Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Abnormal Psychology

Adakah Bipolar Disorder Sejenis Masalah Mental?

Salah faham terhadapan gangguan mental biasanya disebarkan melalui media massa termasuklah internet dan juga filem. Kadang-kadang kita menggunakan sesuatu masalah mental yang serius sebagai deskripsi pada sifat kita walaupun kita tahu ianya tak betul. Sebagai contoh, kita pernah nampak Linda (bukan nama sebenar) yang mengakui bahawa dia mempunyai bipolar disorder hanya kerana dia menyesal dia tukar telefon dia kepada Samsung sedangkan sebelum ni dia merupakan seorang pengguna Iphone Tapi malangnya dia salah. Bipolar Disorder bukanlah perasaan menyesal yang kejap nak atau kejap taknak, atau perasaan was-was. Ia merupakan satu masalah mental yang serius. Dalam masyarakat Malaysia, orang yang menghidap masalah bipolar disorder ni mungkin dilihat sebagai orang gila.  Sebenarnya, bipolar disorder (atau manic-depressive illness) ialah sejenis gangguan pada otak manusia yang menyebabkan pertukaran pada mood, tenaga, dan kebolehan untuk menjalankan tugas-tugas seharian. Sama sepert

Mari Berkenalan Dengan Akak Gemuk. (REPOST)

Disebabkan saya tak tahu macam mana nak translate Psychopathology dalam BM, maka kita panggil sahaja benda-benda yang akan disampaikan ni sebagai penyakit mental. Sebenarnya benda ni dari sekolah lagi kita belajar tapi mungkin data yang ada kurang lengkap, dan juga ada tersalah tafsir pada beberapa terma yang akan saya terangkan sebentar lagi. ( Papanda , 2010) Tapi jom kita berkenalan dengan akak-akak dibawah ni dulu. Jom kita ke sesi suai kenal bersama akak-akak yang kurus ramping jelitawan. #1: Cik Siti Aneroxia Nervosa berkata: Eh apa ni dik tangkap gambar akak, segan la ai sebab ai ni tak cukup ramping macam mayat lagi. Apa? body weight kena lebih daripada 85% daripada berat jangkaan? Ish tak maulah akak nanti tak de orang nak pandang akak tau. Akak takut bebenar kalau akak naik berat badan, jatuhlah saham akak nanti dik oi. Hari-hari akak tengok depan cermin tu, lemak bersepah- sepah macam sup ayam warung Wak Karman tu ha. Eleh setakat tak datang bulan sebab jadi kurus

Video Autism Carly Yang Berhabuk

Okay semester 2 2011 di VUW dah bermula dan sem ni aku ada azam baru di mana 8 am ke 5 pm aku taknak bukak blog. Mungkin dengan cara ni aku boleh score gred yang lagi bagus berbanding sem-sem lepas. Insya-Allah Anyway, semalam ada kelas EPSY342: Diverse Learners di mana nombor 3 dalam nama subjek tu menandakan ianya untuk pelajar tahun ke-3 tapi aku masih tahun ke-2 sebab hobi aku memang tarik subjek tahun depan masuk tahun ni. Dalam separuh masa kedua semalam, kami belajar sikit-sikit pasal autism Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 2010, ASD (Autism Spectrum Disorder) berlaku kepada hampir 0.9% populasi dunia. Dalam kata lain lah kan, kalau dalam 1 bilik ada 110 orang kanak-kanak, ada kebarangkalian bahawa 1 daripada mereka ada autism AUTISM TU APA ABAM PANDA? Autism itu ialah sejenis gangguan mental dan bukannya sejenis kuih.Selalunya diiringi oleh simptom-simptom kecacatan lain seperti ADHD dan sawan. Kalau nak cerita dalam blog memang terlalu panjang! Apa kata korang

Isu Seks dan Pornografi di Germany

Sambungan Bacaan Dewasa  Disebabkan hari ni Sabtu maka harini hari aku kerja. Kerja apa lain kali aku cerita tapi masa aku tengah nak kemas-kemas buku tadi, terjumpa satu buku yang mempunyai cover yang sangat menarik mata dengan sekali imbas. I bet mereka yang study di Germany pun belum tentu tahu pasal sejarah tempat ni Kalau aku tak censoredkan bahagian tu korang faham-fahamlah apa yang boleh dinampak. Buku ni bernama Voluptuous Panic: The Erotic World of Weimar Berlin (Germany). Bila selak dalam, ternyata ini bukan buku pasal cara membuat topeng beruang. Tetapi ini ialah buku...

Obsessive Compulsive Disorder Axis I

Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang berada dalam Axis I DSM-IV-TR adalah satu gangguan jiwa yang sangat berbahaya kepada pesakitnya. Penyakit ini tergolong dalam kumpulan Anxiety Disorders  dan kalau nak dibandingkan dengan Obsessive-Compulsive Personality Disorder , yang ini secara umumnya lebih bahaya dan boleh membawa maut bergantung kepada kes. Dibawah ialah satu contoh kes OCD yang diceritakan oleh ibu kepada pesakit yang bernama Abang Sidi Anak makcik ni tak tahulah sejak bila dia jadi macamtu. Dia dari remaja lagi memang takut dengan kekotoran, boleh mati katanya. Makin dia besar, makin menjadi-jadi dia punya takut dengan kuman dekat tangan. Katanya tangan manusia ni memang banyak kuman jadi dia akan basuh tangan dia dengan sabun sebanyak lebih kurang 700 kali. Macam-macam sabun dah dia guna cuma Nokia 'Sabun' je dia tak pernah guna. Kami terpaksalah belikan dia sabun sebab kalau dia tak dapat basuh tangan sampai 700 kali, dia akan rasa takut yang amat sangat sam

Psychopathology: Paranoid Personality Disorder

Untuk sesuatu tu dikira sebagai Psychopathology, ia mestilah sesuatu yang berlainan daripada biasa, menyebabkan efek yang tak elok (maladaptive) dan juga menyalahi norma manusia biasa. Contoh menyalahi norma manusia ialah berbogel di tengah-tengah shopping kompleks. Ingat definisi Psychopathology ni ye. Paranoid ialah salah satu daripada 3 cabang Personality Disorder dalam kluster A Manual Statstik dan Diagnostik-IV. Paranoid bolehlah diibaratkan sebagai seorang yang sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain tapi untuk membezakan Paranoid dengan Paranoid Schizophrenia, Paranoid tidak mempunyai simptom Delusi dan juga Halusinasi Jom kita berkenalan dengan Abang Noid Eh ko nak apa ni? Mesti ko nak ambik duit aku kan? Aku takde duitlah! Pegi main jauh-jauh! Duit aku 20sen semalam pun mesti kau curi kan? Ah tak kisahlah aku hilang duit dekat mana tapi aku yakin kau yang curi kan? Kau ni sama je dengan cikgu-cikgu kat sekolah tempat aku kerja tu lah. Semua nak jatuhkan aku, semua