Langkau ke kandungan utama

Catatan

1 Syawal - Aidilfitri di Wellington New Zealand

Sehari tak update blog memang tak sah walhal assignment due Selasa ni, siap dengan combo 2 tests . Takpe la kali ni tayang gambar je sebab aku malas nak siapkan semua draf yang dah taip berminggu-minggu lepas. Walaupun kami duduk di New Zealand, tapi kami juga ada semangat raya! Ye, kami raya lambat sehari. So? Kalau dekat Malaysia ada aktiviti menukar langsir sempena Raya, semalam aku ada jugak buat aktiviti tu..cumanya aku tukar shower curtain bilik air je sebab dah bertaik lalat. Kalau tengok betul-betul entah-entah taik tenuk pun boleh dijumpai agaknya. Anyway, back to photos. Gambar-gambar adalah dicuri daripada album sendiri dan juga album kawa-kawan yang dihost-kan terus dari Facebook untuk menjimatkan ruangan Picasa Google aku. Disebabkan gambar adalah dicuri daripada Facebook, maka ianya akan kelihatan pecah-pecah sikit. Dan, gambar sebelum solat sunat Aidilfitri tiada sebab sibuk bertakbir... dan solat. Duh.

Menghadiahkan Pensel HB Sempena Hari Jadi

Zaman makin berubah dan sekarang trend pada hari jadi ialah menghadiahkan pensel HB untuk meraikan hari jadi. Bila tiba hari jadi, secara umumnya, seorang manusia normal akan memeriksa 2 benda iaitu handphone dan juga Facebook untuk melihat ucapan daripada kawan-kawan. Kalau tak dilayan dikata pulak sombong Maka korang pun periksa lah ucapan dari kawan... Ucapan pertama - "Selamat hari jadi, kawan. Moga panjang umur dan murah rezeki. Ada murah rezeki bolehlah belanja aku makan". Simple dan penuh bermakna dalam nada gurauan yang diterima daripada kawan sebaya Ucapan kedua - "Happy birthday hun, hope you have a blast one". Wallpost ini datangnya dari kenalan rapat yang tiada hubungan intim dengan si penerima. Okay fine, dia sosial sikit maka begitulah ayatnya Ucapan ketiga - "Selamat hari jadi bro! Moga hidup diberkati Tuhan!". Ucapan ini diterima daripada member kolej yang kaki drift. Seliar-liar beliau sempat lagi mendoakan kesejahteraan member dia s...

Jalan-Jalan Cari Lemak - Empire Auckland

Okay satu lagi tempat makan yang aku rasa menarik. Haritu pergi pun secara tak sengaja sebab tetiba rasa lapar-lapar manjadi tengah malam. Tempat kali ni nama dia Empire dan menyediakan makanan halal. Seingat aku papan tanda dia bertulis Thai and Malay Cuisine. Tak taulah kalau aku silap Setelah dicuba untuk Google tempat tu dan tak dapat dijumpai, maka aku dah tensen untuk cerita pasal lokasi dia. Kalau korang datang Auckland, make sure makan dekat sini dengan harga berpatutan despite of the fancy-looking place. Tak fancy mana pun okay je. Kalau datang Auckland, tanyalah member-member yang ada bagaimana ke tempat ni. Aku ingat jalan, tapi Google tak membantu. Anyway, proceed terus ke gambar makanan Ni Spring Rolls . Ada 8 ketul harga berapa entah tak ingat sebab member aku yang beli. Rasanya sekitar $6 kot? Ye adik-adik, jangan tanya kenapa member aku datang tempat tu untuk beli popiah . Aku tak faham jugak tapi asalkan dia bahagia okay la tu

Pelajar Malaysia Ditelan Jerung Gergasi NZ

AUCKLAND, 22 OKT - Perwakilan Pelajar Malaysia (MSD New Zealand) hari ini dikejutkan dengan berita seorang pelajar Wellington New Zealand ditemui di dalam mulut seekor ikan jerung gergasi berukuran sehingga 16 meter. Jerung yang disabit kesalahan membunuh dengan niat tahap 1 itu dipercayai berasal daripada spesies Megalodon yang dipercayai telah pupus sejak 1.5 juta tahun yang dahulu. Namun begitu, masih terdapat saintis dunia yang masih mempercayai akan kewujudan haiwan raksasa ini berdasarkan kajian yang mereka lakukan.  Mangsa yang ditemui telah dikenal pasti oleh pihak forensik New Zealand sebagai Abam Panda , seorang pelajar jurusan BSc Psychology dan BA Educational Psychology di Victoria University of Wellington ditemui di Kelly Tarlton's: Antarctic Encounter Underwater World yang taerletak kira-kira 15 minit perjalanan daripada pusat bandar Auckland.

Antartic Blast membawa salji ke Wellington

First sekali turun salji ialah pada malam semalam di mana waktu tu aku tengah kerja mencari nafkah menyara ank bini. So, aku hanya dapat tengok salji daripada tingkat 7 perpustakaan Victoria University sahaja, Tapi memanglah boleh nampak daripada atas yang orang excited gila masa turun salji tu Okay gambar buruk sikit sebab guna Ipod Touch saje. Ini gambar semalam, tak lebat sangat, yang harini punya lebat gila. Macam blizzard pun ada. Kalau korang tertanya-tanya kenapa rakyat Wellington pelik sangat yang salji turun, korang kena tahu yang Wellington bukan tempat yang bersalji. Penurunan salji ni merupakan satu fenomena yang pelik.

Kehebatan Hero Tamil Rajinikanth Undefeatable

Hero Tamil, lebih-lebih lagi RajiniKanth, memang terkenal dengan aksi berlawan Tamil diorang yang terkenal tu. Kalau tak orang jahat patah riuk, mesti empat lima orang sekali terbang sekaligus Gambar dari Review Chandramukhi Tapi ternyata Rajinikanth memang lebih awesome daripada mana-mana hero Tamil mahupun superhero Malaysia yang tak berapa menjadi seperti Pepaya. Tengok video bawah ni

3 Contoh Irrelephant

Dalam bahasa Inggeris, irrelevant bermaksud sesuatu yang tidak berkaitan, ataupun tak patut. Menggunakan konteks yang sama, , Irrelephant adalah bermaksud sesuatu yang tidak relevan pada magnitud gajah. Sangat tidak relevan. Tapi ini definisi aku ubahsuai sendiri .  Lihat maksud lain disini Kenapa aku nak tulis pasal irrelephant ni? Sungguh tidak relevanlah topik ni pada bulan puasa! Salah, bulan ni lah paling relevan sekali kalau nak tulis apape pasal irrelephant. PENGALAMAN AKU PASAL IRRELEPHANT Zaman matrik Melaka dulu aku ada member. Selepas beberapa lama berpisah dengan penuh syahdu dan air mata (tipu) dari kolej matrikulasi, pernah sekali masa bulan puasa kami jumpa balik dan berbuka puasa bersama-sama. Member aku tu, mari bagi nama Ainan (nama tipu), bawak member dia lagi sorang. Kami malam tu berbuka di Chicken Rice Shop The Mines, Serdang.