Langkau ke kandungan utama

Catatan

Gambar Pelajar New Zealand Berjaya

Semua gambar adalah diambil di majlis graduasi Victoria University of Wellington yang berlangsung 13 Disember 2011. Kita dah banyak sangat baca cerita pasal student hilang kat oversea la, pelajar gagal la, apa kata kita tengok pelajar-pelajar yang berjaya, yang awesome pulak? Semua ni student Victoria University of Wellington Atas ni ialah satu-satunya gambar yang aku berjaya tangkap masa upacara penerimaan sijil disebabkan kehabisan bateri. Penerima ijazah di atas merupakan seorang student BSc (Hons) Math yang sangat awesome. Nama dia Shamimi Samsuddin dan dia ada blog di  sini  .

Website Ping Blog Baru BLOGR MY

Okay beberapa puluh bulan yang lalu aku pernah tulis pasal Gengblogger tapi website tu asyik rosak je maybe sebab ramai sangat blogger yang dok ping dan spam discussion board dekat sana agaknya. Tapi minggu lepas aku ada tweet pasal satu website ni yang aku tahu owner dia student Uniten. Well, at least masa aku ada kat sana, dia masih student Uniten. Sekarang ni aku tak tahu lah kan. Dipendekkan cerita sebagai bacan santai di hari Sabtu, ini ialah website ping blog yang baru Klik gambar untuk tumbesaran sihat Okay aku tulis entri ni berdasarkan nombor pada gambar lah ya

Logik Sains "Islam" di Page Facebook

Kalau orang tanya aku la kan sebab aku macam sentiasa ada di twitter sekarang ni, jawapannya ialah Facebook makin lama makin bosan. Benda yang sama, takde perubahan kecuali perubahan pada layouts. "Artis" tetap akan post benda yang kurang bijak (amboi sopannya bahasa aku) dan masih dapat beratus-ratus like, orang yang post benda baik tapi tak popular akan dibiarkan, dengan berapa ramai yang berdoa dekat Facebook , golongan yang mengharam dan meng-yahudikan semua benda dan yang paling aku menyampah, jenis yang share benda mengarut. Untuk pendekkan cerita, dalam Facebook, selalu tersebarnya benda-benda seperti nota di bawah ni "The scientists have proved that the voice which comes from our heart is "lub-dup". But now the analyzed that it is RUB-DUB-DUB is an Arabic words which means one who made each and everything in the universe, and who has the command on everything. That is "Allah". So it means every heartbeat every heartbeat says "Allah, A...

RIP Blanket Man 1957-2012

Pagi ni selepas aku terbangun daripada tidur yang penuh misteri (sebab aku tak tahu macam mana aku boleh tertidur), benda pertama yang aku check ialah jam, kot-kot terlepas Subuh ke. Lepas periksa jam dan masih ada beberapa minit untuk mengeliat macam kucing, maka benda yang wajib diperiksa lepas tu ialah twitter aku dekat Ipod. Di bahagian "news" ada berita yang buat aku terkejut, Blanket Man dah mati. Untuk pengetahuan korang, Blanket Man ni kira macam icon Wellington sebab kalau korang pernah jalan-jalan dekat city Wellington ni, akan nampak mamat dalam gambar dekat atas ni duduk dekat kaki lima dan kawasan-kawasan traffic lights. Dia hanya pakai cawat dengan sehelai selimut, sebab tu dipanggil Blanket Man. Bayangkan suhu dekat sini yang sejuk gila %^&%^&*^&, dia boleh tidur dekat luar dengan pakai cawat dan sehelai selimut je. Kalau aku dah mati dah Dan ya, petang semalam (Ahad 3.35pm) dia menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun disebabkan penggun...

Jenis-Jenis Fobia Yang Pelik

Fobia adalah salah satu subtopik dalam Abnormal Psychology yang aku belajar 2 tahun lepas jadi sebelum aku tunjuk jenis-jenis fobia pelik mengikut pilihan aku, jom kita belajar sikit apa tu fobia. Fobia ( Phobia) ialah perasaan takut yang amat sangat, melampau dan selalunya tak patut pun ada kalau dibandingkan dengan tahap benda yang korang takut tu. Sebagai contoh, kawan korang takut gila dengan darah, walhal tak patut pun sebab bukannya darah tu boleh gigit dia. Faham? Okay tu maksud fobia secara general. Dan selain tu korang kena tahu jugak yang untuk sesuatu benda tu di-diagnos sebagai "fobia" dia kena mendatangkan ketakutan yang super sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian. Contohnya, ablutophobia, takut mandi/bersihkan diri akan menyebabkan orang busuk lalu takde sape nak dekat. Asalkan ketakutan tu boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, emosi, atau sosial seseorang, benda tu boleh jadi fobia. Untuk diagnos masalah korang, sila berjumpa psikiatri yang b...

Hantu Toyol Asrama KUSESS 2005

Okay disebabkan hari tu punya cerita Kisah Hantu Unik yang berlaku dekat KUSESS macam dapat respon baik daripada junior-junior yang aku tak kenal, kita sambung lagi cerita hantu kat sekolah yang aku sendiri alami tapi seperti yang aku cerita masa entri lepas, aku tak percaya wujudnya hantu ni. Ini lebih kepada pengalaman misteri KISAH TOYOL MENGGANAS 2005 Pada entri lepas aku ada cerita yang setiap tahun ganjil, sekolah aku mesti ada mass hysteria pasal hantu hantuma hantum ni. 2005 ialah tahun form4 baru masuk. Budak sebelah katil aku, kita namakan Mael (nama sebenar hampir sama), ialah student baru masuk dorm Cengal 3 dan dia duduk katil bawah. Kami guna katil double-decker time tu tak taula sekarang dah guna katil kapal terbang ke apa. Katil aku sebelah dia je tapi belah atas. Masa tu sekolah memang tengah kecoh lah ada kes toyol mencurik. Duit hilang la apa la tapi aku yakin yang mencurik tu manusia. Manusia punya susu toyol dapat nama. Kesian toyol. Maka sekolah aku telah me...

BUTOH - Apakah Itu?

Tadi masa aku kerja susun-susun buku bersaiz super gajah, aku terjumpa satu buku ni yang cukup menarik perhatian. Tajuk nama buku tu ialah BUTOH dan memandangkan aku masa tu dah tahu apa benda butoh maksudnya dalam bahasa orang kita, terasa nak tahu lah jugak apa benda buku ni? Kompilasi gambar kemaluan orang lelaki dari zaman batu ke alaf 2011 ke apa? Korang tengok la cover kulit dia ni, agak-agak cerita pasal apa? Maka disebabkan aku ni agak Informavore orangnya, aku pun selak la buku tu sehelai demi sehelai. Sebenarnya banyak buku dekat tempat kerja aku ni yang pelik-pelik tapi tu lah, bila balik rumah dah malas nak update blog. Bukannya penat pun tapi sebab takde mood. Anyway, berbalik ke cerita BUTOH kita tadi, tajuk buku ni ialah BUTOH- Dance of The Dark Soul. Kalau korang baca buku ni, akan terasa macam masuk dunia hantu, or at least dunia ajaran sesat. Sebab gambar-gambar dalam buku ni ialah seperti berikut...