Langkau ke kandungan utama

Catatan

Teori Empati Berganda Autisme

Beberapa lama dulu aku ada tengok satu video ni tentang perspektif lain yang kita boleh ambil berkenaan individu yang ada autisme. Antara isi yang perlu dititikberatkan oleh pembentang dalam video itu ialah berkenaan "ketidakupayaan" atau disability Selalu kita lihat disability ini sebagai satu kata sifat, satu keadaan yang mana menunjukkan seseorang itu adalah tidak upaya untuk berfungsi dalam kehidupan sehariannya. Memang itulah tanggapan kita selama ni, kan? Bila orang tu tak boleh bertutur atau berkomunikasi macam kita, jadi dia mungkin tidak upaya dari segi pertuturan. Dalam kata lain, apabila dibandingkan dengan kebolehan kita, golongan normal atau neurotipikal ini, mereka adalah golongan kurang upaya yang tidak mencapai tahap dan tanggapan yang kita tetapkan untuk mereka. Tapi, macam mana kalau kita melihat keadaan golongan-golongan neuro-pelbagai ini sebagai mereka yang dijadikan tidak upaya disebabkan oleh persekitaran dan diri kita sendiri? Adakah golongan neuro-pel...

Marah Apabila Dituduh Bersalah

Semasa waktu peralihan kelas, Ali lewat keluar disebabkan dia memerlukan waktu untuk mengemas alatan yang diperlukan. Selepas kira-kira 3 minit, Ali pun tiba di makmal untuk mengikuti kelas Sainsnya di sekolah. Selepas 2 jam, rakannya, Ah Chai, telah kehilangan wang yang disimpan dalam beg. Disebabkan Ali yang terakhir keluar dari kelas, maka dia disoal siasat oleh Cikgu Devi. ------- Cikgu Devi: Ali, awak lambat keluar kelas, kan? Mesti awak yang ambil duit Ah Chai, kan? Mengaku cepat!! Ali: Berapa kali saya nak cakap saya tak ambil! Saya tak ambillah!! -------  Ali menghempas meja dan perbuatannya ditafsirkan sebagai bersalah. Yalah, kenapa lagi Ali perlu mengamuk sekiranya dia tak buat apa yang dituduh keatasnya?  Situasi macam ni mungkin pernah anda temukan di tempat anda baik di sekolah, tempat kerja, mahupun di rumah sendiri. Sekiranya anda tak pernah jumpa, alhamdulillah saya ucapkan. Tetapi, kerap kali emosi marah yang kita tunjukkan ketika kita dituduh ditafsirkan seb...

Sebab Kenapa Down Syndrome Jarang Kurus

Baru-baru ni negara kita digemparkan tentang kisah seorang anak khas bernama Bella yang diambil jadi anak angkat oleh seorang pengasas rumah kebajikan yang rupanya tak berdaftar pun. Tapi masa mula-mula tengok gambar Bella yang dirakam oleh individu yang bergelar "mummy", aku rasa terkejutlah sebabnya selain luka-luka di tangan dan badan yang kononnya terkena air panas, amatlah tak logik untuk Bella bertukar menjadi kurus sebegitu dalam tempoh yang singkat. Selama aku bekerja dengan anak-anak khas ni, banyak kali juga berurusan dengan kanak-kanak yang ada Down Syndrome. Aku bukan nak meniupkan angin stereotaip tapi biasanya kanak-kanak DS yang kita jumpa mempunyai ciri muka yang unik, berkulit cerah (di Malaysia), dan mempunyai tubuh badan yang gempal. Kalau kita nak kata Bella tengah diet pun amatlah tak logik sebab ada laporan dari sini yang mengatakan Bella makan nasi goreng dengan lahap apabila diberi makan oleh jururawat yang memeriksanya.  Kebiasaannya, yang ada DS ni ...

Diari Konsultasi 1 - Boleh ke Sekolah Buang Murid ke PDK?

Antara isu yang selalu dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang juga merupakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ialah dipaksa untuk menandatangani dokumen bahawa mereka bersetuju untuk memasukkan anak mereka ke pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) secara sepenuh masa . Kes ini sebenarnya pernah kami kendalikan kerana terdapat kekeliruan tentang pemahaman berkenaan isu ini. Jadi, soalannya ialah: Boleh ke murid sekolah kerajaan dimasukkan ke dalam PDK secara sepenuh masa? Sebelum menjawab soalan ini, ada beberapa perkara yang kita perlu takrifkan di sini supaya fokus kita tak lari, dan kefahaman kita berkenaan isu ini tinggi. OKU = Orang Kelainan Upaya. Apabila OKU bersekolah dan berada dalam lingkungan umur 4-19 tahun, mereka digelar MBK MBK = Murid Berkeperluan Khas. Sudah ada perakuan pengamal perubatan yang bertauliah dan layak untuk memberikan diagnosis PDK = Pemulihan Dalam Komuniti. Tempat untuk OKU tidak mengira umur untuk menerima khidmat tertentu supaya mereka dapat mengur...

Rahsia Mengawal Diri Sendiri

Hari ni tak banyak kerja sangat dan minggu depan pula hanya melibatkan aku menyampaikan 1 mesyuarat dan 1 bengkel pendidikan. Selepas berminggu-minggu lamanya barulah aku ada ruang untuk tulis satu artikel untuk blog yang dah lama aku tak sentuh ni. Sekarang aku cuba nak terapkan tabiat baru dalam kehidupan seharian aku - iaitu dengan mendengar ceramah motivasi atau ilmiah masa memandu ke pejabat. Perjalanan dari rumah ke pejabat mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit maka aku ada masa yang cukup untuk mendengar 1 ceramah TedTalk dan sebagainya Jadi pagi ini aku pun buka Youtube dan dengarlah ceramah apa yang ada di situ terutamanya yang berkaitan dengan tingkahlaku dan perilaku manusia sebab itu bidang profesional aku. Disebabkan aku keluar rumah agak lambat, maka tersangkutlah aku dalam kesesakan jalanraya luar bandar di Sabah dan dapatlah aku dengar 2 TedTalk. Tak adalah buang masa dan menyebabkan aku berada dalam keadaan stress, kan? Satu video adalah berkenaan Sokongan Tingkah...

Bab Baru

Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah aku masih bernafas di muka bumi dengan rezeki yang mencukupi untuk anak dan isteri. Untuk pengikut blog ni dari 2006 lagi, aku tak pasti kalau kamu masih ada yang membaca tulisan aku sebab penulisan pun berhenti pada tahun 2018 atas sebab-sebab tertentu. Selepas 5 tahun aku bertugas sebagai guru pendidikan khas, akhirnya jawatan itu telah dilepaskan dan aku beralih ke bidang yang masih relevan tetapi sedikit berlainan. Rasanya tak perlulah aku kongsikan di sini jawatan aku sebab aku rasa itu adalah satu maklumat sensitif yang perlu dirahsiakan. Tapi apa yang kau orang perlu tahu ialah dalam bab baru blog ni, aku akan berkongsi maklumat dan pengalaman yang melibatkan psikologi secara santai sahaja dan akan ditulis dalam Bahasa Melayu dengan sebaik mungkin. Jadi, fakta psikologi dan pengalaman semasa bertugas akan menjadi tema utama dalam penulisan santai aku. Untuk pembaca lama, selamat kembali. Untuk pembaca baru di zaman yang orang dah...

Proofreading Quotation

Please fill in the form below to estimate the cost for your document. Terms and conditions: The fee shown in the form above is an estimated cost. Actual cost may vary. 50% deposit must be paid before any date is reserved and any work could be done. The rest must be cleared before the finished work is returned to the customer. Request for receipt/invoice/confirmation letter must be made upon booking. Late request will incur a fee of RM20. This is for me to allocate time to make a late receipt. Proofreading is something I do on the side. Therefore, I am not certified to proofread documents that will legally hold me responsible for any mistakes. But, do ask! Sometimes I like to live dangerously too. Fee variation depends on urgency as I would have to sacrifice my sleep and rest hours to check on your document. Therefore, I strongly suggest that you finish writing up your documents 2 weeks before submission date line. Fee is based word count and never on page count because I...