Langkau ke kandungan utama

Catatan

Classical Conditioning - Applikasi Kehidupan

Okay harini kita belajar Psychology lah tahap rendah punya. Jangan risau, sangat senang untuk difahami dan janganlah disebabkan benda ni sains korang ingat dia susah pulak. Senang je nak faham sebenarnya. Untuk matapelajaran Psychology yang susah sikit, sila rujuk sini: Nota Visual Sensory Memory Classical Conditioning (CC) ialah satu teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fisiologi Russia yang bernama Ivan Pavlov pada sekitar tahun 1901. Nak dijadikan cerita supaya simple dan tak meleret, pada suatu hari dia pegi melawat anjing dia dengan loceng. Seperti biasa, anjing dia meleleh-leleh air liur dan menggesel-gesel dekat kaki beliau menyangkakan yang pakcik Pavlov ni bawak makanan. Maka beliau pun peliklah, anjing ni kan hebat sesnori penghiduannya, kenapa pulak anjing tu boleh tak tahu yang dia tak bawak makanan? Siap meleleh-leleh lagi air liur.. Rupa-rupanya anjing ni dah terkena CC daripada kehidupan seharian dia. Selama ni Pavlov bagi anjing dia makan (rangsangan normal) dan

Pantun Realiti Facebook 2

BERSAMBUNG.....

Sambutan Tahun Baru Cina Wellington New Zealand

Harini mood aku bercanggah maka aku berkeputusan untuk mengemas koleksi gambar-gambar yang bertempiaran dalam harddisk tu. Baru aku teringat aku lupa nak eksyen dengan korang pasal sambutan Tahun Baru Cina di Wellington pada minggu lepas. Ke 3 minggu lepas entah? Ah comel; Dong chang dong chang dong chang cha cha. Sambutan ni diadakan di TSB Arena, berdekatan dengan harbour di sana. Alah, tempat aku tengok Konsert Paramore itu hari lah sayang. Tu dia mak cik kau mekap tebal masa parade dari Courtenay Place ke TSB Arena. Siap ada naga dan singa lagi bhai. Kalau orang zoo nampak mesti dia dah tangkap. Ini ialah tarian singa versi kanak-kanak yang saja-saja main sebab jakun dengan singa tak hidup. Sejarah asal tarian singa ialah pada zaman dulu, ada sorang sami yang tensen melihatkan kejahatan melanda tempat dia hidup. Maka bila tensen dan tiada rambut untuk ditarik, dia pun berdoa kepada dewa-dewi dia bagaimanakah untuk menghalau semua anasir kejahatan ni. Diorang kata "Lu

Kebuluran di Universiti - the7thmuffins

Hari ni hari Rabu bermakna dah 3 hari semester baru dekat Uni aku bermula. Jangan tanyalah Universiti mana. Kalau nak tahu klik butang tags New Zealand dekat sebelah ContactMe tu. Setakat ni okay lagi walaupun ada terima berita-berita yang tak best seperti gempa bumi pada malam tadi. Takde pape yang kronik terjadi so takpayah risau. Harini aku kita cerita personal lah ye. Nak artikel ke pantun ke tunggu kemudian. Cerita harini pasal kononnya nak study dekat surau kat Uni aku tu. Jangan tak tahu Uni orang Inggeris ada sediakan surau untuk pelajar-pelajar Muslim menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Jangan kata 5 waktu, solat terawih tahun lepas pun kami buat dekat situ Tengok gambar atas korang nampak tirai. Itu digunakan untuk menutup pandangan mata gatal atau pandangan mata tak sengaja sebab ruang solat kami kecil je maka kenalah jaga aurat elok-elok. Kok tersentuh ke kan ke kena ambik wudhuk balik. Time winter paling menggigit tulang sekali sebab sinki wudhuk tu takda

Pantun Realiti Facebook

Harini saya tiada mood untuk publish tulisan panjang-panjang jadi mari kita jadikan harini sebagai hari santai. Minggu depan dah mula kelas dah adoih! Takpe 3 subjek je untuk trimester ni. Sekian. Ada lagi sebenarnya tapi aku malas nak bagi orang scroll banyak sangat. Mungkin lain kali kita buat Pantun Facebook 2? Haha

Amalia Alias - Artis Cover Korea dari Jepun buatan Malaysia

Aku rasa kalau korang dah baca Blog Milimilo yang comel tu, mesti korang ada ternampak pasal awek ni kan? Minta maaf kalau skil photoshop aku tahap cimpanzi tapi ni je aku mampu fikir dan buat masa tulis entry ni. Daripada lu orang pergi tengok video youtube made by some pre-pubescent ladies yang berlumba-lumba melalak lagu Bruno Mars dengan gitar, baik tengok the real talent dalam arena cover song youtube ni. Tak pernah tengok? Meh tengok sedas. Aku ternganga masa tengok video ni sebab suara diorang sangat sedap nak-nak pulak part Korea walaupun aku tak paham sepatah haram depa nyanyi apa.. Sedap tak? Sedap tak? Seriously korang boleh tau aku bukan jenis yang baca novel cintan cintun Ahadiat Akashah mahupun jenis yang tengok Twilight Saga. Tapi lagu ni ialah exception lah sebab berjaya membuatkan aku tengok sampai habis. Vokal sedap, video lawa. Tahniah kepada Si Penyanyi Amalia Alias dan juga tukang buat video. Okay jom berkenalan sikit dengan awek ni. Menurut skill stalk

Battle of The Fans

Petang 22 Febuari 2011 di Wellington taklah secerah semalam. In fact, 1 harini sangat gelap dan suram mungkin mengiringi hati aku yang penuh bermacam-macam soalan ni. As sastera as it sounds, salah satu benda yang bermain dekat fikiran aku ialah... Disebabkan aku ni bukanlah mat sastera tapi hanyalah blogger berlidah puaka, maka harini aku memepersembahkan korang dengan Kajian Kes Facebook 30: Battle of The Fans. Korang tahu Battle of  the Bands kan? di mana band-band muzik naik atas pentas dan menyanyi, ada yang melalak, ada juga yang menyanyi macam suara penagih dadah; cuba mempersembahkan lagu terbaik mereka untuk melariskan jualan album dan juga menunjukkan siapa yang terbaik. Itu dunia muzik. Industri muzik. Apa yang kita ada dekat dunia Facebook? Pendapat peribadi aku mengatakan benda ni sungguh tak matang. Macam budak-budak. Bukannya semua pengundi ada Facebook. Tambahan pulak perlu ke dalam page tu nak maki-maki parti lain? Sebar fitnah? Jangan ingat Pakatan Rakyat je, o