Langkau ke kandungan utama

Catatan

Koleksi Gambar Musim Bunga Wellington 2011

Ceh tajuk macam ada koleksi gambar model kalendar pulak. Daripada tengok benda lagho tu baik kita meneroka alam sekitar yang cantik dekat bumi Wellington New Zealand ni. Apa guna beli kamera kalau tak tangkap gambar alam indah? Ah akhirnya berjaya jugak aku upload gambar dengan hasil sebenar tanpa ada pengurangan kualiti daripada Facebook ataupun Flickr. Atas ni ialah gambar bunga sakura putih yang diambil dari Wellington Botanical Garden. Jom tengok lagi gambar

Selangkah ke Alam Lembu

Okay ni kali terakhir lah aku nak panggil diorang ni lembu. Rasa macam tak baik pulak melabelkan manusia dengan makanan yang sungguh sedap. Tak layak rasanya dibandingkan burger daging sedap dengan manusia yang tak menggunakan akal sepenuhnya Apapun, ini ialah sambungan daripada tajuk Bagaimana Facebook Menukar Manusia Menjadi Lembu . Kali ni kita sambung pula ulasan pasal jenis-jenis lembu tu ya. SAMBUNGAN LEMBU #2: LEMBU MLM Okay pada isu lepas aku tak sempat nak tulis kenapa golongan MLM ni yang banyak guna fungsi nota Facebook sebagai medium pengantar nota-nota pelik, tak berasas, tahyul, dan merepek di Facebook dan kemudiannya meng-kreditkan nota yang dicuri daripada blog-blog itu ke fanpage sendiri. Sebabnya senang sahaja, bila orang rasa teruja dengan nota-nota merepek tu, mereka akan rasa ingin tahu tentang sumber asal "ilmu tersebut" Dalam psikologi, ada dikatakan yang manusia ni ialah natural informavore. Mereka laparkan informasi. Jadi, bila korang jumpa pag...

Facebook Menukar Manusia Menjadi Lembu

Dalam senarai peribahasa Melayu yang aku tahu, ada satu yang berbunyi " bagai lembu dicucuk hidungnya ". Sebenarnya aku tak pasti lah itu peribahasa, simpulan bahasa, bidalan ataupun hanya ungkapan tapi apa yang aku ingat maksudnya ialah seseorang yang hanya menurut kata-kata orang lain. Lebih kuranglah. Maka kali ini kita bercakap tentang bagaimana Facebook menukar manusia normal, atau dalam range normal (termasuklah aku), menjadi lembu. Jangan risau, semua orang berpeluang. Baca sampai habis dulu. Kalau kita tengok Facebook sekarang ni, kalau upload gambar, gedebuk seketul besar dia keluar dekat timeline. Kalau share nota ( Facebook Notes ) yang disertakan dengan gambar, maka kalau tengok dekat skrin aku, 70% akan dipenuhi dengan gambar tu, dan adalah beberapa baris ayat daripada nota yang dicakapkan. Jadi ya, bagaimanakah ciri Facebook ini menukar manusia jadi lembu? Kita bahagikan lembu-lembu ini kepada beberapa kategori

Membuktikan Kepercayaan Horoskop Bohong!

Adapun entri ini ditulis untuk menyedarkan bahayanya mempercayai kekarutan horoskop yang selalu orang dok share dan tweet secara mengkhinzir buta di Facebook mahupun di Twitter. Bagi anak-anak kecil yang tak tahu menahu apa itu horoskop, meh Abam ceritakan. Dalam setahun, orang zaman dahulukala yang mempercayai kedudukan bintang-bintang di langit semasa kelahiran kita akan menentukan apa yang akan terjadi dalam hidup kita kelak. Adapun pendapat ini telah kembali popular dalam kalangan remaja sekarang melalui kuasa penyebaran laman maya. Oh, aku lupa bagitahu korang yang kalau korang tengah login Facebook masa ni, entri ni akan collect data dari Facebook korang. Tapi jangan risau data korang takkan di-share untuk tujuan lain. Hanya untuk pembuktian hipotesis ini. Jangan marah. Apps ini tak berbahaya Tapi jangan risau, benda ni simple sahaja. Korang nampak gambar atas ni? Ini ialah bacaan horoskop aku untuk semalam. Yes, aku berbintang Taurus, lahir pulak sama tarikh dengan Sitt Al...

Lirik Lagu Pompa Besin - Jangan Lupa Namaku

Hah aku terjumpa lagu OST Drama Ramadan Terakhir. Aku tak pernah tengok cerita ni dan belum tergerak lagi nak tengok sebab banyak benda lain nak buat, sedangkan drama Tahajjud Cinta pun masih ongoing. So, maybe habiskan yang itu dulu, baru tengok cerita Ramadan Terakhir.  Tolonglah klik play kat butang atas ni sebab lagu dia sangat best. Kalau korang kenal aku dan pernah tengok Ipod aku yang dikatakan aneh tu, korang akan tahu yang aku memang jenis tak dengar lagu Melayu terutamanya lagu rock kapak sebab ianya tak sesuai dengan jiwa aku. Kalau ada pun lagu Melayu, dari Siti Nurhaliza , Noraniza Idris, dan Lagu Tradisional Gamelan Instrumental.  Anyway, ini dia lirik lagu OST Ramadan Terakhir - Jangan Lupa Namaku by Pompa Besin

Open House Aidilfitri di Wellington, New Zealand

Aku rasa mungkin ini entri terakhir untuk Aidilfitri dekat Wellington kot sebab tak de benda sangat dah yang nak diceritakan. Balik-balik makan, g sana makan, gi sini makan, memang tabiat orang Malaysia. Lainlah kalau ada funfair ke dekat open house tu barulah menarik haha. Okay merepek, sebenarnya open house(s) yang budak-budak Wellington buat pun menarik sama. Makanan, what's not to love? Okay, tribute pertama ialah kepada warga.. 91 KELBURN PARADE Tak silap aku diorang buat open house ni hari Khamis bersamaan 2 Syawal 1432H. Entah betul ke tak tahun Hijrah tu aku main hentam je. Disebabkan aku malas membuat aktiviti stalking di pagi hari, maka hanya beberapa gambar yang berjaya dijumpai. Aku nak post pasal Nasi Kerabu yang diorang buat tu. Seriously sedap. Partly maybe sebab aku tak biasa makan makanan macam tu. Yelah, kalau dekat Malaysia, dekat bazaar Ramadan tu memang sumpah aku tak pernah beli nasi kerabu/nasi dagang/nasi briyani semua sebab tak biasa makan. Tapi bila ...

1 Syawal - Aidilfitri di Wellington New Zealand

Sehari tak update blog memang tak sah walhal assignment due Selasa ni, siap dengan combo 2 tests . Takpe la kali ni tayang gambar je sebab aku malas nak siapkan semua draf yang dah taip berminggu-minggu lepas. Walaupun kami duduk di New Zealand, tapi kami juga ada semangat raya! Ye, kami raya lambat sehari. So? Kalau dekat Malaysia ada aktiviti menukar langsir sempena Raya, semalam aku ada jugak buat aktiviti tu..cumanya aku tukar shower curtain bilik air je sebab dah bertaik lalat. Kalau tengok betul-betul entah-entah taik tenuk pun boleh dijumpai agaknya. Anyway, back to photos. Gambar-gambar adalah dicuri daripada album sendiri dan juga album kawa-kawan yang dihost-kan terus dari Facebook untuk menjimatkan ruangan Picasa Google aku. Disebabkan gambar adalah dicuri daripada Facebook, maka ianya akan kelihatan pecah-pecah sikit. Dan, gambar sebelum solat sunat Aidilfitri tiada sebab sibuk bertakbir... dan solat. Duh.