Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kenapa Anda Benci Pada Bangla?

Warga yang paling senang dibenci, dicaci maki dan juga diberi pandangan hina dalam masyarakat kita iala warga Bangladesh. Mengikut Kamus Meleis (edisi keempat), "Bangla" adalah merujuk kepada golongan yang hidungnya mancung, kekadang macam Zizan sikit, tanpa mengenal asal-usulnya dari Bangladesh ataupun Pakistan, Turkistan, dan sewaktu dengannya, berkulit gelap sikit dari Melayu stereotaip, dan suka panggil kita "abang" dan "kakak". "Abang minum suda?" Jarang-jarang sangat kita dengar kes seludup dadah ke jual dadah ke yang melibatkan golongan Bangla ni tapi tetap jugak mereka dibenci rakyat tempatan nak-nak pulak bila rumah yang rakyat tempatan duduk tu dibina oleh the so-called despicable Bangla. Aku pelik sangat-sangat bila kat Twitter especially orang membenci sangat golongan Bangla ni.

Teori Psikologi Keperluan Maslow

Dalam psikologi, ada satu teori yang dipanggil sebagai Teori Keperluan Maslow. Sebenarnya teori ni berada dalam cabang "behavorism" di mana teori ni menjelaskan tentang faktor-faktor yang mendorong seseorang tu untuk melakukan sesuatu. Benda ni sangat bagus especially kalau kau cikgu dan nak memudahkan pelajar kau hadam isi pengajaran harian. Gittew Adohai, kantoi ambik daripada Wikipedia Piramid Keperluan Maslow ni lebih kurang macam piramid makanan lah cumanya piramid makanan tu menunjukkan berapa banyak jenis nutrien tertentu yang kita perlu makan tapi Piramid Maslow ni pulak menunjukkan tahap-tahap keperluan pada manusia. Apa yang pakcik Maslow kita cuba nak sampaikan ialah sebenarnya jika keperluan bawah-bawah tidak dipenuhi, maka tak mungkin sekali yang atas-atas tu akan dapat dicapai. Dalam kata lain, sebagai contoh, jika kita takde makanan (keperluan physiological), maka kita tak mungkin akan merasakan kemanisan berkeluarga tu (keperluan love/belonging). Faham

Air Terjun Gunung Pulai Johor

Sebenarnya daripada minggu lepas aku rasa sangat bosan dengan hidup ni. Balik-balik dengan rutin yang sama. Kalau ada benda baru pun, pergi mall, tengok wayang. Sumpah bosan nokharey asyik benda sama je. So, untuk buang kebosanan tu, aku plan satu trip untuk ke Gunung Pulai sebab gunung ni yang paling dekat dengan Larkin, Johor

Fenomena 'Ditindih Hantu' dan Psikologi

Masa sekolah dulu, sekolah KUSESS dikatakan amat berhantu especially setiap tahun ganjil. Pada tahun 2005 misalnya, kes histeria adalah amat bersepah sampaikan ada cerita yang pasal budak perempuan histeria pukul 3 pagi, nampak pocong, nenek kira katil, makcik jual karipap dan maca-macam lah. Tapi yang paling real masa tu ialah kes kena tindih masa tidur . Caption iklan: "hai saya doktor gigi" "Malam tadi kan, aku terbangun dalam pukul 3 macam tu, lepastu aku tak boleh gerak tau. Yang boleh bergerak mata aku je yang lain semua macam lumpuh. Lepas tu, aku nampak ada hantu tindih aku sampai sesak nafas!" (Mangsa, 2005)

Ditamparnya Kepala Budak Pendidikan Khas itu...

Sebuah cerpen kisah benar yang berlaku pada hari Selasa 30 Julai 2013 di sebuah sekolah yang kena dirashsiakan namanya... Gambar hiasan  Masa tu aku baru je selesai solat berjemaah di barisan hadapan. Sistem di sekolah kami, kalau masuk waktu solat, guru lelaki terutamanya dan murid-murid kelas pendidikan khas diwajibkan solat berjemaah. Kalau tak nanti mereka malas solat (juga boleh digunapakai pada guru). Jadi, bila tengah berzikir tu terdengar lah suara Penyelia Petang bercakap dengan sorang budak ni yang diberi nama Sayyid (sumpah, bukan nama sebenar) di saf belakang. Maka terjadilah perbualan seperti di bawah ni... Penyelia: Awak masuk solat jemaah lambat ye? Sayyid: Ye ustaz Penyelia: Kalau tak tau, nanti ustaz ajar (sambil merujuk kepada diri sendiri) Maka aku pun berfikir. Ustaz ni walaupun selalu ugut nak tampar budak yang main-main nak masuk surau, tapi understanding rupanya dia pada Sayyid ni, budak pendidikan khas yang masbuq solatnya. Siap offer nak ajar sambun

Sebelum runtuhnya gereja katedral di Christchurch

Ingat lagi tak tahun lepas, berlaku satu gempa bumi yang sangat kuat di Christchurch, New Zealand. Pelajar Malaysia lebih suka panggil tempat tu dengan nama Canterbury rasanya entahlah. Anyway, gempa bumi tu nasib baik tak berlaku masa aku pergi melawat kawasan tu. Kalau tak, hilanglah seorang panda yang baik hati di muka bumi ni. Pendek kata, lepas gempa bumi, musnahlah kawasan tu. Yang korang akan tengok ni ialah gambar sebelum gempa bumi yang kuat tu berlaku Dekat luar gereja ni ada banyak gerai jual cenderahati, tempat rekreasi orang main catur gergasi, dan juga orang yang rajin mengambil gambar macam kami masa tu

Bazaar Ramadan dan Psikologi

Salam 1 Ramadan untuk semua umat Islam di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya yang mula berpuasa hari ini. Untuk mereka yang berada di benua Australasia sana especially New Zealand, selamat berpuasa esok lah kan. Jadi pada hari ini kita akan menghadamkan satu ekstrak kajian psikologi berkenaan pembelian makanan dan juga bazar Ramadan dari sudut psikologi kognitif. Baiklah. ada claim yang mengatakan bahawa jangan shopping bila kita lapar sebab nanti kita akan membazir. Ungkapan seperti ini ada orang tanya pada akun twitter  @psikoologi  dan inilah tujuan akaun tu diwujudkan - untuk menjadi kaunter pertanyaan pasal tweet-tweet yang mengaku psikologi padahal benda tu tipu. Anyway, berbalik kepada claim tersebut. Ianya ialah benar dan benar-benar belaka