Dalam dunia yang kian berpusatkan IT dan teknologi kini, hampir semua perkara adalah melibatkan media elektronik. Peranti elektronik yang terdiri daripada telefon pintar, tablet, komputer peribadi, dan sebagainya merupakan pemilikan yang semakin mudah dan mampu dimiliki jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lepas. Pada tahun 2006 misalnya, sebuah telefon Nokia N-Gage QD yang kebiasaannya digunakan oleh remaja untuk bermain permainan video berformat Java adalah berharga sekitar RM500 namun dengan nilai wang yang sama pada tahun 2017, kita boleh memiliki peranti yang jauh lebih canggih dan mempunyai kefungsian yang lebih pelbagai. Disebabkan hal ini, kita boleh lihat masyarakat daripada pelbagai lapisan umur termasuklah kanak-kanak di bawah umur 3 tahun ada yang sudah terlampau terbiasa dengan penggunaan telefon pintar. KEBURUKAN PENGGUNAAN GAJET Walaupun tidak dinafikan bahawa teknologi seperti telefon pintar membawa kebaikan, ia juga diketahui sebagai pembawa keburukan jika...
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa