Dalam entri kali ini kami akan menjawab soalan yang diutarakan oleh pembaca ke alamat emel kami. Untuk soalan-soalan yang lain, sila rujuk pautan ini . Untuk soalan-soalan yang ingin ditanya, sila gunakan fungsi "search bar" di bahagian kanan web ini. Soalan kali ini berbunyi seperti berikut: Subject:Warna Hijau Penyembuh kepada Segala Penyakit Cikgu BM kata bila melihat warna hijau seperti daun ,pokok2, bunga warna hijau dan lain-lain lagi yang warna hijau akan beri lebih fokus pada setiap perkara malahan akan merehatkan mata yang melilau kepeningan dan minda.Betulkah fakta yang diberikan itu ,minta penjelasan. Jawapan : Mengikut pengalaman saya belajar dan juga rujukan terkini, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa adanya kesan terhadap kesihatan apabila kita melihat kepada warna-warna tertentu. Warna hijau dikatakan dapat menyembuhkan penyakit, warna ungu dapat meningkatkan kreativiti, dan sebagainya. Namun begitu, tiada kajian, setakat yang dik...