Langkau ke kandungan utama

Catatan

Schizophreniform - Gangguan Mental

Dalam artikel yang terdahulu, saya telah menulis tentang skizofrenia dan skizofrenia kanak-kanak . Dalam diagnosis masalah mental, terdapat juga sejenis gangguan yang dinamakan schizophreniform / skizofrenifom*  . Simptom-simptom yang dialami oleh pesakit schizophreniform adalah sama sahaja dengan skizofrenia di mana para pesakit mesti mengalami: 1. Delusi 2. Halusinasi 3. Tutur kata tidak teratur ( disorganized speech ). Pesakit mestilah mengalami salah satu atau lebih daripada simptom 1-3; 4. Pelakuan katatonik ( catatonic behaviour ). 5. Ketiadaan emosi ( flat effect ) Jika diperhatikan, simptom antara gangguan skizofreniform dengan skizofrenia adalah 100% sama melainkan pada satu aspek iaitu tempoh gangguan terjadi. Jika untuk skizofrenia simptom mestilah melebihi 6 bulan, skizofreniform pula menunjukkan simpton dialami pesakit dalam tempoh masa kurang daripada 6 bulan. RAWATAN: 1. UBATAN Setelah disahkan oleh pakar bertauliah e.g psikiatri bahawa seseorang itu

Adakah Warna Hijau Boleh Menyembuhkan Penyakit dan Penglihatan?

Dalam entri kali ini kami akan menjawab soalan yang diutarakan oleh pembaca ke alamat emel kami. Untuk soalan-soalan yang lain, sila rujuk pautan ini . Untuk soalan-soalan yang ingin ditanya, sila gunakan fungsi "search bar" di bahagian kanan web ini.   Soalan kali ini berbunyi seperti berikut: Subject:Warna Hijau Penyembuh kepada Segala Penyakit Cikgu BM kata bila melihat warna hijau seperti daun ,pokok2, bunga warna hijau dan lain-lain lagi yang warna hijau akan beri lebih fokus pada setiap perkara malahan akan merehatkan mata yang melilau kepeningan dan minda.Betulkah fakta yang diberikan itu ,minta penjelasan. Jawapan : Mengikut pengalaman saya belajar dan juga rujukan terkini, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa adanya kesan terhadap kesihatan apabila kita melihat kepada warna-warna tertentu. Warna hijau dikatakan dapat menyembuhkan penyakit, warna ungu dapat meningkatkan kreativiti, dan sebagainya. Namun begitu, tiada kajian, setakat yang dik

4 Teknik Belajar Berdasarkan Kajian Psikologi

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca semua. Memandangkan kita masih berada dalam awal tahun, maka bolehlah dikatakan bahawa para pelajar terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan utama masih mempunyai masa yang agak banyak untuk membuat persediaan. Selain daripada menumpukan perhatian di dalam kelas, pakar psikologi mendapati bahawa cara-cara berikut dapat meningkatkan potensi pelajar. 1. TEKNIK NOMBOR AJAIB 7 ± 2 Kajian psikologi yang terdahulu mendapati bahawa seorang manusia normal dapat menghafal sebanyak 5-9 maklumat yang berbeza dalam satu-satu masa dan menyebutkannya semula tanpa sebarang masalah (Miller, 1956). Mengikut logik, memang tidak hairanlah menghafal maklumat yang banyak adalah lebih sukar berbanding maklumat yang sedikit tetapi kita perlu tahu berapakah bilangan yang dianggap sebagai terlampau banyak sehingga menyebabkan potensi pelajar merudum? Mengikut kajian psikologi, untuk manusia biasa menghafal durian, manggis, mangga, kelapa, cempedak, n

Adakah Kita Hebat Membuat Banyak Kerja Serentak atau 'Multitasking'?

Topik yang kita akan bincangkan pada kali ini ialah berkenaan keupayaan manusia untuk menjalankan beberapa aktiviti serentak atau dalam kata lainnya, multitasking.  Di akhir artikel ini anda akan mengetahui (1) adakah multitasking itu bagus? dan (2) memahami apa yang berlaku di peringkat kognitif apabila anda cuba multitask. Mengikut pemerhatian sendiri yang tidak disokong oleh mana-mana statistik yang saya ketahui, multitasking ini biasanya dilakukan oleh golongan muda terutamanya yang tergolong dalam Generasi X, Y, dan Z. Jadi, pelajar yang masih sedang belajar. sila baca dan amalkan kerana ini penting terutamanya untuk anda. Musim peperiksaan termasuklah SPM sedang berlangsung. (1) Adakah multitasking itu bagus untuk produktiviti? Secara ringkasnya, multitasking adalah tidak bagus  untuk anda. Jadi, para pelajar semua, hentikan berpura-pura sedang study atau menonton/mendengar semula rakaman kuliah kerana anda tahu yang anda sedang menumpukan perhatian untuk membaca artikel

Penyakit Gila Ketika Bulan Mengambang

Beberapa hari lepas, sekali lagi kami guru-guru dan pembantu di sekolah membincangkan soal kebajikan pelajar (walaupun secara tidak formal) tentang pelajar-pelajar tertentu yang tidak diketahui diagnosisnya. Untuk makluman pembaca semua, pelajar di pendidikan khas perlu mendapatkan kad OKU sebelum boleh diterima masuk ke dalam program pendidikan khas di sekolah-sekolah kerajaan yang menawarkan program tersebut dan dalam kandungan kadnya ada dilaporkan sama ada pelajar tersebut: LD = Learning Disabilities , masalah pembelajaran DE = Deaf, pekak setidak-tidaknya inilah senario di tempat saya berkhidmat. Ada juga kategori lain yang akan dibincangkan dalam artikel di lain hari tetapi apa yang anda kena tahu ialah individu LD merangkumi mereka yang bermasalah autisme, ADHD, selective mutism (tahun ni ada seorang pelajar), Down Syndrome, dan lain-lain gangguan dalam DSM yang boleh mengganggu kefungsian hidup seseorang dan seterusnya menghalang individu tersebut daripada belajar seca

Cara Buat Assignment Review Filem Psikologi Abnormal

Semua pelajar yang mengambil jurusan psikologi pasti akan mengambil subjek yang berkisar tentang psikologi abnormal. Jika subjek ini merupakan subjek elektif, saya memang sarankan adik-adik ambil sebab ia memang sangat menarik dan penuh dengan informasi yang boleh meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang membacanya. Sejarah tentang rawatan sakit mental yang melibatkan penghalauan jin, pembuangan darah, dan melubangkan kepala semuanya diterangkan dalam subjek Abnormal Psychology. Kebiasaannya, para pelajar akan menerima tugasan daripada penceramah di mana mereka akan diminta untuk menulis analisis tentang filem yang menceritakan perihal psikologi. Ramai pelajar yang rasakan tugasan ini  merupakan sesuatu yang mudah tapi jangan tersilap langkah sebab walaupun anda dapat menonton filem sebagai satu tugasan, laporan analisis masih kekal sebagai satu kerja yang rasmi dan menuntut anda supaya mengikuti cara gerak kerja yang betul. Jadi, apa yang perlu anda semua buat sebelum me