Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hantu, Kepercayaan, Politik dan Psikologi

Walaupun tajuk entri kali ini adalah kelihatan amat menjurus kepada konsep ketuhanan dan agama tapi tidak. Kali ni kita akan mengupas isu (chewah) tentang kognitif manusia dalam tajuk kepercayaan, ataupun mempercayai manusia. Di akhir entri ni korang mungkin dapat mengaitkan topik ni dengan : Lawak April Fool Air Asia? Kewujudan hantu Keadaan politik di Malaysia (atau di mana-mana sahaja)

Borang Penilaian Pensyarah

Korang tahu tak apa tu borang penilaian? Aku start isi benda ni kalau tak silap dulu masa kat UNITEN. Pendek kata lah kan, borang ni mengandungi beberapa soalan yang diletakkan penskoran dia dalam Likert Scale (beri markah 1 untuk sangat tidak setuju dan markah 5 untuk sangat setuju) dalam pelbagai aspek untuk menilai sejauh mana keberkesanan seseorang pensyarah tu dalam kelas.

Soalan Psikologi 1 - Adakah Seorang Pembunuh Bersiri Diwarisi daripada Ibu Bapanya?

Dalam entri William Yau yang lepas, nampaknya ramai pembaca blog ni yang berminat tengok Criminal Minds dan berminat dengan Psikologi Jenayah. Saya tak hairan sebab subjek ni memang menarik dan masih banyak kajian yang perlu dilakukan terutamanya di Malaysia, maka saya jadikan benda ni siri sebab banyak lagi artikel akan datang. Dalam entri lepas, saya diajukan dengan 2 soalan yang sangat menarik daripada Shahada Fauzi . Pembaca lama ni. So, inilah soalan beliau

William Yau dan Psikologi Jenayah

Saya bukanlah seorang yang rajin membaca surat khabar tapi bila ada orang share sesuatu yang berkenaan prinsip moral dan kemanusiaan di Facebook, saya akan baca. Baru-baru ni Newsfeed dibanjiri dengan berita tentang penemuan kanak-kanak yang bernama William Yau Zhen Zhong. Kanak-kanak tersebut, yang dilaporkan hilang sejak 16 Jan, dikatakan telah ditemui di Sungai Klang semalam (25 Januari 2013). Petikan artikel daripada website Malaysian Digest pada 25 Jan mengatakan yang ibu bapanya mengesahkan bahawa mayat tersebut ialah anak mereka yang hilang tapi as of 26 Jan 13 , pihak polis mengatakan yang ada peluang 50-50 itu ialah kanak-kanak tersebut. Keputusan DNA mayat akan dikeluarkan pada hari Isnin 28 Jan 13. As someone who is interested in Psychology and Crimes, I keep on relating this case, whether the dead body was William or not, to my interest. Read more below:

Saya Haramkan Ilmu Awak!

Semasa saya scroll Facebook tempoh hari ternampak pula pada status seorang kenalan Facebook yang mungkin kerjanya pada waktu sekarng ialah sebagai guru. Mungkin sesuatu yang berkaitan dengan perguruan lah agaknya tapi intipati daripada status tersebut ialah niat beliau yang tak menghalalkan ilmu yang dia ajar kepada murid-murid beliau. Bila terbaca sahaja status tu, tiba-tiba saya terasa seperti berada dalam mesin masa, kembali ke zaman 2002-2006 yakni zaman persekolahan di Kuala Selangor dulu. Pertengahan tahun 2005, ketika tu saya masih di tingkatan 4. Para pelajar dan guru sedang menghadiri perhimpunan mingguan sekolah yang sebenarnya boleh diringkaskan tapi sengaja dipanjangkan. Entah apa sebabnya, saya tak ingat, cikgu yang berada di atas pentas tiba-tiba mengeluarkan kata-kata hikmat: "SAYA TAK HALALKAN ILMU SAYA KEPADA AWAK!" ...dengan harapan bahawa kami pada ketika itu sebagai anak murid akan berasa takut dan lebih hormat lagi kepada mereka. Benar, pelajar

Victoria University of Wellington New Zealand Graduation Day 2013 - Hari Graduasi Aku

Alhamdulillah, praise to Allah. After 3 years of tears, sweat, and blood-shedding, we finallyreached the end of our time undergraduate students in Vic uni. Life surely wasn't easy for us, but we had each other through thick and thin. I, Asfan Ash (not real name) is now officially a graduate in BSc Psychology and BA Educational Psychology , alongside my 3 friends on my left shown in photo Photo is actually from Victoria University Facebook page  , but I edited it. Okay berbalik ke bahasa ibunda. Tadi tu intro untuk explain kat international readers. 3 tahun aku duduk sini dan 2 kali jadi amateur photographer untuk seniors setiap hujung tahun, akhirnya tahun ni aku dapat merasa jadi orang yang diraikan. Dan...kitorang ada perarakan!! Sedikit old-fashioned disitu tapi bila lalu di depan orang ramai dengan berjubah semua tu, rasa sangat-sangat diraikan dan terasa ada pencapaian yang disempurnakan.

Cerita Hantu Perpustakaan Universiti [REPOST]

Cerita ni terjadi di perpustakaan  Victoria University of Wellington, New Zealand, tempat aku kerja belajar. Jangan ingat negara omputeh takde hantu, diorang pun ada jugak cumanya tak sama la jenis hantu dia dengan jenis hantu kita la kan. Cerita ni diturunkan daripada bos aku, 2 orang. Tapi kesahihan cerita tidaklah aku tau pulak wey sebab aku tak pernah jumpa lagi menatang tu. Library tempat aku kerja ni kalau tak silap ada 9 tingkat, kalau dikira dengan level 0 (underground floor) yang seram gelap caharam tu, kiranya ada 10 tingkat la ye tak? Okay, alkisahnya bermula bila ada DUA kejadian bunuh diri di perpustakaan tersebut. Aku tanya la sebab apa diorang bunuh diri? Orang kata maybe sebab stress belajar. Kes pertama aku tak ambik port sangat lah sebab alkisahnye orang tu terjun daripada atas bumbung library tu dan terus landing dekat staff lounge dekat tingkat 3. Aku tak selalu pun jejak dekat lounge room tu..takde masa pulak nak bancuh kopi masa kerja. Bukan lama pun kerja