Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep4

Setelah selesai main Woof Woof  kami pun bertolaklah balik. Dan sekali lagi, aku balik dengan menaiki motosikal. Kalau amalkan hari-hari boleh kerja kat strip bar la. Menonggekkan punggung. Selepas hampir sejam kami ber vroom vroom, sampailah ke destinasi terakhir percutian kami iaitu Eastbourne. Disini, haruslah kau orang dengki lagi buat sekelian kalinya. Makan time!! Apa yang kami makan eh? Okeh kengkawan, menatang atas ni nama dia Mussel tau. Kriteria dia sama je dengan kerang/kepah/lala (bivalve family -biology) iaitu mempunyai cengkerang dan isinya boleh dimakan. Benda ni kami kutip banyak gilaaa sampai penuh chiller dengan 3 bekas ijo tu. Tu pun rasa nak kutip lagi sebab banyak sangat dan besar-besar. Sedap gile oi. Kalau nak kutip, dia hidup kat celah-celah batu dan kawasan yang ade rumpai terapung. Dalam perjalanan membawa hasil tangkapan kami ke medan bersantap, ternampak pulak makhluk tuhan paling seksi ni. Maka tak perlu tanyalah, kami dengan rakusnya bergilir-gilir meng

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep3

Maka dengan itu tamatlah sudah sesi berjalan-jalan di kawasan penggambaran LOTR kami walaupun tak jumpa Encik Legolas. Hutan So Sweet ini telah menjadi saksi kepada apa yang kami dah buat kat dalam tu. Sila jangan berotak kuning sebab kami hanya main tangkap gambar je pun. Haha Jangan ingat lepas balik trekking boleh tidur ye. Kami bukanlah beruang mahupun ular sawa yang perlu berhibernasi walaupun tak berapa nak penat. Tapi kami ialah arnab-arnab yang comel yang memerlukan belaian kasih sayang. Ah sudah merepek banyak..aku penat sebenarnya tapi takpe disebabkan korang rajin membaca, aku akan terus menaip. Hoo chantek ah api yang kami berjaye idupkan. Asalnye api ni guna hanya nak suka-suka tapi disebabkan ada masalah dengan tempat BBQ kami, maka terpaksalah masak dekat unggun api juge. Dan dengan itu, terimalah lagu Eternal Flame. Api malam kedua agak lebih senang nak dihidupkan berbanding malam pertama sebabnya aku duduk goyang buntut je kat tepi tu bagi sokongan moral. Kesejuka

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep2

Sambungan episod 1  bercamping. Korang harus dengki pada hari kedua ni! Sebabnya? Sila bersabar untuk membaca hingga ke akhir rancangan. Sebenarnya atas meja tu ada kek lagi. Tapi disebabkan diorang ni lambat keluar khemah dan ada yang pegi mandi dulu, maka dengan penuh ajaibnya kek yang "aww so sweet" tu telah lesap. Entah jin mana makan. Mesti jin tu hensem kan? Dengan penuh gagahnye kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu, jengjengjeng....play lagu dulu untuk mood Lord Of The Rings!  Nama tempat ni Rivendell, iaitu tempat di mana filem Lord Of The Rings diambil. Banyak tempat kitorang pegi, macam Legolas Tree, Isengard Garden dan juga tempat lain yang aku malas nak namakan sebab aku tak pernah pun tengok cerita LOTR tu. Tak lengkap pulak kalau tak tunjuk gambar kitorang kat dalam tempat LOTR tu kan? Nah ambik seketul. Tapi ni dah jauh la sikit daripada Legolas Tree tu. Kalau nak tengok pokok tu ropenye macam mane, klik [SINI] . Kalau kira dalam gambar, mema

Jalan-jalan Easter Break New Zealand Ep1

Hari tu aku ada cakap kat kawan-kawan dekat fanpage dengan twitter yang aku nak pergi camping. Tak lama pun, hanya 3 hari 2 malam tapi apa yang pasti, enjoy. Walaupun van yang kami sewa itu hari boleh menyebabkan kami semua menyamak 1 badan, tapi takpelah asalkan boleh sampai ke destinasi kami iaitu Kaitoke, Upper Hutt, New Zealand. Tapi kalau kena samak pun, aku tak payah sebab aku naik moto keh3. Eh jap, lupe nak play lagu. Hari pertama, turun aje van, dia punya sejuk mencengkam sampai ke bahagian otak yang terdalam. Boleh gila dibuatnya akibat terlalu asyik menggosok badan. Gosok sendiri-sendiri aje lah. Kalau gosok beramai-ramai dah lain ceritanya. Dan dari situ bermulalah episod perkhemahan "awww so sweettt" kami.  Dalam hutan ni jangan main-main. Biasanya kalau dekat malaysia, kita akan lalu tepi pokok besar seram lepastu mintak izin "Tok, nenek, cucu nak tumpang lalu, tumpang berak, tumpang kencing, tumpang bernafas". Entah zaman bile ntah nenek aku i

Malaysian thing in New Zealand

Ini bukanlah entri pasal iklan Nescafe bodoh yang guna manglish tahap kronik seperti aku buat itu hari. Rujuk entri ni  tapi ini adalah pengakuan seorang mat skandal yang kini berada di New Zealand demi membantu anak nusa bangsanya sendiri di masa hadapan. Adapun, Encik A (bukan nama sebenar) telah membuat pengakuan berani matinya iaitu beliau telah pun memecah keegoan diri beliau dengan pergi berjoget di NZ sedangkan beliau langsung tidak pernah sekalipun menjejakkan tapak kakinya di dalam arena penarian ini. Menurutnya, dia adalah seorang yang 'keras' dan telah dilatih untuk hidup dalam suasana kawad. Buktinya: Entah mengapa beliau pergi ke tapak latihan tarian, lalu berhasrat untuk melibatkan diri. Mungkin baginya, ini merupakan suatu peluang yang baik untuk berkenalan dengan orang ramai, dan juga menimba pengalaman baru. Ya, sampai bila aku nak penuhi hati dan jiwa aku dengan keinginan untuk menikam manusia bertubi-tubi? Harus diterapkan sifat lain juga. Seorang mangs

3 jam untuk aiskrim antibiotik

Hari ni sangat banyak masa lapang sebab kuliah aku hanya sejam. Jadi dengan bernasnya selepas perkara-perkara perlu dah diselesaikan, aku pun terasa lapar. Lapar ini bukan lapar sebarangan, ianya lapar aiskrim! Memang antara elemen terrbaekk kalau anda mahu menternak lemak di bahagian punggung. Dan yang lagi bagusnya, lapar ini bukanlah datang dari kepala hotak aku sendiri tetapi datangnya adalah dari buah fikiran orang lain. Tapi yang anehnya perjalanan nak ke kedai aiskrim yang diberi nama Kaffee Eis tu mengambil masa hampir 2jam. Kenapa agaknya? Mari kita lihat, untuk ke tempat tersebut, wajiblah melalui kawasan Miami mini. Banyak kapal layar doh kat sini. Tapi yang pastinya dalam banyak-banyak ni takde satu pun yang aku punya. kalau ada laut, wajiblah ada pantai. Dan bila nampak pantai, wajiblah singgah! So, daripada nak pegi makan aiskrim tadi, kitorang pun pegila lepak kat pantai tu. terbaek ah tempat dia. Panas tapi dalam amsa yang sama, angin kuat gile. Suhu? 18C. Oh sebenar

Entri selingan: Oriental Harbour Wellington

Setelah sekian lama aku menyepikan diri dalam dunia blog, korang ingat aku pergi kemana hah?mati ka?haha tak baik ohh nanti mulut tu aku kasi kaki mau? Kalau naktau aku sekarang dimana dan sedang buat apa, cari sendiri dalam entri terdahulu. Entri ni diiringi dengan lagu yang ditujukan khas untuk rakan-rakan blogger yang kacak dan jelita sekalian. Lama betul tak update bukan apa, aku ada masalah sikit dengan penempatan dan juga internet. Ni pun baru aje dapat masuk internet (tumpang rumah member) jadi bagi memenuhi kehendak korang semua, aku akan ceritakan sedikit apa yang menarik di New Zealand ni. Ataupun lebih tepat, di Bandar Wellington. Beberapa hari yang lepas kami pergi jalan-jalan cari pemandangan dekat Waterfront, Wellington City. Sebenarnya dari hari pertama lagi ada seorang pakcik ni yang kami kenal dalam penerbangan dari Auckland ke Wellington.  Pakcik ni memberikan gambaran yang orang New Zealand adalah peramah dan juga baik-baik belaka. Alah tapi biasalah dalam setanda