Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kami Orang Dewasa yang Comel

Pada suatu pagi yang sejuk dan bersuhu 10C tahap membunuh, disertakan pulak dengan hujan separa lebat, berkumpullah sekumpulan orang dewasa dalam Dewan Student Union Victoria University of Wellington, New Zealand.  Ada yang datang untuk bersuka-ria, dan ada yang datang hanya untuk menketedarah disebabkan lapar yang melampau-lampau di musim Winter ni. Namun apa yang pasti, mereka datang dengan tema yang sama iaitu mahu bersukaneka; iaitu bersukan yang beraneka. In case korang buta warna, atas ni ialah ahli rumah kuning (dan oren) Acara 1: Lari kakitiga (tidak disponsor oleh minyak angin cap 3 kaki) Acara ni dimenangi oleh kumpulan kuning (dan oren). Walaupun ada yang tergolek, dan sampai ulang 2 kali, namun kami tetap juga menang dengan selisih masa yang besau. Penulis blog telah di pasangkan dengan brader yang besau tu so lari tadi ada sikit mau terjingkit-jingkit la sebab dia tinggi sangat   Acara 2: Sesi memutihkan muka dengan bedak cap tepung budget Bila muka dah puas ja...

Hari Mendung Diiringi Senyuman

Hari ni aku ponteng banyak kelas sebab nak siapkan assignment yang sepatutnya due pukul 3 petang tadi. Dahlah dah 2 malam tak cukup tidur disebabkan nak siapkan lab report Psychology, ni nak kena hantar assignment Mathematics pulak. So ada soalan taktau buat, kenala menuntut dengan Abe Kay student honors Math. Tengah-tengah buat assignment kat Cotton Building (gambar) ni, tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi. " Attention to everyone, please evacuate the bulding". Maksudnya " Woi korang, cepat berambus keluar dari bangunan ni". Sebabnya? Nak buat latihan kebakaran. Latihan abah dia. Last-last haramjadah assignment yang separuh siap je aku hantar. Balik-balik aje 'rumah kedua' aku, terus bukak laptop, main DotA. Tak larat dah nak main rugby sebab dah 2 malam tdo melayan assignment. Tengah-tengah main dota, tiba-tiba ada sekumpulan manusia jelita sampai rumah. Dan....(play lagu please) Haa ni diaa. Surprise Party dari abang-abang dan kakak-kakak di New Ze...

Mari abang Mari kakak Pasar Malam NZ

Hari ni kami pelajar Wellington di New Zealand dengan berjayanya telah menjalankan 1 aktiviti yang best iaitu pasar malam. Sangatla terubat kerinduan kami kat makanan Malaysia. Yelah, kat mana nak carik Laksa Penang disini? Kat mane nak cari Apam balik? Mi bandung? haa Haa tu dia Encik Bob dan kroni menjual mi bandung beliau yang tetiba tak cukup kuah di akhir bekas haha. Kerja aku hari ni ialah pegi gerai orang dan menyemak tolong jual sekali sebab geraiku dah beress. Laksa Penang dengan bubur jagung weh. Maunye tak habis? Korang pun nampak disebalik gambar aku (kanan) dan rakan-rakan, belakang tu semua pengunjung yang lain. Ramai kot tadi. Macam-macam ada jual. Dari makanan, barang letrik terpakai, dan jugak tudung, semua ada haha. Kecuali alat permainan seperti DinDang dan Tora mmgla xde Baju merah kiri ni ialah z@ck  . Dia kejam sebab takmoh belanja aku. Blah la zack. Boo hahahah. Dan, bukan nak kata orang Malaysia je yang datang pasar malam tadi, Kiwi pun adaa.. T...

Ip Man 2 : Terangkat!!

Hari ni aku telah berjaya buat assignment sambil tengok movie Ip Man 2. Menonton movie memang berjaya tapi tang buat assignment tu kurang berjaya sikit. Masih ada 10 item untuk diselesaikan. Apepun, moh review sikit. Movie Ip Man 1 Ip Man 2 Objektif Lawan Jepun Lawan British Nilai-nilai Sejarah gila Ada emosi dan lawak-lawak Daya tarikan Haramm takde Ada Sammo Hung dan Fei Mau Ending Macam tak clear Clear gila. Tengok sendiri Bagi mereka yang pernah tengok Ip Man 1, pasti tahu betapa hebatnya skil Wing Chun mamat ni. Dia ni tak kurang hebatnya berbanding Wong Fei Hung dengan Huo Yanjia. Semua movie kungfu aku layan. Dalam Ip Man 2, British dah hambek alih Hong Kong dan Ip Man pulak tengah bergelut nak selesaikan masalah kewangan dia dengan membuka dojo dia sendiri. Start daripada tu barula masalah muncul. Nak tahu apa masalahnya silalah tengok di pawagam yang berhampiran. Aku tak bleh tengok kat pawagam sebab dokto...

Virus Internet Mengganas.

Teringat zaman aku main friendster dulu, ada orang hantar mesej dan komen-komen (zaman tu dipanggil testimonial) yang ada gambar bogel. Takpun mesej tu mesti ada link ke video 'best'. Bagi makhluk-makhluk horny, terutamanya sex hunter yang dahagakan kasih sayang, konfem dia klik link tu. Yang waras pun akan klik apatah lagi mereka tu. Dah banyak application pelik-melik yang ada kat facebook. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada pengguna facebook yang penuh rasa ingin tahu, virus seumpama ini menular dengan sangat hebatnya. Antara yang selalu nampak, Ialah hantar video wall to wall dengan Media Frame . Haa apekejadah? Kau tengok video awek tungging-tungging, dengan caption "There's no doubt that this is the sexiest video ever" (tak syak wasangka lagi, ini video paling seksi), orang akan klik, dan secara automatiknya dia hantar ke wall friends ko. Update: Benda seumpama ni mungkin telah diblock oleh developer fb sebab dah tak jumpa dah bila nak buat screensh...

Psikologi Bahasa Melayu dan Maori

Dah lama rasanya aku tak buat entry berkaitan psikologi walhal itulah subjek yang aku belajar di New Zealand ni. Blog tu hidup jugak tapi belajar janganlah dilupakan. Dan sambil belajar kita boleh berblog juga kan? Taklah nampak personal sangat blog aku. Merujuk pada tajuk, kita bukan nak bercakap pasal Budi Bahasa Budaya Kita yang tak pernah dipraktikkan tu, tapi kita nak belajar beberapa perkara menarik tentang bahasa. Dalam kuliah hari tu, Assc Prof Ann Weatherall cakap yang bahasa sememangnya sesuatu yang berasaskan budaya dan bangsa. Maksudnya macam Orang Malaysia ada Bahasa Malaysia, dan orang HongKong ada bahasa Kantonis. Yang menariknya, bahasa terdiri daripada 2 komponen Haa mesti korang xpaham apekejadah dalam diagram tu kan? Signified : Nama apa yang kita beri nama pada sesuatu benda tu Signified : Ciri-ciri sesuatu objek yang menyebabkan kita panggil nama sesuatu benda tu.  Signified : Nama apa yang kita beri pada sesuatu benda tu Signifier : Ciri-ciri s...

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep4

Setelah selesai main Woof Woof  kami pun bertolaklah balik. Dan sekali lagi, aku balik dengan menaiki motosikal. Kalau amalkan hari-hari boleh kerja kat strip bar la. Menonggekkan punggung. Selepas hampir sejam kami ber vroom vroom, sampailah ke destinasi terakhir percutian kami iaitu Eastbourne. Disini, haruslah kau orang dengki lagi buat sekelian kalinya. Makan time!! Apa yang kami makan eh? Okeh kengkawan, menatang atas ni nama dia Mussel tau. Kriteria dia sama je dengan kerang/kepah/lala (bivalve family -biology) iaitu mempunyai cengkerang dan isinya boleh dimakan. Benda ni kami kutip banyak gilaaa sampai penuh chiller dengan 3 bekas ijo tu. Tu pun rasa nak kutip lagi sebab banyak sangat dan besar-besar. Sedap gile oi. Kalau nak kutip, dia hidup kat celah-celah batu dan kawasan yang ade rumpai terapung. Dalam perjalanan membawa hasil tangkapan kami ke medan bersantap, ternampak pulak makhluk tuhan paling seksi ni. Maka tak perlu tanyalah, kami dengan rakusnya bergilir-gilir ...