Cuti summer dekat New Zealand memang tak bagus kalau digunakan untuk duduk dalam rumah layan komputer sahaja. Seeloknya amsa tu digunakan untuk bersiar-siar tak pun kerja cari rezeki. Bila aku cuti, aku gunakan masa tak bekerja tu untuk jalan-jalan menikmati keindahan alam sekeliling, seperti baru-baru ni, Wellington Rose Festival yang terletak di Wellington Botanical Garden. Masa tangkap gambar semua ni aku tak terfikir pulak nak salin nama dia satu-satu. Sibuk sangat jalan-jalan tangkap gambar sambil cium bunga-bunga yang ada. Sumpah wangi bau diorang. Rasa macam jalan-jalan dalam syurga. Ceh macamlah pernah masuk syurga. Tapi bila tengok gambar atas ni rasanya macam nak gigit-gigit je bunga tu buat makan. Geram pulak nengoknye hhaaha.
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa