Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kisah Hidup di New Zealand

Koleksi Gambar Musim Bunga Wellington 2011

Ceh tajuk macam ada koleksi gambar model kalendar pulak. Daripada tengok benda lagho tu baik kita meneroka alam sekitar yang cantik dekat bumi Wellington New Zealand ni. Apa guna beli kamera kalau tak tangkap gambar alam indah? Ah akhirnya berjaya jugak aku upload gambar dengan hasil sebenar tanpa ada pengurangan kualiti daripada Facebook ataupun Flickr. Atas ni ialah gambar bunga sakura putih yang diambil dari Wellington Botanical Garden. Jom tengok lagi gambar

Open House Aidilfitri di Wellington, New Zealand

Aku rasa mungkin ini entri terakhir untuk Aidilfitri dekat Wellington kot sebab tak de benda sangat dah yang nak diceritakan. Balik-balik makan, g sana makan, gi sini makan, memang tabiat orang Malaysia. Lainlah kalau ada funfair ke dekat open house tu barulah menarik haha. Okay merepek, sebenarnya open house(s) yang budak-budak Wellington buat pun menarik sama. Makanan, what's not to love? Okay, tribute pertama ialah kepada warga.. 91 KELBURN PARADE Tak silap aku diorang buat open house ni hari Khamis bersamaan 2 Syawal 1432H. Entah betul ke tak tahun Hijrah tu aku main hentam je. Disebabkan aku malas membuat aktiviti stalking di pagi hari, maka hanya beberapa gambar yang berjaya dijumpai. Aku nak post pasal Nasi Kerabu yang diorang buat tu. Seriously sedap. Partly maybe sebab aku tak biasa makan makanan macam tu. Yelah, kalau dekat Malaysia, dekat bazaar Ramadan tu memang sumpah aku tak pernah beli nasi kerabu/nasi dagang/nasi briyani semua sebab tak biasa makan. Tapi bila

1 Syawal - Aidilfitri di Wellington New Zealand

Sehari tak update blog memang tak sah walhal assignment due Selasa ni, siap dengan combo 2 tests . Takpe la kali ni tayang gambar je sebab aku malas nak siapkan semua draf yang dah taip berminggu-minggu lepas. Walaupun kami duduk di New Zealand, tapi kami juga ada semangat raya! Ye, kami raya lambat sehari. So? Kalau dekat Malaysia ada aktiviti menukar langsir sempena Raya, semalam aku ada jugak buat aktiviti tu..cumanya aku tukar shower curtain bilik air je sebab dah bertaik lalat. Kalau tengok betul-betul entah-entah taik tenuk pun boleh dijumpai agaknya. Anyway, back to photos. Gambar-gambar adalah dicuri daripada album sendiri dan juga album kawa-kawan yang dihost-kan terus dari Facebook untuk menjimatkan ruangan Picasa Google aku. Disebabkan gambar adalah dicuri daripada Facebook, maka ianya akan kelihatan pecah-pecah sikit. Dan, gambar sebelum solat sunat Aidilfitri tiada sebab sibuk bertakbir... dan solat. Duh.

Pelajar Malaysia Ditelan Jerung Gergasi NZ

AUCKLAND, 22 OKT - Perwakilan Pelajar Malaysia (MSD New Zealand) hari ini dikejutkan dengan berita seorang pelajar Wellington New Zealand ditemui di dalam mulut seekor ikan jerung gergasi berukuran sehingga 16 meter. Jerung yang disabit kesalahan membunuh dengan niat tahap 1 itu dipercayai berasal daripada spesies Megalodon yang dipercayai telah pupus sejak 1.5 juta tahun yang dahulu. Namun begitu, masih terdapat saintis dunia yang masih mempercayai akan kewujudan haiwan raksasa ini berdasarkan kajian yang mereka lakukan.  Mangsa yang ditemui telah dikenal pasti oleh pihak forensik New Zealand sebagai Abam Panda , seorang pelajar jurusan BSc Psychology dan BA Educational Psychology di Victoria University of Wellington ditemui di Kelly Tarlton's: Antarctic Encounter Underwater World yang taerletak kira-kira 15 minit perjalanan daripada pusat bandar Auckland.

Antartic Blast membawa salji ke Wellington

First sekali turun salji ialah pada malam semalam di mana waktu tu aku tengah kerja mencari nafkah menyara ank bini. So, aku hanya dapat tengok salji daripada tingkat 7 perpustakaan Victoria University sahaja, Tapi memanglah boleh nampak daripada atas yang orang excited gila masa turun salji tu Okay gambar buruk sikit sebab guna Ipod Touch saje. Ini gambar semalam, tak lebat sangat, yang harini punya lebat gila. Macam blizzard pun ada. Kalau korang tertanya-tanya kenapa rakyat Wellington pelik sangat yang salji turun, korang kena tahu yang Wellington bukan tempat yang bersalji. Penurunan salji ni merupakan satu fenomena yang pelik.

Main Salji di Mt Ruapehu New Zealand

Okay kalau semalam aku dah bagi tengok 1 gambar masa atas gunung salji maka hari ni aku nak bagi full story pulak. Seawal 6 pagi kami dah bangun untuk breakfast dan kemas-kemas untuk check out daripada tempat kitorang tidur malam sebelumnya sebab pagi tu kitorang memang dah plan nak pergi main salji Rasanya memang takde siapa yang dibenarkan drive naik ke atas gunung tu. Entahlah aku tak tahu tapi kalau nak gerak naik dari town Ohakune ni, korang kena sewa shuttle. $25 untuk perjalanan pergi dan balik kalau ikut Matai Shuttle Service.

#WW Wordless Wednesday Iklan Syampu Salji

Full story esok ...

Pengalaman Disumbat ke Lokap New Zealand

Ok guys macam yang korang boleh nampak dekat status Facebook aku, aku semalam dah bertolak ke Okahupune, North Island New Zealand untuk pergi main salji dekat Mount Ruapehu. Ini adalah disebabkan aku bosan nak mampus duduk tak buat apa apa dekat Wellington City sedangkan orang lain pergi bercuti ke South Island Maka kami pun menyewa kereta di Ace Rentals lalu bermula lah perjalanan kami yang sepanjang lebih 200km. Lagi kira-kira sejam nak sampai sambil membawa pada halaju 116km, masa turun bukit kami terserempak dengan sebuah kereta polis. Menyedari yang kami dah overlimit 100km/j maka dengan rela hati aku berhentikan kereta

#WordlessWednesday - Cubaan Bunuh Diri New Zealand

Melawat Muzium Freemason New Zealand

#INTENDED SARCASM LOCATION-INVARIANT Cakap pasal Freemason, mesti kening kiri korang dah terkuit-kuit macam cacing dah kan? Cakap Freemason je kita membayangkan penganut Illuminati, organisasi rahsia, world domination, Dajjal lah ape lah. Meninggalkan itu semua untuk korang peningkan kepala sendiri, aku nak cerita pengalaman aku masa Backpacking Around South Island tahun lepas untuk korang baca. Arrowtown ni letaknya di Queenstown, South Island New Zealand. Ianya mula ditubuhkan pada tahun 1861 apabila seorang brader bernama Jack Tewa terjumpa emas. Maka dari situ bermulalah aktiviti melombong emas sehingga terbentuknya sebuah bandar, di mana zaman tu Gagasan Tanah Melayu masih lagi belum ditubuhkan. Kertas kerja pun takde. Itu sejarah dia. Nak dijadikan cerita, turun saja kami dari kereta, aku terpisah dengan 4 member aku yang lain sebab aku pergi carik jamban untuk menghasilkan emas sendiri. Sebaik je keluar tandas, aku baru perasan line Vodafone NZ disitu tak berapa kuat ak

Of Birthday Cake and Card

PERSONAL So, today is 13th May and it's Friday, and there are no other person that could resemble these two features better than Jason of Friday the 13th and Rebecca Black. That would be pretty lame because it is my birthday today. Yes sir, I was born on 13th May and I am pretty much go against racism. In case any of you are wondering why Ive been using panda as my signature all this time, it's because Pandas are black and white, and also Asian. Anyway, birthdays are not birthdays unless they have cakes and cards. Only that, mine is more awesome than any of you ever had. Here is a photo of my birthday cake This cake is called the Creator and was ordered from Wellington's Cuba Street Hellpizza store. Its pretty cheap too, ONLY NZD20, which  is equivalent to RM47.37. Superb. last but not least, here's a photo of my birthday card. The only thing that's interesting about this birthday card is it does not have any birthday wish on it, nor in the content. This

Bulan Itu Bulan Cinta - Supermoon

Semalam aku ada kongsi satu link daripada CNN News mengatakan bahawa malam ini merupakan bulan mengambang penuh yang paling besar dilihat dalam masa 20 tahun ini. Disebabkan umur aku dalam lingkungan lingkungan tu la jugak, maka inilah bulan mengambang penuh yang paling besar aku pernah tengok Maka nak dijadikan cerita, aku pun capailah skuter tadi untuk naik atas bukit menangkap gambar di tengah malam. Gila kentang nak naik bukit yang pernah kecoh pasal cerita Vampire menyerang Wellington itu hari.

Jangan Katakan 'Tidak' pada Panda

Semalam lepas aku pening-pening menghadap buku teks, tiba-tiba perut ni meminta diisi. Kalau dia tak bising takpelah, ini memekak sampaikan aku segan nak duduk dekat library tu dek bunyik yang kuat gila. Maka dengan lajunya aku berjalan ke Cafe di Victoria University untuk beli Fish n Chips.. Cafe ni ialah antara cafe tempat pelajar Muslim beli makanan sebab sumber dipercayai mengatakan makanan sini halal tapi aku taknak la cari pasal makan Sandwich Bacon pulak dekat sini. Makan Fish n Chips aje sudahla. Cafe ni telah disponsor oleh sorang pakcik bernama Jack Illot pada tahun berapa entah aku tak kisah. Janji aku boleh makan kat sini. Antara makanan yang boleh diketedarah oleh pelajar Muslim sekalian ialah Chips, Wedges, dan makanan-makanan Vegan yang lain. Tang daging apa semua tu aku tak taula. Baik elakkan daripada konfius aje Masa aku ke kaunter tu, aku nampak kentang diorang dah nak habis jadi awek Orient dekat kaunter tu cakap " could you please wait for five minutes?

Sambutan Tahun Baru Cina Wellington New Zealand

Harini mood aku bercanggah maka aku berkeputusan untuk mengemas koleksi gambar-gambar yang bertempiaran dalam harddisk tu. Baru aku teringat aku lupa nak eksyen dengan korang pasal sambutan Tahun Baru Cina di Wellington pada minggu lepas. Ke 3 minggu lepas entah? Ah comel; Dong chang dong chang dong chang cha cha. Sambutan ni diadakan di TSB Arena, berdekatan dengan harbour di sana. Alah, tempat aku tengok Konsert Paramore itu hari lah sayang. Tu dia mak cik kau mekap tebal masa parade dari Courtenay Place ke TSB Arena. Siap ada naga dan singa lagi bhai. Kalau orang zoo nampak mesti dia dah tangkap. Ini ialah tarian singa versi kanak-kanak yang saja-saja main sebab jakun dengan singa tak hidup. Sejarah asal tarian singa ialah pada zaman dulu, ada sorang sami yang tensen melihatkan kejahatan melanda tempat dia hidup. Maka bila tensen dan tiada rambut untuk ditarik, dia pun berdoa kepada dewa-dewi dia bagaimanakah untuk menghalau semua anasir kejahatan ni. Diorang kata "Lu

Kebuluran di Universiti - the7thmuffins

Hari ni hari Rabu bermakna dah 3 hari semester baru dekat Uni aku bermula. Jangan tanyalah Universiti mana. Kalau nak tahu klik butang tags New Zealand dekat sebelah ContactMe tu. Setakat ni okay lagi walaupun ada terima berita-berita yang tak best seperti gempa bumi pada malam tadi. Takde pape yang kronik terjadi so takpayah risau. Harini aku kita cerita personal lah ye. Nak artikel ke pantun ke tunggu kemudian. Cerita harini pasal kononnya nak study dekat surau kat Uni aku tu. Jangan tak tahu Uni orang Inggeris ada sediakan surau untuk pelajar-pelajar Muslim menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Jangan kata 5 waktu, solat terawih tahun lepas pun kami buat dekat situ Tengok gambar atas korang nampak tirai. Itu digunakan untuk menutup pandangan mata gatal atau pandangan mata tak sengaja sebab ruang solat kami kecil je maka kenalah jaga aurat elok-elok. Kok tersentuh ke kan ke kena ambik wudhuk balik. Time winter paling menggigit tulang sekali sebab sinki wudhuk tu takda

Pahlawan Berbaju Besi Wellington

Semalam aku langsung tak boleh nak blogwalking disebabkan aku menjalani kehidupan sebagai manusia. Maka maksudnya aku life-walking; iaitu berjalan jalan menghirup udara segar sambil menjalani kehidupan yang best di New Zealand ni. Pagi-pagi tu lagi dah janji dengan member nak pergi pukul 7.50 am tapi disebabkan Ipod aka alarm clock aku tercucuk dekat headphone pulak maka alarmnya taklah berapa kuat didengari. Dengan itu, aku terbangun lambat dan aku suruh diorang pergi dulu. Bila sampai kat kaunter tiket keretapi, aku pun terus naik keretapi terbabit tanpa disedari yang aku dah salah naik train. Dah sejam naik baru perasan. Dah sampai terminal dah pun Itupun lepas makcik baik hati kat atas ni sembang-sembang dengan aku. Dalam setengah jam jugakla kami sembang baru aku tau yang aku sesat. Setengah jam tu dia asyik cakap aku ada great hobby la, hensem la, fotogenikla, Malaysia la..macam-macam lah. Last-last aku tangkap gambar dia sebab faham-faham je la dia memang nak suruh aku tan

Lawatan Sambil Belajar ke Somes Island

Kepada pembaca sekalian yang masih setia membaca, terima kasihlah kat korang tapi aku cakap awal-awal aku takde mood nak berblogging sekarang. nak tekan publish pun malas dekat draft-draft yang bersusun tu Kalau cakap pasal lawatan sambil belajar mesti korang terbayangkan sekumpulan kanak-kanak bawah 6 tahun yang diketuai seorang guru separa muda bawak anak murid ke suatu kawasan sambil berkata " Anak-anak sekalian, tu namanya Beruang....sebut elok-elok ya, Be---ruanggg----". Tapi kalau aku cakap yang pergi lawatan sambil belajar ni orang dewasa, berumur 20-an, pelajar universiti, macam mana pulak? Baiklah anak-anak sekalian, harini cikgu nak bawak korang semua melawat ke Somes Island, Wellington, New Zealand. Kalau naik bot dari pelabuhan dekat Wellington tu, 20 minit je boleh sampai nak kira dekat tak dekatnya tempat ni dengan Universiti Victoria. Fakta menarik pasal pulau ni ialah asalnya tempat ni merupakan pusat kuarantin untuk orang Eropah yang ada masa penempatan

Puzzling World New Zealand

Aku rasa korang semua mesti pernah tengok gambar-gambar ilusi optik dekat internet yang pasal tangga tanpa penghujung, muka manusia dalam buah-buahan dan sebagainya. Cuma kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku pergi dekat tempat yang mengumpul dan mempamerkan benda-benda macam tu dekat New Zealand. atau lebih tepat lagi, dekat Queenstown, New Zealand. Selamat datang ke Puzzling World Masa mula-mula sampai memang terasa "Alahai comelnya tempat ni" sebab tempat ni banyak benda-benda menarik macam permainan dan rumah-rumah pelik macam gambar kat atas tu. Rumah-rumah tu memang dibina senget-benget macam tu dan aku tak tahu kalau ada orang tinggal dalam nya ke tak. Macam mana diorang buang air besar? Haa inila gambar puzzle yang aku cakap tadi. Pelik kan? 1 tangan melukis satu tangan yang sedang melukis tangan yang melukis tangan tadi. Okay aku yang menaip pun dah pening. Selain gambar-gambar pelik macam tu, ada jugak permainan seperti.. ..The Great Maze (Labyrinth)