Secara umumnya, menipu adalah suatu perbuatan yang tidak baik dan amat ditegah dalam amalan seharian kita. Walau bagaimanapun, dalam psikologi, terdapat satu teknik yang menggalakkan anda untuk menipu dan perbuatan ‘menipu’ dalam konteks ini bukan sahaja tidak mendatangkan kemudaratan, malah mendatangkan manfaat bergantung kepada tujuan anda manggunakan teknik ini. Teknik yang diperkatakan tadi adalah dinamakan sebagai self-fulfilling prophecy (SFP) atau dalam Bahasa Melayu, ia dinamakan sebagai ramalan kebenaran kendiri . SFP sebenarnya berfungsi dengan menggunakan hanya satu mekanisme iaitu menipu diri sendiri seperti yang telah diterangkan tadi. Yang menariknya, ‘penipuan’ ini boleh dilakukan secara sedar ataupun tidak – kadang-kala kita sendiri tidak tahu bahawa kita sedang menipu diri sendiri! Itulah kehebatan fenomena yang dinamakan oleh SFP ini yang berpotensi untuk memberikan kebaikan jika digunakan secara betul, dan juga berkemungkinan membawa keburukan jika digunakan
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa