Langkau ke kandungan utama

Catatan

Antartic Blast membawa salji ke Wellington

First sekali turun salji ialah pada malam semalam di mana waktu tu aku tengah kerja mencari nafkah menyara ank bini. So, aku hanya dapat tengok salji daripada tingkat 7 perpustakaan Victoria University sahaja, Tapi memanglah boleh nampak daripada atas yang orang excited gila masa turun salji tu Okay gambar buruk sikit sebab guna Ipod Touch saje. Ini gambar semalam, tak lebat sangat, yang harini punya lebat gila. Macam blizzard pun ada. Kalau korang tertanya-tanya kenapa rakyat Wellington pelik sangat yang salji turun, korang kena tahu yang Wellington bukan tempat yang bersalji. Penurunan salji ni merupakan satu fenomena yang pelik.

Kehebatan Hero Tamil Rajinikanth Undefeatable

Hero Tamil, lebih-lebih lagi RajiniKanth, memang terkenal dengan aksi berlawan Tamil diorang yang terkenal tu. Kalau tak orang jahat patah riuk, mesti empat lima orang sekali terbang sekaligus Gambar dari Review Chandramukhi Tapi ternyata Rajinikanth memang lebih awesome daripada mana-mana hero Tamil mahupun superhero Malaysia yang tak berapa menjadi seperti Pepaya. Tengok video bawah ni

3 Contoh Irrelephant

Dalam bahasa Inggeris, irrelevant bermaksud sesuatu yang tidak berkaitan, ataupun tak patut. Menggunakan konteks yang sama, , Irrelephant adalah bermaksud sesuatu yang tidak relevan pada magnitud gajah. Sangat tidak relevan. Tapi ini definisi aku ubahsuai sendiri .  Lihat maksud lain disini Kenapa aku nak tulis pasal irrelephant ni? Sungguh tidak relevanlah topik ni pada bulan puasa! Salah, bulan ni lah paling relevan sekali kalau nak tulis apape pasal irrelephant. PENGALAMAN AKU PASAL IRRELEPHANT Zaman matrik Melaka dulu aku ada member. Selepas beberapa lama berpisah dengan penuh syahdu dan air mata (tipu) dari kolej matrikulasi, pernah sekali masa bulan puasa kami jumpa balik dan berbuka puasa bersama-sama. Member aku tu, mari bagi nama Ainan (nama tipu), bawak member dia lagi sorang. Kami malam tu berbuka di Chicken Rice Shop The Mines, Serdang.

Kuih Tunjuk dan Kuih Menunjuk-nunjuk

Di Malaysia, asal bulan puasa aje, ada bazaar, asal Ramadhan je, ada bazaar. Bagi mereka yang berasal dari planet Marikh, bazaar Ramadhan tu tempat orang berjual beli makanan lah. Kalau malas memasak, bolehlah membuang duit anda disitu di samping memperbaiki tahap ekonomi makcik-makcik yang berniaga disana. Juga boleh melihat anak muda berpasangan berpegangan tangan sambil memilih juadah berbuka. Tapi itu cerita lain Di Malaysia juga ada 2 jenis kuih yakni kuih tunjuk di mana bermaksud kuih yang diperolehi hanya dengan menunjukkan jari telunjuk  atau ibu jari anda dengan kata hikmat "Mak cik, saya nak kuih tu lapan biji". Maka, nescaya makcik itu akan membungkuskan kuih serentak dengan korang menghulurkan duit bayarannya. Akan tetapi, kalau korang menunjuk dengan menggunakan jari yang salah, maka nescaya makcik itu akan menampar korang dengan menggunakan kuali goreng pisangnya Kuih jenis kedua ialah kuih menunjuk-nunjuk. Kuih ni hanya wujud di alam maya dan tak dapat

Header Sokongan Harimau Malaya Untuk Blogger

Okay short update. Aku dah 20 minit buat benda ni je so aku tak nak spend lagi banyak masa untuk tulis entri post. Korang tau kan malam ni skuad negara menentang Singapura dekat Stadium Nasional Bukit Jalil kan? Malam ni confirm timeline twitter sesak lagi Dari 20 minit lepas aku cuba buat ehader yang lawa kononnya untuk support game malam ni. Walaupun tak dapat menghadirkan diri di Stadium Nasional Bukit Jalil tapi entah aku rasa puas hati kalau dapat letak header blog sokong Harimau Malaya. Benda least aku boleh buat kot dalam menyampaikan hasrat untuk menyokong skuad negara walaupun match bola lain aku haram tak tengok. Anyway, aku ada save file yang belum bertulis nama blog aku untuk korang edit, dan buat header sekali. Setakat letak nama blog sendiri bukan susah pun. Ada dua versi, versi file PSD untuk photoshop, dan JPEG untuk orang yang nak guna Photoscape

Pak Pandir Facebook Mendapat Iphone Percuma

Menjelang raya lah sangat walhal puasa pun belum masuk apekes la manusia kat Malaysia ni. Apesal aku kata Malaysia? sebabnya aku takde member pak Arab so aku tak tahu diorang suka celebrate bulan yang mana. Dengar cerita diorang merindui bulan Ramadhan sangat-sangat. Aku rasa aku tahu sebabnya tapi disebabkan malas nak bertanya sekarang ni, aku suggest korang tanya kawan-kawan yang tahu Dah lama aku tak menyerang di slot Kajian Kes Facebook kan? Dah episod 37 dah pun.. Berbalik kepada puasa dan raya, mesti para bapak di luar sana memikirkan macamana nak balik menghadap bini dengan muncung tahap boleh sangkut baju sebab si bapak takde duit nak beli langsir baru, kereta baru, sofa baru, TV Plasma. Baju baru, itu baru, ini baru, Johor Baharu.. Si ibu pulak disebabkan nak mendapatkan wang lebih, maka bersengkang mata mencari lobang-lobang yang boleh membuatkan duit dengan pantas dan lumayan. Ini tidak termasuk menurun nombor ekor atau mengangkung kerana hantu setan semua kena ikat.

Video Autism Carly Yang Berhabuk

Okay semester 2 2011 di VUW dah bermula dan sem ni aku ada azam baru di mana 8 am ke 5 pm aku taknak bukak blog. Mungkin dengan cara ni aku boleh score gred yang lagi bagus berbanding sem-sem lepas. Insya-Allah Anyway, semalam ada kelas EPSY342: Diverse Learners di mana nombor 3 dalam nama subjek tu menandakan ianya untuk pelajar tahun ke-3 tapi aku masih tahun ke-2 sebab hobi aku memang tarik subjek tahun depan masuk tahun ni. Dalam separuh masa kedua semalam, kami belajar sikit-sikit pasal autism Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 2010, ASD (Autism Spectrum Disorder) berlaku kepada hampir 0.9% populasi dunia. Dalam kata lain lah kan, kalau dalam 1 bilik ada 110 orang kanak-kanak, ada kebarangkalian bahawa 1 daripada mereka ada autism AUTISM TU APA ABAM PANDA? Autism itu ialah sejenis gangguan mental dan bukannya sejenis kuih.Selalunya diiringi oleh simptom-simptom kecacatan lain seperti ADHD dan sawan. Kalau nak cerita dalam blog memang terlalu panjang! Apa kata korang