Langkau ke kandungan utama

Catatan

Diari Konsultasi 1 - Boleh ke Sekolah Buang Murid ke PDK?

Antara isu yang selalu dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang juga merupakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ialah dipaksa untuk menandatangani dokumen bahawa mereka bersetuju untuk memasukkan anak mereka ke pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) secara sepenuh masa . Kes ini sebenarnya pernah kami kendalikan kerana terdapat kekeliruan tentang pemahaman berkenaan isu ini. Jadi, soalannya ialah: Boleh ke murid sekolah kerajaan dimasukkan ke dalam PDK secara sepenuh masa? Sebelum menjawab soalan ini, ada beberapa perkara yang kita perlu takrifkan di sini supaya fokus kita tak lari, dan kefahaman kita berkenaan isu ini tinggi. OKU = Orang Kelainan Upaya. Apabila OKU bersekolah dan berada dalam lingkungan umur 4-19 tahun, mereka digelar MBK MBK = Murid Berkeperluan Khas. Sudah ada perakuan pengamal perubatan yang bertauliah dan layak untuk memberikan diagnosis PDK = Pemulihan Dalam Komuniti. Tempat untuk OKU tidak mengira umur untuk menerima khidmat tertentu supaya mereka dapat mengur

Rahsia Mengawal Diri Sendiri

Hari ni tak banyak kerja sangat dan minggu depan pula hanya melibatkan aku menyampaikan 1 mesyuarat dan 1 bengkel pendidikan. Selepas berminggu-minggu lamanya barulah aku ada ruang untuk tulis satu artikel untuk blog yang dah lama aku tak sentuh ni. Sekarang aku cuba nak terapkan tabiat baru dalam kehidupan seharian aku - iaitu dengan mendengar ceramah motivasi atau ilmiah masa memandu ke pejabat. Perjalanan dari rumah ke pejabat mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit maka aku ada masa yang cukup untuk mendengar 1 ceramah TedTalk dan sebagainya Jadi pagi ini aku pun buka Youtube dan dengarlah ceramah apa yang ada di situ terutamanya yang berkaitan dengan tingkahlaku dan perilaku manusia sebab itu bidang profesional aku. Disebabkan aku keluar rumah agak lambat, maka tersangkutlah aku dalam kesesakan jalanraya luar bandar di Sabah dan dapatlah aku dengar 2 TedTalk. Tak adalah buang masa dan menyebabkan aku berada dalam keadaan stress, kan? Satu video adalah berkenaan Sokongan Tingkah

Bab Baru

Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah aku masih bernafas di muka bumi dengan rezeki yang mencukupi untuk anak dan isteri. Untuk pengikut blog ni dari 2006 lagi, aku tak pasti kalau kamu masih ada yang membaca tulisan aku sebab penulisan pun berhenti pada tahun 2018 atas sebab-sebab tertentu. Selepas 5 tahun aku bertugas sebagai guru pendidikan khas, akhirnya jawatan itu telah dilepaskan dan aku beralih ke bidang yang masih relevan tetapi sedikit berlainan. Rasanya tak perlulah aku kongsikan di sini jawatan aku sebab aku rasa itu adalah satu maklumat sensitif yang perlu dirahsiakan. Tapi apa yang kau orang perlu tahu ialah dalam bab baru blog ni, aku akan berkongsi maklumat dan pengalaman yang melibatkan psikologi secara santai sahaja dan akan ditulis dalam Bahasa Melayu dengan sebaik mungkin. Jadi, fakta psikologi dan pengalaman semasa bertugas akan menjadi tema utama dalam penulisan santai aku. Untuk pembaca lama, selamat kembali. Untuk pembaca baru di zaman yang orang dah

Proofreading Quotation

Please fill in the form below to estimate the cost for your document. Terms and conditions: The fee shown in the form above is an estimated cost. Actual cost may vary. 50% deposit must be paid before any date is reserved and any work could be done. The rest must be cleared before the finished work is returned to the customer. Request for receipt/invoice/confirmation letter must be made upon booking. Late request will incur a fee of RM20. This is for me to allocate time to make a late receipt. Proofreading is something I do on the side. Therefore, I am not certified to proofread documents that will legally hold me responsible for any mistakes. But, do ask! Sometimes I like to live dangerously too. Fee variation depends on urgency as I would have to sacrifice my sleep and rest hours to check on your document. Therefore, I strongly suggest that you finish writing up your documents 2 weeks before submission date line. Fee is based word count and never on page count because I

BEHAVIORISME DALAM PENDIDIKAN KHAS

Paparan slaid untuk guru pendidikan khas baru JPN Sabah https://www.dropbox.com/s/zmgixlcrab20mis/BEHAVIORISME%20DALAM%20PENDIDIKAN%20KHAS.pptx?dl=0

HADKAN PENGGUNAAN GAJET PADA KANAK-KANAK

Dalam dunia yang kian berpusatkan IT dan teknologi kini, hampir semua perkara adalah melibatkan media elektronik. Peranti elektronik yang terdiri daripada telefon pintar, tablet, komputer peribadi, dan sebagainya merupakan pemilikan yang semakin mudah dan mampu dimiliki jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lepas. Pada tahun 2006 misalnya, sebuah telefon Nokia N-Gage QD yang kebiasaannya digunakan oleh remaja untuk bermain permainan video berformat Java adalah berharga sekitar RM500 namun dengan nilai wang yang sama pada tahun 2017, kita boleh memiliki peranti yang jauh lebih canggih dan mempunyai kefungsian yang lebih pelbagai. Disebabkan hal ini, kita boleh lihat masyarakat daripada pelbagai lapisan umur termasuklah kanak-kanak di bawah umur 3 tahun ada yang sudah terlampau terbiasa dengan penggunaan telefon pintar. KEBURUKAN PENGGUNAAN GAJET Walaupun tidak dinafikan bahawa teknologi seperti telefon pintar membawa kebaikan, ia juga diketahui sebagai pembawa keburukan jika

Panduan Sebenar Program Transformasi Minda (PTM) Melalui EPSA

1.Umum mengetahui bahawa guru-guru yang baru berkhidmat perlu menduduki kursus yang akan melayakkan mereka untuk pengesahan dalam jawatan. Kursus yang dahulunya dipanggil sepagai Kursus Induksi, dan seterusnya Program Transformasi Minda  (PTM), merupakan perkara wajib yang mesti disempurnakan dalam tempoh percubaan maksimum 3 tahun seseorang penjawat awam yang baru 2. Disebabkan kekurangan peruntukan, guru-guru yang tahun perkhidmatannya bermula 2014 sehingga 2016 kini dikehendaki menduduki kursus secara online melalui E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) supaya dikecualikan daripada menduduki PTM. 3. Mereka yang telah menjalani PTM tidak perlu menjalani EPSA-PTM  4. Mereka yang posting pada tahun 2017 juga tidak perlu menjalani EPSA-PTM  5. Jika mula EPSA pada tahun ini, mesti diselesaikan pada tahun ini juga 6. Jika tahun lalu pernah buat kursus wajib, boleh digunapakai sijil tersebut untuk dihantar ke pihak berkenaan. Kalau macam saya baru daftar tahun ni, sila rujuk no. 5