Langkau ke kandungan utama

Catatan

Psikologi: Eksperimen Sosial Yang Ringkas

Dalam banyak-banyak bidang psikologi, ada satu yang diberi nama social psychology atau dalam Bahasa Malaysianya ialah psikologi sosial . Secara ringkas melalui pemahaman yang saya belajar daripada tahun lepas, social psychology ni dia mengkaji tentang tindak-tanduk manusia dalam konteks sosial. Sebagai contoh, bagaimana manusia membuat keputusan apabila buat pilihan untuk menolong orang yang dalam kesusahan: Adakah diorang akan terus tolong atau akan berfikir tentang faedah dan kos yang mereka bakal hadapi bila buat keputusan tersebut? Bacaan yang bagus tentang kajian mengenai ini boleh dibaca di sini . Dalam posting blog kali ini saya akan bawa anda kepada langkah-langkah membuat eksperimen psikologi sosial yang ringkas. Topiknya pula adalah amat senang sekali iaitu tudung, atau bahasa urban sikit: shawl . Adalah amat penting untuk pembaca tahu yang saya tiada niat buruk nak memecahkan periuk nasi orang ke apa ke. Cuma, ini adalah contoh yang amat relevan dengan masa sekarang.

Malaysian Night 2012 : The Parting Glass

Of all the money that e’er I had, I spent it in good company. And of all the harm that e’er I've done, alas it was to none but me. And all I've done for want of wit, to memory now I can’t recall. So fill to me the parting glass. Goodnight and joy be with you all. 

Dakwah Melalui Kemesraan Victoria University

Pagi ni dimulakan dengan aku melompat turun dari katil sebab jam dan menunjukkan 6.30 pagi. Subuh gajah mammoth, mandi kerbau, dan sarapan kambing tu normal sangat dah, dan lepastu study. Test tadi jam 12 tengahari dan aku keluar jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah apa yang aku baca memang betul masuk exam. Apa yang aku jawab salah, itu padan muka. Memandangkan jam menunjukkan masih ada 30 minit untuk dibazirkan, maka aku capai majalah Salient , iaitu majalah yang students Victoria University terbitkan. Untuk pengetahuan korang, majalah ni dapat award best student magazine in New Zealand dan dia selalu cover isu-isu pasal homosexuality, student finances  government, seks, dan sebagainya. Terus-terang aku cakap, kekadang nak tengok cover majalah tu pun tak lalu sebab ada gambar ayam jantan (baca: cock). Jadi, bila diati tulis something pasal Islam, iaitu identiti majoriti kami rakyat Malaysia di Wellington ni, aku jadi berminat membaca, despite of the fact that last week's issue pu

Iphone 5 dan Confirmation Bias (Psikologi)

Malam ni aku tinggal seorang diri dalam rumah. Nak main Xbox, dah menang story mode. Nak buat assignment, takde mood. Nak masak, tak lapar. Nak mengumpat, taknak buat dosa. Jadi aku bukak Facebook dan tengok ada sorang kawan ni share something pasal Iphone 5. Source: Engadget Video yang kawan aku share tu adalah daripada talk show Jimmy Kimmel. Yang menariknya pasal video ni, dia bukan bagi review pasal Iphone 5, tapi sebenarnya dia tanya orang awam tentang Iphone 5. Yang lagi menariknya, Iphone dalam tangan diorang tu bukannya Iphone 5 pun!

Suasana Aidilfitri Pelajar Malaysia di Wellington New Zealand (10 Gambar)

Syawal dah nak habis baru terasa nak update blog ye bang? Tak banyak yang nak diceritakan, so kita biarkan gambar yang menceritakan semuanya... SYAWAL 1 - RUMAH MALAYSIA, KHANDALLAH WELLINGTON NZ

#Tips Tidur Dari Sudut #Psikologi

Assalamualaikum, salam 20 Ramadhan dan selamat kembali ke blog ni eceh. Malam ni keihatan timeline twitter bergerak pada kelajuan anak siput baru nak belajar mengesot dan ini merupakan sesuatu perubahan positif sebab mungkin mereka ini sedang tidur. Daripada entri lepas Psikologi Tidur: Kesan Buruk Tidur , saya terlupa nak sebutkan dua kesan tak cukup tidur yang penting untuk tubuh badan kita. Efek tersebut adalah: Tak cukup tidur buat korang gemuk . Tak cukup tidur buat orang stress, dan menyebabkan jerawat Are these not enough reasons to make you sleep at night? Jadi persoalan yang ditanya kawan di twitter dan ruangan komen berbunyi "macam mana cara nak tidur malam? Saya ada masalah tidur" dan variasinya. Izinkan saya beri cadangan dalam konteks behaviour modification Sebelum saya menjawab soalan ni, bagi mereka yang ada masalah tidur di waktu malam, biar saya teka apa yang ada di sekitar kawasan tidur korang (bilik tidur lah, takkan jamban pulak). Saya syak dalam b

#Psikologi Tidur: Kesan Buruk Tak Cukup Tidur

Kali ni kita bercerita pasal tidur pulak memandangkan ramai kawan-kawan di twitter seperti tidak faham apa itu kepentingan tidur dalam kehidupan seharian.