Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel personal

Rusuhan conteng dinding library

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pulak dinding bangunan Victoria University of Wellington yang berwarna putih tu Tengoklah habis dinding diconteng guna spray. ni kalau buat kat rumah mau meroyan mak korang mengamuk tengok habis dinding kena graffiti. Tapi kalau mak korang berjiwa "Rap" dan selalu mendengar lagu Too Phat ataun Warren G, maka tak hairanlah kalau mak korang senyum saja time korang conteng dinding rumah Tapi jangan risau. Walaupun habis bangunan library diconteng, kamera CCTV berjaya menangkap gambar mereka yang meninggalkan kesan-kesan durjana terbabit. Tapi pihak polis tak dapat berbuat apa-apa sebab program conteng-conteng dinding ni memang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Victoria University (VUWSA) dengan izin dan restu pihak universiti. Dengan syarat jangan conteng benda-benda tak baik Nama program ni ialah Art Therapy. Cool gila Student Association boleh bawak idea macam ni nak-nak pulak dekat time exam. Memang apa yang pelajar perlukan bile tenga

Keputusan Perbicaraan Kes Plagiarism

Haritu aku ada cerita pasal Plagiarism yang dialami oleh Abang A . Klik teks sebelum ni kalau nak baca. So, hari tu aku dah pergi jumpa tapi aku tak cerita pulak yang Head Of School tu walaupun pangkatnya tinggi dengan kelayakan ilmu yang banyak sampai susah nak sebut, merupakan seorang manusia yang rilek je bila bercakap. Yelah kalau tak tak gunalah dia ada Clinical Psychology punya kelayakan. Klik gambar untuk tumbesaran sihat walafiat Di atas ialah selitan surat dari email Head Of School yang menyatakan Abang 'A' kita tak bersalah Alhamdulillah. Maka selamatlah assignment beliau dari ditolak markah ataupun digagalkan. Tak sangka bagi pinjam assignment pun salah disisi undang-undang ye. Goodnight. Esok ade test Psychology.

Celaka Punya Amilia

Harini handphone aku dikejutkan oleh satu SMS dari pengirim yang takde dalam rekod phonebook. SMS tersebut berbunyi: Can u come to Skype? Aku dengan penuh peliknya reply la SMS tu kot-kot budak kelas aku ke nak tanya soalan. Nak on Skype pun malas sebab time tu aku bukan dekat rumah. So, laptop tinggal dekat rumah sekali lah. So, aku tanya "Who's this?"  Dia jawab: Amilia Eh celah mana pulak aku ada kawan nama Amilia? Mungkin budak kelas aku yang berbangsa New Zealand kot yang hantar. Tapi peliklah jugak sebab celah mana pulak dia dapat nombor fon aku? Adakah no fon aku telah di'stalk' oleh para gadis New Zealand Oh, berasa hot seketika. Tapi aku balaslah jugak "Do I know you?" Dan dia reply: Amilia Rasa tak sedap hati dah ni. Ni manusia ke atau hantu? Sesampai aja kat rumah, aku terus check nombor fon yang hantar SMS tadi dekat fon lama. Tiada rekod. Dan masa tu baru perasan yang nombor fon tersebut ialah +9471303XXXX padahal nombor fon standard N

Raya Sakura Palmerston North

Ingat lagi yang aku cerita ada kiwi cakap yang orang Malaysia naik gajah sebab kita takde kereta? Haa semalam kitorang berlapan naik gajah jenama Toyota pergi ke bahagian utara (sikit) North Island New Zealand untuk menyambut Sakura Festival yang dianjurkan di International pacific College, IPC. Entrance IP c Rasanya tak berapa banyak yang nak diceritakan sebab ini kali pertama aku pegi event Sakura-Sakura camni. Tapi nak jugaklah lahirkan perasaan kecewa disebabkan tak best pun. Membazir je berhutang kad kredit nak bayar duit kereta tu. Gila bosan ah pergi tengok performance yang kurang menarik, dengan cuaca yang tak berapa elok. Secara kesimpulannya, hanya pergi nak tengok dan tangkap gambar pokok sakura, dan jugak mencari awek Jepun bernama Sakura. 交流を介して、私に連絡してください。パーマストンノース桜祭りでそれらはかなり日本人の女の子に。  So, bila dah bosan, kami pun naiklah gajah kami menuju ke Massey University New Zealand. Lepas solat zohor, masih terasa bosan. Maka bertransformlah saya menjadi itik jadian. Qua

Sapa cakap Raya Overseas Tak Best? #1

Cukuplah kot raya Jumaat sampai Ahad. Esok dah Isnin dah nak kena kejar balik apa yang tertinggal sepanjang minggu lepas itupun kalau niat di hati takmau balik awal ke Malaysia. Malas nak cerita panjang tengok gambar je eh (Jumaat 1 Syawal) Tunggu bas nak pergi ke Malaysian High Commission, Brooklyn Wellington Gambar lepas solat sunat Aidilfitri Kenapa gambar lelaki je elok eh? haha Bergambar PPC 1st Year depan HiCom. Kami ada 10 orang dengan tambahan 4 daripada Auckland. Jalan-jalan Oriental Harbour Dan last but not least, gambar pilihan kita untuk raya pertama, iaitu gambar yang diambil semasa takbir raya seblum solat sunat Aidilfitri... Aku terima nikahnya, jengjengjeng Hahahahah Siapa cakap raya dekat overseas tak best? Berikan 10 sebab

Ini ialah jadual sekolah saya

Ini ialah jadual untuk semester 2 yang bakal berakhir bulan 11 ni. Ini baru jadual kuliah dengan tutorial dan tidak  termasuk help session untuk Statistic , dan Discrete Logic Mathematics  sebab 2 tu ialah kelas tutorial yang optional. Yang berwarna merah dalam gambar di atas ialah wajib. Dan belum lagi aku komplen kat korang yang PSYC122 dan PSYC235 aku akan ada 3 assignments dan 3 exams. STAT193 dan MAT161 pulak ialah subjek dari School of Math  dimana wajiblah ada weekly assignments yang wajib dihantar supaya pass subjek tersebut. Dua-dua tu ada 3 exam juge. So, pointnya disini, semua dalam jadual aku tu ialah subjek Sains. Ada sesiapa boleh bagi hujah bernas kenapa 1 subjek sains aku bersamaan hanya 15 points? Kenapa ada subjek lain yang boleh dapat 20 points? Ni kalau aku tak update blog korang faham-faham la ye.

BERSATU Auckland 2010: Rewind

Perjalanan ke Auckland kalau naik kereta ialah dalam 10jam, kalau naik bas dari Wellington pulak 12jam. Walaupun perjalanan tu agak menyeksakan lebih-lebih lagi kalau 'tangki' cecair dan pepejal korang penuh dan mintak dikosongkan, tapi ada hikmahnya: Dapat tengok view yang cantik seperti Mt. Ruapehu ni. Cantik kan? Kalau nak maen ski kat situ la tempatnya. Aku sepatutnya hari ni nak pegi main ski tapi tiba-tiba terasa malas pulak. Duit pun dah habis beratus-ratus pergi Auckland, lagi mau main ski ka? Ni pulak ialah gambar dinner malam terakhir kami kat sana. Pakai jelah apa yang ada john. Tu pun buat cukup syarat je. Kalau ikut kepala memang aku pakai t-shirt oren WMSO je. Disebabkan cerita terlalu panjang maka aku buat daripada latest to oldest je la ye. Itula sebab kenapa start dengan closing dinner. Mula-mula kami duduk memang seronok tengok Ferrero Rocher dua das atas meja dengan air oren yang walaupun tak fresh, bolehla buat minum. Bila time makan, kena pulak stail b

6 Langkah Mengatasi Kebuluran Lewat Malam

Dey tambi, kalau bagi orang gila jawab soalan ni pun, tutup mata dia boleh jawabla. Kalau kebulur mestila makan takkanla nak basuh baju pulak. Sejak pukul 11pm tadi lagi aku kebulur tapi masih belum berjaya mengangkat bontot yang seberat 66kg tu ke dapur. Pukul 1am barula berjaya. Pergi dapur carik apa? Cari cinta Tu dia stok untuk warga bujang trangtangtang. Andainya anda da kahwin tapi stok Maggi anda lebih kurang camni gak sampai 4-5 pek dalam kabinet dapur, baik anda tak payah kawin okey. Kalau bini anda hot sekalipun saya tak hingin sebab saya rajin makan. Bini harus rajin masak hatta telur goreng sekalipun. Ingat senang ke nak masak Maggi? Kat depan pek tu tulis HANYA 2 MINIT. Ah fitnah semua tu. Kalau nak mampus awal silala masak 2 minit. Nih cara selamat sikit makan megi. STEP 1: Panaskan megi tu sampai dia terpisah-pisah . Kalau korang nak nyanyi lagu perpisahan pun boleh jugak macam zaman-zaman darjah 6 dulu. STEP 2: BUANG AIR Bukan buang air dalam pundi kencing tu. Bua

Nama Saya Ash Yoong, Mau Lumba?

Naik kereta sport macam aku bukanlah sesuatu yang mat-mat rempit tepi jalan tu boleh buat. Sekarang awek-awek mana ada pandang mat rempit dah, diorang pandang mat-mat kereta sport macam nak buat laki. Sebab tu lah aku menceburkan diri dalam sukan lumba kereta sport nih. Bila dah sarung helmet, haruslah korang takut dengan kelajuan kereta sport aku yang diberi nama Johnny tu. Tapi tu bukan gambar Johnny, tu gambar kete sport sape ntah. Tuan kete tu pun dah takmau dekat dia sebab tuan dia dah ada kapal selam. yang in pun bukan Johnny. Tapi kalau korang minat dengan menatang ni silalah sediakan NZD2500 ya untuk memiliknya sebab benda ni sedang dijual di tempat aku "selalu" racing. 2500NZD tu kalau beli Skyline terpakai kat sini dah dapat dah. Haa yang ni barula gambar aku dengan Johnny mengejar dunia kelajuan. Jangan salah faham, kami tak pernah melibatkan diri dalam apa-apa agenda lumba haram, filem lumba haram yang bodoh, lagu-lagu lembek yang membosankan dan berkaitan deng

Membeli-belah di Pak n Sav

Disebabkan hari ni hari free yang sekian kalinya lepas habis exam, dan barang makanan pun hidup segan mati takmau je kat dapur tu, maka aku pun pergi membeli belah kejap. Kalau tak, alamatnya memang makan cereal la hari-hari. Mau tak muntah macam tu? Kalau nak ikutkan musim-musim sejuk macam sekarang ni memang malas la nak naik bas pergi pasaraya Pak n Sav tu. Kalau korang naktau, Pak n Sav ni tahapnya sama la macam Tesco di Malaysia (agaknya) sebab aku tak pernah pun jejak masuk Tesco ngan mak aku. Selalunya kalau dia tak pergi dengan bapak aku, mesti dia pergi pasar borong Selayang je beli barang makanan. Tapi walaupun tahap-tahap Tesco, korang tengoklah harga taugeh seplastik tu je NZD 1.99  woi! Kat Malaysia RM0.50 pun tak sampai. Baik aku tanam hidroponik. Kalau senior-senior macam cik Ayu ni, dia dah tau dah nak pegi shopping kat PaknSav mesti harus bawak luggage yang korang sumbat dalam kokpit kapal terbang tu. Senang nak sorong ke hulu ke hilir. Tapi bawak beg macam tu pon

Kami Orang Dewasa yang Comel

Pada suatu pagi yang sejuk dan bersuhu 10C tahap membunuh, disertakan pulak dengan hujan separa lebat, berkumpullah sekumpulan orang dewasa dalam Dewan Student Union Victoria University of Wellington, New Zealand.  Ada yang datang untuk bersuka-ria, dan ada yang datang hanya untuk menketedarah disebabkan lapar yang melampau-lampau di musim Winter ni. Namun apa yang pasti, mereka datang dengan tema yang sama iaitu mahu bersukaneka; iaitu bersukan yang beraneka. In case korang buta warna, atas ni ialah ahli rumah kuning (dan oren) Acara 1: Lari kakitiga (tidak disponsor oleh minyak angin cap 3 kaki) Acara ni dimenangi oleh kumpulan kuning (dan oren). Walaupun ada yang tergolek, dan sampai ulang 2 kali, namun kami tetap juga menang dengan selisih masa yang besau. Penulis blog telah di pasangkan dengan brader yang besau tu so lari tadi ada sikit mau terjingkit-jingkit la sebab dia tinggi sangat   Acara 2: Sesi memutihkan muka dengan bedak cap tepung budget Bila muka dah puas jadik putih

Hari Mendung Diiringi Senyuman

Hari ni aku ponteng banyak kelas sebab nak siapkan assignment yang sepatutnya due pukul 3 petang tadi. Dahlah dah 2 malam tak cukup tidur disebabkan nak siapkan lab report Psychology, ni nak kena hantar assignment Mathematics pulak. So ada soalan taktau buat, kenala menuntut dengan Abe Kay student honors Math. Tengah-tengah buat assignment kat Cotton Building (gambar) ni, tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi. " Attention to everyone, please evacuate the bulding". Maksudnya " Woi korang, cepat berambus keluar dari bangunan ni". Sebabnya? Nak buat latihan kebakaran. Latihan abah dia. Last-last haramjadah assignment yang separuh siap je aku hantar. Balik-balik aje 'rumah kedua' aku, terus bukak laptop, main DotA. Tak larat dah nak main rugby sebab dah 2 malam tdo melayan assignment. Tengah-tengah main dota, tiba-tiba ada sekumpulan manusia jelita sampai rumah. Dan....(play lagu please) Haa ni diaa. Surprise Party dari abang-abang dan kakak-kakak di New Ze