Semasa waktu peralihan kelas, Ali lewat keluar disebabkan dia memerlukan waktu untuk mengemas alatan yang diperlukan. Selepas kira-kira 3 minit, Ali pun tiba di makmal untuk mengikuti kelas Sainsnya di sekolah. Selepas 2 jam, rakannya, Ah Chai, telah kehilangan wang yang disimpan dalam beg. Disebabkan Ali yang terakhir keluar dari kelas, maka dia disoal siasat oleh Cikgu Devi. ------- Cikgu Devi: Ali, awak lambat keluar kelas, kan? Mesti awak yang ambil duit Ah Chai, kan? Mengaku cepat!! Ali: Berapa kali saya nak cakap saya tak ambil! Saya tak ambillah!! ------- Ali menghempas meja dan perbuatannya ditafsirkan sebagai bersalah. Yalah, kenapa lagi Ali perlu mengamuk sekiranya dia tak buat apa yang dituduh keatasnya? Situasi macam ni mungkin pernah anda temukan di tempat anda baik di sekolah, tempat kerja, mahupun di rumah sendiri. Sekiranya anda tak pernah jumpa, alhamdulillah saya ucapkan. Tetapi, kerap kali emosi marah yang kita tunjukkan ketika kita dituduh ditafsirkan seb...
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa