Langkau ke kandungan utama

Catatan

Merindui Sup Ekor Malaysia

Entri Personal Salah satu makanan Malaysia yang menajdi kegilaan aku sejak kecik ialah sup ekor lembu. Ternyata sekali bukan sup ekor ayam sebab kau tak boleh makan ekor ayam. Berbanding dengan sup gearbox, sup tulang dan sup daging, aku lagi suka bahagian ekor sebab ada part yang kau boleh telan semuanya dan ada part yang kau kena kunyah elok-elok untuk mengelakkan tercekik tulang lalu mati di tempat kejadian Masa aku taip entri ni aku tengah kebuluran di universiti pada jam 3 pagi demi menyiapkan assignment. Dan baru teringat yang aku masih tak makan apa-apa melainkan secawan kentang goreng tanpa sos Sebab diorang jual kentang goreng dalam cawan dan sos pula dijual pada harga tambahan 50c

Isu Seks dan Pornografi di Germany

Sambungan Bacaan Dewasa  Disebabkan hari ni Sabtu maka harini hari aku kerja. Kerja apa lain kali aku cerita tapi masa aku tengah nak kemas-kemas buku tadi, terjumpa satu buku yang mempunyai cover yang sangat menarik mata dengan sekali imbas. I bet mereka yang study di Germany pun belum tentu tahu pasal sejarah tempat ni Kalau aku tak censoredkan bahagian tu korang faham-fahamlah apa yang boleh dinampak. Buku ni bernama Voluptuous Panic: The Erotic World of Weimar Berlin (Germany). Bila selak dalam, ternyata ini bukan buku pasal cara membuat topeng beruang. Tetapi ini ialah buku...

Fanpage Pencarian Lelaki Sweet dan Perempuan Bertudung

SARCASM Adakah anda seorang lelaki yang sweet? Adakah anda seorang gadis yang bertudung? Katakan "YA" dan kami akan merealisasikan harapan anda untuk menjadi bintang fanpage PENCARIAN LELAKI SWEET DAN GADIS BERTUDUNG ! Sudah tentu anda semua sedia maklum dengan apa yang kami cari! Lelaki sweet dan gadis bertudung lah. Matlamat penubuhan organisasi kami ialah untuk menggalakkan para jejaka tidak kira umur di luar sana untuk menjadi sweet dan semanis-manis mungkin lalu menangkap gambar dengan kamera handphone sendirian sambil membuat muka muka manis. Selain itu, kami juga berhasrat untuk meramaikan lagi ahli-ahli kami untuk memakai tudung dalam apa jua cara, apa jua warna lalu menangkap gambar di depan cermin atau menggunakan kamera kompak mahupun handphone. Selepas tangkap gambar, tudung boleh cabut! Sila rujuk profile ahli kami untuk kepastian jika anda seorang stalker. Maka suci murnilah tujuan penubuhan page kami ini! Metodologi kami senang saja. Anda boleh ikuti b

Aku Pun Boleh Doodle

Short update untuk hari ini ialah tentang hobi lama yang kini boleh dilakukan dengan menatap skrin komputer haha. Dulu masa kecik-kecik memang aku suka gila melukis sampaikan dinding rumah pun aku conteng. Teringat jugak zaman sekolah rendah dulu orang bayar aku 50 sen untuk setiap gambar digimon yang aku lukis. Haha sucker gila padahal senang je tiru lukisan digimon tu. Tapi aku letak nama, alamat semua tu sekali la kononnya macam kad. Padahal kena air sikit je terus hancus sebab guna kertas lukisan lol. Siapa yang pandai tu dia gam dengan kad manila. Tapi tu dulu. Sekarang ada komputer boleh lukis guna komputer aje. Contohnya macam gambar dekat bawah ni kan. Mula-mula masuk photoshop boleh buat sketch je dulu

Tutorial Menukar Label Secara Banyak Sekaligus Pada Entri Lama

Dah lama tak buat tutorial maka mari kita merepek pasal tutorial harini. Tips ni dijumpai secara tak sengaja ketika mengedit blog pada tahap gaban pagi tadi. ADAKAH BLOG ANDA MEMPUNYAI RATUSAN ENTRI? ADAKAH ANDA MAHU MENUKAR TAGS/LABEL ENTRY TAPI TAK LARAT DISEBABKAN TERLALU BANYAK? Saya ada penyelesaiannya! Memperkenalkan fungsi blogger menukar label pada blog secara pukal. Caranya sangat senang tapi mungkin memakan masa bergantung kepada nombor label dan entry yang anda telah post sepanjang riwayat hidup anda berblogging. STEP#1 - MASUK EDIT POSTS Pastikan korang jumpa page seperti di atas di mana korang kena tandakan pada entry-entry yang hendak ditukar labelnya. Selepas siap tandakan entri tersebut,   STEP #2 - CARI KOTAK LABEL ACTION Dan korang boleh apply mana-mana label untuk entri dalam dashboard korang tu tanpa ada masalah. Selain meletakkan label yang sedia ada pada entri tu, nak letak label baru pomboleyy.Kalau nak remove label, ada di bahagian bawah sekali dala

Bulan Itu Bulan Cinta - Supermoon

Semalam aku ada kongsi satu link daripada CNN News mengatakan bahawa malam ini merupakan bulan mengambang penuh yang paling besar dilihat dalam masa 20 tahun ini. Disebabkan umur aku dalam lingkungan lingkungan tu la jugak, maka inilah bulan mengambang penuh yang paling besar aku pernah tengok Maka nak dijadikan cerita, aku pun capailah skuter tadi untuk naik atas bukit menangkap gambar di tengah malam. Gila kentang nak naik bukit yang pernah kecoh pasal cerita Vampire menyerang Wellington itu hari.

Jangan Katakan 'Tidak' pada Panda

Semalam lepas aku pening-pening menghadap buku teks, tiba-tiba perut ni meminta diisi. Kalau dia tak bising takpelah, ini memekak sampaikan aku segan nak duduk dekat library tu dek bunyik yang kuat gila. Maka dengan lajunya aku berjalan ke Cafe di Victoria University untuk beli Fish n Chips.. Cafe ni ialah antara cafe tempat pelajar Muslim beli makanan sebab sumber dipercayai mengatakan makanan sini halal tapi aku taknak la cari pasal makan Sandwich Bacon pulak dekat sini. Makan Fish n Chips aje sudahla. Cafe ni telah disponsor oleh sorang pakcik bernama Jack Illot pada tahun berapa entah aku tak kisah. Janji aku boleh makan kat sini. Antara makanan yang boleh diketedarah oleh pelajar Muslim sekalian ialah Chips, Wedges, dan makanan-makanan Vegan yang lain. Tang daging apa semua tu aku tak taula. Baik elakkan daripada konfius aje Masa aku ke kaunter tu, aku nampak kentang diorang dah nak habis jadi awek Orient dekat kaunter tu cakap " could you please wait for five minutes?