Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pantun Realiti Facebook

Harini saya tiada mood untuk publish tulisan panjang-panjang jadi mari kita jadikan harini sebagai hari santai. Minggu depan dah mula kelas dah adoih! Takpe 3 subjek je untuk trimester ni. Sekian. Ada lagi sebenarnya tapi aku malas nak bagi orang scroll banyak sangat. Mungkin lain kali kita buat Pantun Facebook 2? Haha

Amalia Alias - Artis Cover Korea dari Jepun buatan Malaysia

Aku rasa kalau korang dah baca Blog Milimilo yang comel tu, mesti korang ada ternampak pasal awek ni kan? Minta maaf kalau skil photoshop aku tahap cimpanzi tapi ni je aku mampu fikir dan buat masa tulis entry ni. Daripada lu orang pergi tengok video youtube made by some pre-pubescent ladies yang berlumba-lumba melalak lagu Bruno Mars dengan gitar, baik tengok the real talent dalam arena cover song youtube ni. Tak pernah tengok? Meh tengok sedas. Aku ternganga masa tengok video ni sebab suara diorang sangat sedap nak-nak pulak part Korea walaupun aku tak paham sepatah haram depa nyanyi apa.. Sedap tak? Sedap tak? Seriously korang boleh tau aku bukan jenis yang baca novel cintan cintun Ahadiat Akashah mahupun jenis yang tengok Twilight Saga. Tapi lagu ni ialah exception lah sebab berjaya membuatkan aku tengok sampai habis. Vokal sedap, video lawa. Tahniah kepada Si Penyanyi Amalia Alias dan juga tukang buat video. Okay jom berkenalan sikit dengan awek ni. Menurut skill stalk...

Battle of The Fans

Petang 22 Febuari 2011 di Wellington taklah secerah semalam. In fact, 1 harini sangat gelap dan suram mungkin mengiringi hati aku yang penuh bermacam-macam soalan ni. As sastera as it sounds, salah satu benda yang bermain dekat fikiran aku ialah... Disebabkan aku ni bukanlah mat sastera tapi hanyalah blogger berlidah puaka, maka harini aku memepersembahkan korang dengan Kajian Kes Facebook 30: Battle of The Fans. Korang tahu Battle of  the Bands kan? di mana band-band muzik naik atas pentas dan menyanyi, ada yang melalak, ada juga yang menyanyi macam suara penagih dadah; cuba mempersembahkan lagu terbaik mereka untuk melariskan jualan album dan juga menunjukkan siapa yang terbaik. Itu dunia muzik. Industri muzik. Apa yang kita ada dekat dunia Facebook? Pendapat peribadi aku mengatakan benda ni sungguh tak matang. Macam budak-budak. Bukannya semua pengundi ada Facebook. Tambahan pulak perlu ke dalam page tu nak maki-maki parti lain? Sebar fitnah? Jangan ingat Pakatan Rakyat j...

Pahlawan Berbaju Besi Wellington

Semalam aku langsung tak boleh nak blogwalking disebabkan aku menjalani kehidupan sebagai manusia. Maka maksudnya aku life-walking; iaitu berjalan jalan menghirup udara segar sambil menjalani kehidupan yang best di New Zealand ni. Pagi-pagi tu lagi dah janji dengan member nak pergi pukul 7.50 am tapi disebabkan Ipod aka alarm clock aku tercucuk dekat headphone pulak maka alarmnya taklah berapa kuat didengari. Dengan itu, aku terbangun lambat dan aku suruh diorang pergi dulu. Bila sampai kat kaunter tiket keretapi, aku pun terus naik keretapi terbabit tanpa disedari yang aku dah salah naik train. Dah sejam naik baru perasan. Dah sampai terminal dah pun Itupun lepas makcik baik hati kat atas ni sembang-sembang dengan aku. Dalam setengah jam jugakla kami sembang baru aku tau yang aku sesat. Setengah jam tu dia asyik cakap aku ada great hobby la, hensem la, fotogenikla, Malaysia la..macam-macam lah. Last-last aku tangkap gambar dia sebab faham-faham je la dia memang nak suruh aku tan...

Tips Blogger Popular dalam 24 Jam.

Korang jangan risau, ini bukan tips tipu punya tapi memang betul berkesan. Anda dijamin dapat baclink berpuluh-puluh, dan trafik yang beribu. Kalau tak percaya tak apalah tapi jangan pergi dulu, anda baca di bawah ni. *Sambil buat gaya ejen MLM * Merujuk kepada Tips Blogging Popular 30 Minit Episod 2 , salah satu point aku ialah membuat entri-entri yang mengundang kontroversi dan mereka yang dah lama menjadi pembaca berdaftar dan pembaca senyap aku pasti tahu yang point-point tu berunsurkan sarcasm  yang mana definisinya tentu penganut fahaman pro-HSKLBK faham dengan tepat. Selama ni aku selalu rasa macam "Hek eleh, saja nak trafik la mamat ni buat entri camtu". Hari semalam, aku cakap "eh, terkena batang hidung sendiri" lol. Tapi percayalah, percayalah sayang, aku memang movie-holic dan suka buat review. Pergi tengok kat butang "Download Movie" kat tabs atas tu ada berapa movie aku dah review? Betul, aku memang teringin nak jadi famous macam Liyana...

Pandangan saya tentang header blog

Dalam dunia blog, header ialah antara satu benda yang paling penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan berblogging kita. Antara fungsi yang diletakkan pada header ialah memberi impression ataupun pandangan pertama terhadap nilai atau ciri sesuatu blog tersebut. Maksud aku disini ialah, kalau blog korang awal-awal dah menunjukkan muka korang yang separa cute tu, maka secara automatiknya akan ada 3 golongan pembaca yang wujud berdasarkan header korang tu. “Cun/hensem gila woh mamat ni. Mari kita follow beliau lalu memuji semua hasil tulisan beliau “Ahh ni konfem blog camwhore ni. Malas gua nak baca” “Pedulik hapa aku dengan header ni. Yang penting ialah content ” Untuk point pertama, header yang menayang muka. Setiap kali aku masuk blog macam ni, antara isi penting dalam blog tersebut ialah blog yang membuat tutorial mekap, tutorial shawl, tutorial membeli belah, berjimba dan bermacam lagi. Aku paling tak boleh belah kalau nama blog dan description blog tersebut cub...

Salahkah aku menjadi bukan anonymous

Sekarang sudah masuk waktu fardu Asar bagi Wellington City New Zealand dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.  Ayat di atas merupakan satu penipuan besar sebab sekarang pukul 8 malam dan waktu Maghrib akan masuk tak lama lagi sekitar 8:27 pm. Jadi sebelum aku solat Maghrib, mari melepaskan apa yang terbuku dalam hati sejak 2-3 hari lepas akibat kesibukan yang melanda diri disebabkan exam. Eh, annoying gila ayat bersambung-sambung aku. Korang tak pening ke baca? Okay harini aku nak merapik pasal komen. Malas dah nak sentuh pasal anonymous sebab dah ramai sangat cerita pasal pengomen tanpa identiti tu. Alah apa susah, chill sudah..tak payah layan. Jimat masa korang. Tapi kali ni aku nak cakap pasal para pengomen yang sudi bagi komen jujur tanpa menggunakan identiti anonymous. Dalam kes ni, akulah insan terbabit. Korang nampak gambar pertama? Itu namanya kotak komen. Komen lah apape pun, nak caci ke, nak setuju ke aku tak kisah asalkan bawak hujah bernas. Tapi, kalau kora...