Setelah selesai main Woof Woof kami pun bertolaklah balik. Dan sekali lagi, aku balik dengan menaiki motosikal. Kalau amalkan hari-hari boleh kerja kat strip bar la. Menonggekkan punggung. Selepas hampir sejam kami ber vroom vroom, sampailah ke destinasi terakhir percutian kami iaitu Eastbourne. Disini, haruslah kau orang dengki lagi buat sekelian kalinya. Makan time!! Apa yang kami makan eh? Okeh kengkawan, menatang atas ni nama dia Mussel tau. Kriteria dia sama je dengan kerang/kepah/lala (bivalve family -biology) iaitu mempunyai cengkerang dan isinya boleh dimakan. Benda ni kami kutip banyak gilaaa sampai penuh chiller dengan 3 bekas ijo tu. Tu pun rasa nak kutip lagi sebab banyak sangat dan besar-besar. Sedap gile oi. Kalau nak kutip, dia hidup kat celah-celah batu dan kawasan yang ade rumpai terapung. Dalam perjalanan membawa hasil tangkapan kami ke medan bersantap, ternampak pulak makhluk tuhan paling seksi ni. Maka tak perlu tanyalah, kami dengan rakusnya bergilir-gilir ...
Bukan Psikologis. Bukan Cikgu. Bukan Superman. Menulis Untuk Berkongsi dan Elakkan Diri Sendiri Lupa