Langkau ke kandungan utama

Catatan

6 Langkah Mengatasi Kebuluran Lewat Malam

Dey tambi, kalau bagi orang gila jawab soalan ni pun, tutup mata dia boleh jawabla. Kalau kebulur mestila makan takkanla nak basuh baju pulak. Sejak pukul 11pm tadi lagi aku kebulur tapi masih belum berjaya mengangkat bontot yang seberat 66kg tu ke dapur. Pukul 1am barula berjaya. Pergi dapur carik apa? Cari cinta Tu dia stok untuk warga bujang trangtangtang. Andainya anda da kahwin tapi stok Maggi anda lebih kurang camni gak sampai 4-5 pek dalam kabinet dapur, baik anda tak payah kawin okey. Kalau bini anda hot sekalipun saya tak hingin sebab saya rajin makan. Bini harus rajin masak hatta telur goreng sekalipun. Ingat senang ke nak masak Maggi? Kat depan pek tu tulis HANYA 2 MINIT. Ah fitnah semua tu. Kalau nak mampus awal silala masak 2 minit. Nih cara selamat sikit makan megi. STEP 1: Panaskan megi tu sampai dia terpisah-pisah . Kalau korang nak nyanyi lagu perpisahan pun boleh jugak macam zaman-zaman darjah 6 dulu. STEP 2: BUANG AIR Bukan buang air dalam pundi kencing tu. Bua

Nama Saya Ash Yoong, Mau Lumba?

Naik kereta sport macam aku bukanlah sesuatu yang mat-mat rempit tepi jalan tu boleh buat. Sekarang awek-awek mana ada pandang mat rempit dah, diorang pandang mat-mat kereta sport macam nak buat laki. Sebab tu lah aku menceburkan diri dalam sukan lumba kereta sport nih. Bila dah sarung helmet, haruslah korang takut dengan kelajuan kereta sport aku yang diberi nama Johnny tu. Tapi tu bukan gambar Johnny, tu gambar kete sport sape ntah. Tuan kete tu pun dah takmau dekat dia sebab tuan dia dah ada kapal selam. yang in pun bukan Johnny. Tapi kalau korang minat dengan menatang ni silalah sediakan NZD2500 ya untuk memiliknya sebab benda ni sedang dijual di tempat aku "selalu" racing. 2500NZD tu kalau beli Skyline terpakai kat sini dah dapat dah. Haa yang ni barula gambar aku dengan Johnny mengejar dunia kelajuan. Jangan salah faham, kami tak pernah melibatkan diri dalam apa-apa agenda lumba haram, filem lumba haram yang bodoh, lagu-lagu lembek yang membosankan dan berkaitan deng

Membeli-belah di Pak n Sav

Disebabkan hari ni hari free yang sekian kalinya lepas habis exam, dan barang makanan pun hidup segan mati takmau je kat dapur tu, maka aku pun pergi membeli belah kejap. Kalau tak, alamatnya memang makan cereal la hari-hari. Mau tak muntah macam tu? Kalau nak ikutkan musim-musim sejuk macam sekarang ni memang malas la nak naik bas pergi pasaraya Pak n Sav tu. Kalau korang naktau, Pak n Sav ni tahapnya sama la macam Tesco di Malaysia (agaknya) sebab aku tak pernah pun jejak masuk Tesco ngan mak aku. Selalunya kalau dia tak pergi dengan bapak aku, mesti dia pergi pasar borong Selayang je beli barang makanan. Tapi walaupun tahap-tahap Tesco, korang tengoklah harga taugeh seplastik tu je NZD 1.99  woi! Kat Malaysia RM0.50 pun tak sampai. Baik aku tanam hidroponik. Kalau senior-senior macam cik Ayu ni, dia dah tau dah nak pegi shopping kat PaknSav mesti harus bawak luggage yang korang sumbat dalam kokpit kapal terbang tu. Senang nak sorong ke hulu ke hilir. Tapi bawak beg macam tu pon

Tutorial Kotak Komen Facebook di Blogger

Screenshot ni diambil dari sebuah lagi blog yang aku moderate di New Zealand. Apa yang aku nak sampaikan ialah pengunjung blog anda kini boleh meninggalkan komen dengan menggunakan akaun facebook. Caranya: STEP 1: MASUK EDIT HTML & TICK EXPAND WIDGET BOX Tengok betul-betul anak panah tu!! Selalunya coding korang tak jadi sebab tak tanda kotak tu. Aku sula nanti baru tahu. STEP 2 : CARI CODE INI <div class='post-footer'>  STEP 3 : DIBAWAHNYA, PASTE CODE INI <b:if cond='data:blog.url != data:blog.homepageUrl'>  <div id='fb-root'></div>  <script> window.fbAsyncInit = function() { FB.init({appId: ' 129009223788415 ', status: true, cookie: true, xfbml: true}); }; (function() { var e = document.createElement('script'); e.async = true; e.src = document.location.protocol + '//connect.facebook.net/en_US/all.js'; e.async = true; document.getElementById('fb-root').appendChild

Kami Orang Dewasa yang Comel

Pada suatu pagi yang sejuk dan bersuhu 10C tahap membunuh, disertakan pulak dengan hujan separa lebat, berkumpullah sekumpulan orang dewasa dalam Dewan Student Union Victoria University of Wellington, New Zealand.  Ada yang datang untuk bersuka-ria, dan ada yang datang hanya untuk menketedarah disebabkan lapar yang melampau-lampau di musim Winter ni. Namun apa yang pasti, mereka datang dengan tema yang sama iaitu mahu bersukaneka; iaitu bersukan yang beraneka. In case korang buta warna, atas ni ialah ahli rumah kuning (dan oren) Acara 1: Lari kakitiga (tidak disponsor oleh minyak angin cap 3 kaki) Acara ni dimenangi oleh kumpulan kuning (dan oren). Walaupun ada yang tergolek, dan sampai ulang 2 kali, namun kami tetap juga menang dengan selisih masa yang besau. Penulis blog telah di pasangkan dengan brader yang besau tu so lari tadi ada sikit mau terjingkit-jingkit la sebab dia tinggi sangat   Acara 2: Sesi memutihkan muka dengan bedak cap tepung budget Bila muka dah puas jadik putih

Hari Mendung Diiringi Senyuman

Hari ni aku ponteng banyak kelas sebab nak siapkan assignment yang sepatutnya due pukul 3 petang tadi. Dahlah dah 2 malam tak cukup tidur disebabkan nak siapkan lab report Psychology, ni nak kena hantar assignment Mathematics pulak. So ada soalan taktau buat, kenala menuntut dengan Abe Kay student honors Math. Tengah-tengah buat assignment kat Cotton Building (gambar) ni, tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi. " Attention to everyone, please evacuate the bulding". Maksudnya " Woi korang, cepat berambus keluar dari bangunan ni". Sebabnya? Nak buat latihan kebakaran. Latihan abah dia. Last-last haramjadah assignment yang separuh siap je aku hantar. Balik-balik aje 'rumah kedua' aku, terus bukak laptop, main DotA. Tak larat dah nak main rugby sebab dah 2 malam tdo melayan assignment. Tengah-tengah main dota, tiba-tiba ada sekumpulan manusia jelita sampai rumah. Dan....(play lagu please) Haa ni diaa. Surprise Party dari abang-abang dan kakak-kakak di New Ze

Mari abang Mari kakak Pasar Malam NZ

Hari ni kami pelajar Wellington di New Zealand dengan berjayanya telah menjalankan 1 aktiviti yang best iaitu pasar malam. Sangatla terubat kerinduan kami kat makanan Malaysia. Yelah, kat mana nak carik Laksa Penang disini? Kat mane nak cari Apam balik? Mi bandung? haa Haa tu dia Encik Bob dan kroni menjual mi bandung beliau yang tetiba tak cukup kuah di akhir bekas haha. Kerja aku hari ni ialah pegi gerai orang dan menyemak tolong jual sekali sebab geraiku dah beress. Laksa Penang dengan bubur jagung weh. Maunye tak habis? Korang pun nampak disebalik gambar aku (kanan) dan rakan-rakan, belakang tu semua pengunjung yang lain. Ramai kot tadi. Macam-macam ada jual. Dari makanan, barang letrik terpakai, dan jugak tudung, semua ada haha. Kecuali alat permainan seperti DinDang dan Tora mmgla xde Baju merah kiri ni ialah z@ck  . Dia kejam sebab takmoh belanja aku. Blah la zack. Boo hahahah. Dan, bukan nak kata orang Malaysia je yang datang pasar malam tadi, Kiwi pun adaa.. Tuu d