawak bila sesuatu yang malang berlaku pada orang lain. Sebagai contoh, lawak di bawah ni...

Cara buat Bunga Origami Kusudama

Hari ni lah hari paling slow skali sebab malam tadi tidur jam 4.30am sebab buat assignment dan kelas pulak start awal pagi. untuk hilangkan kemengantukan dalam kelas, akhirnya dapat idea untuk buat origami bunga yang ditunjukkan seorang rakan Facebook di wallnya sendiri semalam. Origami tu macam ni la rupa dia... Lepas tu ada kawan mintak tutorial dan aku rasa eloklah letak dalam blog ni sebab kalau korang nak buat, bolehlah rujuk sini. Yang ni tutorial vide. Tapi kalau nak tengok yang bergambar macam aku dalam kelas tadi, ada kat sini  Bahan-bahan diperlukan: Sekurang-kurangnya 5 kertas segi empat sama  Gam Ok. Dah siap? Jom melipat kertas!

Hakikat Trend Tudung Semasa

Mungkin tak semua pembaca tahu tapi sekarang ni aku dah berada di Malaysia, for good. Sebab tu blog pun bersawang habis dan hanya ditulis kalau ada masa. Hanya perkara penting yang perlu diblogkan dan masa pun sekarang menunjukkan 4.03 am sebab baru siap tulis assignment. Tapi takpe lah, bagi aku peluang berblog kejap seba tadi aku dah telan Nescafe warna merah. Merah maksudnya berhenti. So, aku berhenti tidur lah malam ni Sekembalinya ke Malaysia, benda pertama yang aku perasan berbanding New Zealand ialah ramainya rakyat yang bertudung. Pandang kiri nampak gadis yang nampaknya seperti penuntut UIA. Toleh kanan pulak nampak gadis yang pakai beg USIM. Tengok orang lain, eh ada pattern tudung yang aku jarang-jarang nampak. 

Hantu, Kepercayaan, Politik dan Psikologi

Walaupun tajuk entri kali ini adalah kelihatan amat menjurus kepada konsep ketuhanan dan agama tapi tidak. Kali ni kita akan mengupas isu (chewah) tentang kognitif manusia dalam tajuk kepercayaan, ataupun mempercayai manusia. Di akhir entri ni korang mungkin dapat mengaitkan topik ni dengan : Lawak April Fool Air Asia? Kewujudan hantu Keadaan politik di Malaysia (atau di mana-mana sahaja)

Borang Penilaian Pensyarah

Korang tahu tak apa tu borang penilaian? Aku start isi benda ni kalau tak silap dulu masa kat UNITEN. Pendek kata lah kan, borang ni mengandungi beberapa soalan yang diletakkan penskoran dia dalam Likert Scale (beri markah 1 untuk sangat tidak setuju dan markah 5 untuk sangat setuju) dalam pelbagai aspek untuk menilai sejauh mana keberkesanan seseorang pensyarah tu dalam kelas.

Soalan Psikologi 1 - Adakah Seorang Pembunuh Bersiri Diwarisi daripada Ibu Bapanya?

Dalam entri William Yau yang lepas, nampaknya ramai pembaca blog ni yang berminat tengok Criminal Minds dan berminat dengan Psikologi Jenayah. Saya tak hairan sebab subjek ni memang menarik dan masih banyak kajian yang perlu dilakukan terutamanya di Malaysia, maka saya jadikan benda ni siri sebab banyak lagi artikel akan datang. Dalam entri lepas, saya diajukan dengan 2 soalan yang sangat menarik daripada Shahada Fauzi . Pembaca lama ni. So, inilah soalan beliau