Langkau ke kandungan utama

Catatan

Teknik Elak Tantrum Anak di Pasaraya

Assalamualaikum mak pak semua. Antara masalah besar bila kita ada anak berumur 2 tahun ke atas ni ialah bila kita bawa ke pasaraya. Masa kita tengah pilih sayur atau tengah berbaris nak bayar tulah tiberr anak capai cekedis untuk dibawa balik ke rumah, berlari sana-sini sedangkan kita ni nak jaga kesihatan oral (mulut dan gigi) dia dan keselamatan dia. Kalau tak dibagi, meraunglah dia atas lantai tu dan lagi teruk kalau dibaling-balingnya barang di rak sampai rosak. Nota tambahan: Cekedis dan gula-gula bukan sahaja merosakkan kesihatan oral anak anda malah adalah perosak tingkahlaku dan perkembangan otak anak-anak. Jadi, apa yang kita sebagai mak pak boleh buat ialah dengan menggunakan satu bahan ajaib yang jarang digunakan orang sejak kemasyhuran penggunaan telefon pintar ni iaitu senarai membeli-belah atau bahasa mad sailornya - shopping list. Disebabkan anak aku baru berumur 3 tahun, maka aku gunakan gambar seperti contoh di bawah. Cara-cara gunakan senarai untuk kanak-kanak berumur...

5 Cara Menangani Isu Tantrum

Hai mak pak dan cikgu semua! Korang mesti ada pengalaman berhadapan dengan anak-anak yang menunjukkan temper tantrum, kan? Biasanya memang anak-anak kecil terutamanya yang masih belum boleh menzahirkan emosi mereka melalui kata-kata disebabkan faktor umur ataupun anak-anak MBK kita yang mempunyai masalah perubatan akan menunjukkan tingkah laku ini. Adakah ini normal? Untuk anak menunjukkan tantrum adalah sesuatu yang normal dan rutin kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur bermula 1 tahun dan kemudian akan semakin berkurang apabila umur anak menjelang 4 tahun dengan bimbingan dan didikan yang betul. Untuk anak yang mempunyai kelainan upaya, keupayaan kendiri untuk mengawal tantrum adalah bergantung kepada pengesanan awal dan intervensi awal yang dilaksanakan pada umur perkembangan kanak-kanak tersebut iaitu 0-6 tahun. APAKAH MAKSUD TANTRUM? Apabila menyampaikan maklumat kepada orang lain yang tidak selalu berjumpa dengan kanak-kanak tersebut, terutamanya doktor dan ahli terapi...

Homeschooling di Malaysia berkenaan Pendidikan Khas

  Asssalamualaikum semua. Ha lama betul aku tak kemaskini blog ni disebabkan tuntutan kerja dan peribadi yang tinggi. Sangat sibuk sekarang ni walaupun keadaan tak berapa mengizinkan untuk buat program bersemuka. Tapi disebabkan adanya program dalam talian maka kesibukan tu jadi bertambah. Tapi tak apalah, selagi kita boleh tolong orang, kita tolong. Dibayar gaji pulak tu huhu Semalam aku ada nampak satu perbincangan pasal homeschooling di mana ada segelintir mak bapak yang memilih untuk tak hantar anak ke sekolah. Tak kisahlah sekolah kerajaan ke swasta ke mereka tak nak hantar. Mungkin disebabkan situasi endemik COVID-19 kita yang entahlah bila nak selesai ni. Moga varian yang akan datang menjadikan kesan jangkitan tak signifikan. Amin. Jadi, persoalannya, boleh ke anak kita tak payah hantar ke sekolah dan buat homeschooling sahaja? Hal ni agak kompleks kalau kita  nak jawab boleh ataupun tidak begitu sahaja sebab dalam apa jua keadaan pun, ada perbincangan yang panjang leba...

Teori Empati Berganda Autisme

Beberapa lama dulu aku ada tengok satu video ni tentang perspektif lain yang kita boleh ambil berkenaan individu yang ada autisme. Antara isi yang perlu dititikberatkan oleh pembentang dalam video itu ialah berkenaan "ketidakupayaan" atau disability Selalu kita lihat disability ini sebagai satu kata sifat, satu keadaan yang mana menunjukkan seseorang itu adalah tidak upaya untuk berfungsi dalam kehidupan sehariannya. Memang itulah tanggapan kita selama ni, kan? Bila orang tu tak boleh bertutur atau berkomunikasi macam kita, jadi dia mungkin tidak upaya dari segi pertuturan. Dalam kata lain, apabila dibandingkan dengan kebolehan kita, golongan normal atau neurotipikal ini, mereka adalah golongan kurang upaya yang tidak mencapai tahap dan tanggapan yang kita tetapkan untuk mereka. Tapi, macam mana kalau kita melihat keadaan golongan-golongan neuro-pelbagai ini sebagai mereka yang dijadikan tidak upaya disebabkan oleh persekitaran dan diri kita sendiri? Adakah golongan neuro-pel...

Marah Apabila Dituduh Bersalah

Semasa waktu peralihan kelas, Ali lewat keluar disebabkan dia memerlukan waktu untuk mengemas alatan yang diperlukan. Selepas kira-kira 3 minit, Ali pun tiba di makmal untuk mengikuti kelas Sainsnya di sekolah. Selepas 2 jam, rakannya, Ah Chai, telah kehilangan wang yang disimpan dalam beg. Disebabkan Ali yang terakhir keluar dari kelas, maka dia disoal siasat oleh Cikgu Devi. ------- Cikgu Devi: Ali, awak lambat keluar kelas, kan? Mesti awak yang ambil duit Ah Chai, kan? Mengaku cepat!! Ali: Berapa kali saya nak cakap saya tak ambil! Saya tak ambillah!! -------  Ali menghempas meja dan perbuatannya ditafsirkan sebagai bersalah. Yalah, kenapa lagi Ali perlu mengamuk sekiranya dia tak buat apa yang dituduh keatasnya?  Situasi macam ni mungkin pernah anda temukan di tempat anda baik di sekolah, tempat kerja, mahupun di rumah sendiri. Sekiranya anda tak pernah jumpa, alhamdulillah saya ucapkan. Tetapi, kerap kali emosi marah yang kita tunjukkan ketika kita dituduh ditafsirkan seb...

Sebab Kenapa Down Syndrome Jarang Kurus

Baru-baru ni negara kita digemparkan tentang kisah seorang anak khas bernama Bella yang diambil jadi anak angkat oleh seorang pengasas rumah kebajikan yang rupanya tak berdaftar pun. Tapi masa mula-mula tengok gambar Bella yang dirakam oleh individu yang bergelar "mummy", aku rasa terkejutlah sebabnya selain luka-luka di tangan dan badan yang kononnya terkena air panas, amatlah tak logik untuk Bella bertukar menjadi kurus sebegitu dalam tempoh yang singkat. Selama aku bekerja dengan anak-anak khas ni, banyak kali juga berurusan dengan kanak-kanak yang ada Down Syndrome. Aku bukan nak meniupkan angin stereotaip tapi biasanya kanak-kanak DS yang kita jumpa mempunyai ciri muka yang unik, berkulit cerah (di Malaysia), dan mempunyai tubuh badan yang gempal. Kalau kita nak kata Bella tengah diet pun amatlah tak logik sebab ada laporan dari sini yang mengatakan Bella makan nasi goreng dengan lahap apabila diberi makan oleh jururawat yang memeriksanya.  Kebiasaannya, yang ada DS ni ...

Diari Konsultasi 1 - Boleh ke Sekolah Buang Murid ke PDK?

Antara isu yang selalu dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang juga merupakan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ialah dipaksa untuk menandatangani dokumen bahawa mereka bersetuju untuk memasukkan anak mereka ke pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) secara sepenuh masa . Kes ini sebenarnya pernah kami kendalikan kerana terdapat kekeliruan tentang pemahaman berkenaan isu ini. Jadi, soalannya ialah: Boleh ke murid sekolah kerajaan dimasukkan ke dalam PDK secara sepenuh masa? Sebelum menjawab soalan ini, ada beberapa perkara yang kita perlu takrifkan di sini supaya fokus kita tak lari, dan kefahaman kita berkenaan isu ini tinggi. OKU = Orang Kelainan Upaya. Apabila OKU bersekolah dan berada dalam lingkungan umur 4-19 tahun, mereka digelar MBK MBK = Murid Berkeperluan Khas. Sudah ada perakuan pengamal perubatan yang bertauliah dan layak untuk memberikan diagnosis PDK = Pemulihan Dalam Komuniti. Tempat untuk OKU tidak mengira umur untuk menerima khidmat tertentu supaya mereka dapat mengur...