Langkau ke kandungan utama

Catatan

BUTOH - Apakah Itu?

Tadi masa aku kerja susun-susun buku bersaiz super gajah, aku terjumpa satu buku ni yang cukup menarik perhatian. Tajuk nama buku tu ialah BUTOH dan memandangkan aku masa tu dah tahu apa benda butoh maksudnya dalam bahasa orang kita, terasa nak tahu lah jugak apa benda buku ni? Kompilasi gambar kemaluan orang lelaki dari zaman batu ke alaf 2011 ke apa? Korang tengok la cover kulit dia ni, agak-agak cerita pasal apa? Maka disebabkan aku ni agak Informavore orangnya, aku pun selak la buku tu sehelai demi sehelai. Sebenarnya banyak buku dekat tempat kerja aku ni yang pelik-pelik tapi tu lah, bila balik rumah dah malas nak update blog. Bukannya penat pun tapi sebab takde mood. Anyway, berbalik ke cerita BUTOH kita tadi, tajuk buku ni ialah BUTOH- Dance of The Dark Soul. Kalau korang baca buku ni, akan terasa macam masuk dunia hantu, or at least dunia ajaran sesat. Sebab gambar-gambar dalam buku ni ialah seperti berikut...

Koleksi Gambar Pesta Bunga Ros Wellington 2011

Cuti summer dekat New Zealand memang tak bagus kalau digunakan untuk duduk dalam rumah layan komputer sahaja. Seeloknya amsa tu digunakan untuk bersiar-siar tak pun kerja cari rezeki. Bila aku cuti, aku gunakan masa tak bekerja tu untuk jalan-jalan menikmati keindahan alam sekeliling, seperti baru-baru ni, Wellington Rose Festival yang terletak di Wellington Botanical Garden. Masa tangkap gambar semua ni aku tak terfikir pulak nak salin nama dia satu-satu. Sibuk sangat jalan-jalan tangkap gambar sambil cium bunga-bunga yang ada. Sumpah wangi bau diorang. Rasa macam jalan-jalan dalam syurga. Ceh macamlah pernah masuk syurga. Tapi bila tengok gambar atas ni rasanya macam nak gigit-gigit je bunga tu buat makan. Geram pulak nengoknye hhaaha.

Pelukan Awek Cina dan Cokelat Bersepah

PERSONAL Tersebutlah alkisah semasa aku berjalan mencari alat elektrik tempoh hari di sekitar Wellington City, tiba-tiba masa tengah sibuk sembang dengan kaklong dengan kakngah aku pasal exam dan bla-bla-bla, tiba-tiba kat depan kami muncullah seorang awek Oriental yang jalan terkedek-kedek bawak sign di depannya. Aku namakan dia awek Oriental sebab mata dia sepet tapi aku tak pasti dia awek Thai, Myanmar, Vietnam ataupun sewaktu dengannya yang lain. Maka dari jarak beberapa meter sempatlah kaklong aku membaca sign di dada awek tu "FREE HUGS, FINISHED FINAL EXAM" Muka dia memang happy gila  masa tu. Nampaklah, macam baru keluar seksa penjara. Mungkin dia habis final year kot. Lepastu aku pandang dia dan cakap no thanks. Maka awek tu pun berlalulah pergi kerana aku telah menghancurkan harapan dia. Cis, ingat senang ke nak peluk aku, bayar la hoi.

Pengalaman Terjun Dari Langit New Zealand

Selepas gian buat bungy di Queenstown pada cuti Summer tahun lepas, tahun ni aku melompat dari ketinggian 16000 kaki la pulak di Bay Of Islands New Zealand. Actually untuk sukan extreme di New Zealand, kalau korang takde banyak duit, well, katakan on a tight budget ataupun duit tu nak gunakan untuk benda lain, always look for deals on the internet. Voucher aktiviti kali ni aku beli dekat Grabone  pada harga 49% lebih murah dari biasa. Harga asal ialah $420 untuk ketinggian 16000 kaki tapi dengan Grabone kami beli pada harga $225 sahaja. Semalam kitorang drive hampir 4 jam dari Auckland City ke Bay of Islands untuk ke tempat skydiving yang diberi nama Skydive Zone Bay of Islands. Memang penat, kereta pulak tahap-tahap kancil je. Kalau korang nak tau New Zealand ni struktur mukabuminya memang bergunung-ganang sikit so agak leceh menekan minyak nak naik bukit. Gambar pertama ni diambil masa kami dah ada pada ketinggian 12000 kaki, iaitu tahap kedua yang ada kat sini. Tempat ni me...

Santa Parade di Wellington New Zealand

Sejak akhir-akhir ni aku cukup malas nak update blog. Bukannya ada orang baca pun. Takpelah zaman aku dah berakhir, bagi laluan untuk bebudak baru nak up yang suka main segmen pulak, bagi laluan untuk awek cun dan abam hensem yang suka buat blog dia jadi tempat modelling. Tajuk blog cerita pasal makanan, tapi gambar tu 80% muka dia. Apapun, aku nak letak gambar je kali ni sempena Wellington Santa Parade 2011 Seriously natang ni nampak macam pedobear. Korang nampak tak persamaannya? Bahaya betul Wellington ni, ada maskot pedobear pulak.

Pesta Bunga Api Guy Fawkes Day New Zealand

Okay ini gambar dari event hari Sabtu 5 November 2011 dekat Wellington. Kalau korang nak tahu Wellington ni pelik sikit sebab tak amcam Malaysia, pesta New Year dia tak ada pun bunga api bagai tapi bila Guy Fawkes Day macam hari Sabtu tu, ada pulak mercun. Maybe dia tak boleh afford kos yang mahal tu kot Sebelum korang confuse buat sekian kalinya, adalah dimaklumkan aku tak tangkap gambar-gambar ni guna DSLR. Nanti orang kata DSLRFags la pulak hahaha. Lagipun aku bukan bawak kamera aku masuk Pavi untuk dilabelkan sebagai DSLRFags. Pavi pun aku pernah jejak 2-3 kali je. Not my cuppa tea brah!

Koleksi Gambar Musim Bunga Wellington 2011

Ceh tajuk macam ada koleksi gambar model kalendar pulak. Daripada tengok benda lagho tu baik kita meneroka alam sekitar yang cantik dekat bumi Wellington New Zealand ni. Apa guna beli kamera kalau tak tangkap gambar alam indah? Ah akhirnya berjaya jugak aku upload gambar dengan hasil sebenar tanpa ada pengurangan kualiti daripada Facebook ataupun Flickr. Atas ni ialah gambar bunga sakura putih yang diambil dari Wellington Botanical Garden. Jom tengok lagi gambar