Langkau ke kandungan utama

Catatan

BEHAVIORISME DALAM PENDIDIKAN KHAS

Paparan slaid untuk guru pendidikan khas baru JPN Sabah https://www.dropbox.com/s/zmgixlcrab20mis/BEHAVIORISME%20DALAM%20PENDIDIKAN%20KHAS.pptx?dl=0

HADKAN PENGGUNAAN GAJET PADA KANAK-KANAK

Dalam dunia yang kian berpusatkan IT dan teknologi kini, hampir semua perkara adalah melibatkan media elektronik. Peranti elektronik yang terdiri daripada telefon pintar, tablet, komputer peribadi, dan sebagainya merupakan pemilikan yang semakin mudah dan mampu dimiliki jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lepas. Pada tahun 2006 misalnya, sebuah telefon Nokia N-Gage QD yang kebiasaannya digunakan oleh remaja untuk bermain permainan video berformat Java adalah berharga sekitar RM500 namun dengan nilai wang yang sama pada tahun 2017, kita boleh memiliki peranti yang jauh lebih canggih dan mempunyai kefungsian yang lebih pelbagai. Disebabkan hal ini, kita boleh lihat masyarakat daripada pelbagai lapisan umur termasuklah kanak-kanak di bawah umur 3 tahun ada yang sudah terlampau terbiasa dengan penggunaan telefon pintar. KEBURUKAN PENGGUNAAN GAJET Walaupun tidak dinafikan bahawa teknologi seperti telefon pintar membawa kebaikan, ia juga diketahui sebagai pembawa keburukan jika...

Panduan Sebenar Program Transformasi Minda (PTM) Melalui EPSA

1.Umum mengetahui bahawa guru-guru yang baru berkhidmat perlu menduduki kursus yang akan melayakkan mereka untuk pengesahan dalam jawatan. Kursus yang dahulunya dipanggil sepagai Kursus Induksi, dan seterusnya Program Transformasi Minda  (PTM), merupakan perkara wajib yang mesti disempurnakan dalam tempoh percubaan maksimum 3 tahun seseorang penjawat awam yang baru 2. Disebabkan kekurangan peruntukan, guru-guru yang tahun perkhidmatannya bermula 2014 sehingga 2016 kini dikehendaki menduduki kursus secara online melalui E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) supaya dikecualikan daripada menduduki PTM. 3. Mereka yang telah menjalani PTM tidak perlu menjalani EPSA-PTM  4. Mereka yang posting pada tahun 2017 juga tidak perlu menjalani EPSA-PTM  5. Jika mula EPSA pada tahun ini, mesti diselesaikan pada tahun ini juga 6. Jika tahun lalu pernah buat kursus wajib, boleh digunapakai sijil tersebut untuk dihantar ke pihak berkenaan. Kalau macam saya baru daftar tahun ni, sil...

Menipu Diri Sendiri Untuk Berjaya

Secara umumnya, menipu adalah suatu perbuatan yang tidak baik dan amat ditegah dalam amalan seharian kita. Walau bagaimanapun, dalam psikologi, terdapat satu teknik yang menggalakkan anda untuk menipu dan perbuatan ‘menipu’ dalam konteks ini bukan sahaja tidak mendatangkan kemudaratan, malah mendatangkan manfaat bergantung kepada tujuan anda manggunakan teknik ini. Teknik yang diperkatakan tadi adalah dinamakan sebagai self-fulfilling prophecy (SFP) atau dalam Bahasa Melayu, ia dinamakan sebagai ramalan kebenaran kendiri . SFP sebenarnya berfungsi dengan menggunakan hanya satu mekanisme iaitu menipu diri sendiri seperti yang telah diterangkan tadi. Yang menariknya, ‘penipuan’ ini boleh dilakukan secara sedar ataupun tidak – kadang-kala kita sendiri tidak tahu bahawa kita sedang menipu diri sendiri! Itulah kehebatan fenomena yang dinamakan oleh SFP ini yang berpotensi untuk memberikan kebaikan jika digunakan secara betul, dan juga berkemungkinan membawa keburukan jika digunakan ...

Schizophreniform - Gangguan Mental

Dalam artikel yang terdahulu, saya telah menulis tentang skizofrenia dan skizofrenia kanak-kanak . Dalam diagnosis masalah mental, terdapat juga sejenis gangguan yang dinamakan schizophreniform / skizofrenifom*  . Simptom-simptom yang dialami oleh pesakit schizophreniform adalah sama sahaja dengan skizofrenia di mana para pesakit mesti mengalami: 1. Delusi 2. Halusinasi 3. Tutur kata tidak teratur ( disorganized speech ). Pesakit mestilah mengalami salah satu atau lebih daripada simptom 1-3; 4. Pelakuan katatonik ( catatonic behaviour ). 5. Ketiadaan emosi ( flat effect ) Jika diperhatikan, simptom antara gangguan skizofreniform dengan skizofrenia adalah 100% sama melainkan pada satu aspek iaitu tempoh gangguan terjadi. Jika untuk skizofrenia simptom mestilah melebihi 6 bulan, skizofreniform pula menunjukkan simpton dialami pesakit dalam tempoh masa kurang daripada 6 bulan. RAWATAN: 1. UBATAN Setelah disahkan oleh pakar bertauliah e.g psikiatri bahawa seseorang...

Adakah Warna Hijau Boleh Menyembuhkan Penyakit dan Penglihatan?

Dalam entri kali ini kami akan menjawab soalan yang diutarakan oleh pembaca ke alamat emel kami. Untuk soalan-soalan yang lain, sila rujuk pautan ini . Untuk soalan-soalan yang ingin ditanya, sila gunakan fungsi "search bar" di bahagian kanan web ini.   Soalan kali ini berbunyi seperti berikut: Subject:Warna Hijau Penyembuh kepada Segala Penyakit Cikgu BM kata bila melihat warna hijau seperti daun ,pokok2, bunga warna hijau dan lain-lain lagi yang warna hijau akan beri lebih fokus pada setiap perkara malahan akan merehatkan mata yang melilau kepeningan dan minda.Betulkah fakta yang diberikan itu ,minta penjelasan. Jawapan : Mengikut pengalaman saya belajar dan juga rujukan terkini, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa adanya kesan terhadap kesihatan apabila kita melihat kepada warna-warna tertentu. Warna hijau dikatakan dapat menyembuhkan penyakit, warna ungu dapat meningkatkan kreativiti, dan sebagainya. Namun begitu, tiada kajian, setakat yang dik...

4 Teknik Belajar Berdasarkan Kajian Psikologi

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca semua. Memandangkan kita masih berada dalam awal tahun, maka bolehlah dikatakan bahawa para pelajar terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan utama masih mempunyai masa yang agak banyak untuk membuat persediaan. Selain daripada menumpukan perhatian di dalam kelas, pakar psikologi mendapati bahawa cara-cara berikut dapat meningkatkan potensi pelajar. 1. TEKNIK NOMBOR AJAIB 7 ± 2 Kajian psikologi yang terdahulu mendapati bahawa seorang manusia normal dapat menghafal sebanyak 5-9 maklumat yang berbeza dalam satu-satu masa dan menyebutkannya semula tanpa sebarang masalah (Miller, 1956). Mengikut logik, memang tidak hairanlah menghafal maklumat yang banyak adalah lebih sukar berbanding maklumat yang sedikit tetapi kita perlu tahu berapakah bilangan yang dianggap sebagai terlampau banyak sehingga menyebabkan potensi pelajar merudum? Mengikut kajian psikologi, untuk manusia biasa menghafal durian, manggis, mangga, kelapa, cempedak, n...